Pandangan Meor meliar di sekeliling padang permainan. Dari papan gelongsor,jongkang-jongket,palung sampailah ke kanak-kanak yang sedang leka bermain. Rata-rata adalah wajah yang amat di kenalinya. Razif,Ali,Husna,Ganesh,Leong dan beberapa orang budak lagi semuanya kawan-kawan waktu masih di bangku sekolah rendah.
Tapi itu dulu. Berpuluh tahun lalu. Waktu sama-sama belajar sekelas dalam darjah dua. Tinggal pula setaman. Di padang itu lah mereka habiskan waktu bermain bersama. Seiring dengan masa yang berlalu,ada yang telah berpindah dan akhirnya terpisah tanpa khabar berita.
Budak-budak itu pun semuanya tak pernah di jumpainya lagi hingga kini. Meor sendiri pun sudah terlupakan tentang mereka. Entah di mana kah mereka semua sekarang?
Tapi sekarang kenangan itu muncul kembali tiba-tiba. Betul-betul di depan mata. Bagai menonton kembali sebuah tayangan video waktu zaman kanak-kanak nya.
Meor hanya berdiri tercegat di satu sudut di tepi padang memerhatikan betapa girangnya dia dan teman-teman waktu kecilnya bermain.
Cuma ada yang aneh dari semua ini hingga Meor tertanya-tanya sendiri di dalam hati. Mengapa terlalu suram suasana tempat ini? seakan semua objek yang berada di padang berkenaan telah di selimuti cahaya mentari kuning yang muram,lesu dan hiba hingga melahirkan suatu perasaan melankolik yang aneh di dalam jiwa.
Matahari di langit langsung menggamit kembali setiap ingatan lampau nya tentang semua ini. Meor di bawa kembali ke tahun 1991 iaitu dua puluh tujuh tahun yang lalu. Tapi soalnya kenapa ia di bawa ke waktu ini semula? Meor tidak tahu jawapan nya. Yang pasti dia berasa sedikit keliru dan hiba yang tak berhujung pangkal.
Sedang Meor leka dengan tayangan silam di hadapannya, pandangannya teralih ke arah seorang gadis cina yang sedang berhayun-hayun di atas buaian padang.
Gadis kecil berusia lapan tahun itu juga sedang memerhatikan nya sambil tersenyum. Meor kenal gadis tu. Benak fikirannya di kerah sebelum dia kembali mengingati namanya.
"Mei Lin.."kata Meor. Gadis cina itu sebaya dan amat rapat dengan Meor. Masakan Meor lupa kenangan bermain buaian dan kejar-kejar bersama Mei Lin dulu. Waktu petang nya selalu di habiskan bersama di padang.
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Horror
HorrorHimpunan kisah-kisah misteri,aneh,horror,fantasi,erotik dan seram berdasarkan kisah sebenar dan kisah rekaan imaginasi penulis semata-mata