Keranda Buat Penumpang

131 5 0
                                    

KERINGAT panas mulai membasahi dahi dan wajah Sutini. Gadis itu menarik nafas berkali-kali. Tenaga Dan kudratnya di kerah sehabis-habis. Kesakitan sudah menjalar-jalar rasanya. Kainnya telah lenjun di basahi air ketuban yang pecah.

Sudah tiba masanya untuk bayi yang sedang di kandungkannya itu di lahirkan.

"Arghhhhhhh!!"

Sutini meneran dengan sekuat hati sambil tangan memaut apa sahaja yang dapat di capai di kiri-kanannya. Kesakitan bersalin sudah begitu mencengkam rasanya. Gadis berusia 21 tahun itu menangis semahu-mahu nya. Azab bercampur dengan kekesalan di atas keterlanjurannya sendiri.

Dalam tandas surau yang sunyi-sepi. Bertemankan cahaya dari lampu mentol suram yang berkelip-kelip. Hanya Sutini bersendirian. Jemaah surau sudah lama pulang selepas isyak tadi. Keadaan sunyi-sepi itu hanya iringi bunyi unggas-unggas dan cengkerik yang datang dari hutan di belakang tandas surau.

"Aduhhh sakit..."

Sutini merintih, menangis dan menggigil-gigil sambil terus menerankan bayinya keluar. Darah sudah melimpah di atas lantai tandas.

Akhirnya bayi itu berjaya juga di lahirkannya. Itupun setelah Sutini kehilangan banyak tenaga. Dia begitu kelelahan sehingga terlelap di lantai dalam tandas bersama bayi yang masih di basahi darah.

Sekitar dinihari jam satu pagi barulah Sutini terjaga kembali. Tubuhnya yang letih selepas bersalin tadi sudah pun kembali pulih bertenaga sikit. Bayinya di balut dengan sehelai kain lalu di bawa pergi.

Bayi tidak bersalah itu Sutini tinggalkan di dalam kotak terbuang di tempat pembuangan sampah. Walhal boleh sahaja di tinggalkannya dekat surau itu namun entah syaitan apa yang membisikkan kepadanya hingga tergamak bayi itu di buang seperti sampah.

Seraya terdengar lolongan dan bunyi gonggongan, Sutini pun cepat-cepat beredar,tempat pembuangan sampah itu pun di kerumuni beberapa ekor anjing lalu melahap bayi terbabit.

Sutini hanya mampu melihat sahaja dari jauh tanpa rasa kesal dan bersalah sebelum meneruskan langkahnya pergi bersama beg pakaiannya yang sudah sedikit usang.

Akibat telah menconteng arang ke wajah orang tuanya,Sutini telah di halau pergi oleh keluarganya. Kini dia tidak tahu ke mana lagi hendak membawa diri.

Kakinya terus melangkah di tepian jalanraya yang sunyi-sepi bertemankan kedinginan dinihari jam satu pagi sebelum membuat keputusan untuk bermalam di sebuah pondok bas.

Tiada satu kenderaan pun yang lalu-lalang di ketika itu. Sutini pun melabuhkan punggungnya di atas bangku panjang pondok bas sebelum dia terlihat suluhan lampu yang datang dari sebuah bas mini yang sedang menuju ke situ.

Bas mini itu pun berhenti di hadapannya. Sutini tidak menyangka masih ada bas yang beroperasi pada waktu-waktu begini. Dia pun tidak tidak teragak-agak lalu capai beg pakaian dan menaiki bas mini terbabit.

Setelah membayar tambang,gadis itu pun mengambil tempat duduknya. Rupanya dia tidak bersendirian. Ada tiga empat orang penumpang lain  selain dirinya.

Sutini tidak begitu ambil peduli sangat tentang penumpang lain itu kerana fikirannya di saat ini sangat kacau dan berserabut dengan pelbagai masalah yang menimpa diri. Dia juga tidak peduli ke mana pun bas mini itu hendak membawanya pergi. Tiada hala tujuan yang pasti.

Dan seperti mana Sutini, penumpang-penumpang yang lain itu juga terpamer kesedihan di wajah masing-masing seolah-olah mereka semua memang sengaja di kumpul dan di pertemukan sedemikian rupa.

Bas mini itu pun mulai bergerak menempuh kesunyian dan kedinginan dinihari pagi yang sedikit berkabus. Pemandu bas itu adalah seorang pakcik tua bersongkok yang di kenali sebagai Pak Majid.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now