[AMARAN! SEBARANG USAHA MENCIPLAK DAN MENERBITKAN SEMULA SEMUA CERITA DALAM SIRI INI TANPA IZIN PENULIS ADALAH DI LARANG KERAS. TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DI AMBIL]
Udin dan Izam terus berbasikal merentasi sebuah hutan. Mereka masing-masing lengkap menyandang sebuah beg besar di belakang. Dah banyak hutan-hutan dan gunung di tanah air yang mereka jelajahi untuk melakukan aktiviti berbasikal dan camping.
Setelah meredah sungai cetek dan berkayuh menaiki lereng akhirnya mereka tiba di atas puncak bukit sekitar waktu senja.
Dari situ mereka dapat melihat suasana kampung berhampiran dari pandangan yang tinggi. Udin dan Izam berasa puas dapat berbasikal hingga ke situ.
Malam tu mereka duduk di keliling unggun api yang di nyalakan sambil makan bekalan makanan yang di bawa.
Basikal di sandarkan di sebatang pokok bersebelahan dengan khemah yang di pasang. Mereka berbual sambil menikmati makanan.
"Fuh! dalam banyak-banyak hutan dan gunung yang kita pergi yang ni aku rasakan paling best,sebabnya tak banyak masalah yang timbul" kata Izam.
"Sama je Zam. Yang sebelum-sebelum ni banyak masalah sebab kita kurang preparation kot. Ingat lagi masa kita mula-mula berjinak dengan aktiviti ni dulu?..tayar pancitlah,rantai putus lah,bekalan air pun tak bawak konon nanti ada sungai la..hahaha last-last berkhemah lah kat tengah hutan dalam keadaan kehausan sebab memang tak jumpa sungai" kata Udin ketawa geli hati.
"Haha pandai kau nak gelakkan aku ye..habis yang kau tu dulu siap bawak sumpit tu apa hal lak?ko ingat kita ni orang asli ke nak main sumpit-sumpit pulak" balas Izam semula. Mereka berdua ketawa terkekek-kekek mengingat kembali pengalaman lalu.
Sekitar jam 11 malam Udin dan Izam masih bersembang di depan unggun api. Bunyi unggas-unggas hutan berkicauan.
Selepas air yang di jerang masak mereka membancuh kopi segera panas. Suasana di atas puncak bukit itu terasa sejuk juga walaupun unggun api ada di nyalakan.
Sambil minum kopi makan keropok dan berbual mereka menikmati cahaya bulan dan taburan bintang yang indah di langit malam.
"Adoi bosan pulak ni..nak tidur mata pulak tak ngantuk" kata Izam sambil duduk menguis-nguis tanah dengan ranting kayu kecil.
Udin senyum-senyum je melihatkan temannya itu. "Kalau kau bosan meh la kau peluk-peluk cium dengan aku" kata nya selamba.
"Eee..kau ni Din..takkanlah jantan sama jantan kot?" kata Izam.
"Ala kita berdua je kat sini apa nak segan..jom lah Zam kat dalam khemah..muka kau pun jambu je aku tengok" kata Udin menyakat.
"Yuckkk! aku tak tau pulak kau ni boleh gay?" kata Izam.
"Haha aku ni serba boleh Zam..meh la Zam.." kata Udin.
"Ish menyampah lah aku dengan kau ni Din. Dah lah..tiba-tiba mata aku dah ngantuk pulak" kata Izam sambil bangun dan masuk ke dalam khemah.
Udin ketawa terkekek-kekek. Geram pulak dia melihat bibir Izam yang merah jambu seperti bibir perempuan tu. Mahu saja di cumbunya sekali.
Tak lama selepas Udin dan Izam di buai mimpi angin mulai bertiup kencang. Malah terjadi ribut hingga khemah tempat dua pemuda itu bermalam di terbangkan jauh.
"Alamak! ada ribut pulak..cepat Zam kita kena pergi cari tempat berlindung" kata Udin yang pantas bangun dan mengemaskan barang-barang.
Izam pantas membantunya. Menderu-deru bunyi badai di atas puncak bukit tu. Unggun api juga habis di padamnya. Serpihan arang berterbangan.
Khemah yang di terbangkan jauh itu di kutip semula dan segala barangan di masukkan ke dalam beg galas. Udin dan Izam mencapai basikal mereka dan berkayuh turun.
"Kita nak berteduh kat mana Din? kita dalam hutan ni mana ada rumah berlindung?" teriak Izam yang berkayuh di belakang Udin.
"Sekurang-kurangnya kita cari tempat yang terlindung sikit dari ribut. Tak kisah lah gua ke batu-batu ke" jawab Udin.
Mereka berhati-hati menuruni lereng bukit itu sehinggalah basikal pemuda tersebut tiba di kawasan yang mendatar sedikit.
Tiba-tiba kedua mereka tersentak bila ternampak seperti ada cahaya di balik-balik pokok dan rimba.
"Eh macam ada orang tinggal je kat situ" kata Izam. Udin mengangguk. "Mungkin kita patut ke situ dan mintak izinnya untuk berteduh" kata Udin lalu mereka kembali berkayuh menuju ke arah datangnya cahaya tu.
Sebuah rumah pondok yang amat usang beratapkan daun rumbia kini tersergam di depan Udin dan Izam. Cahaya yang mereka lihat itu rupanya datang dari lampu minyak tanah yang yang menyala dari dalam rumah melalui sebuah tingkap yang terbuka.
Daun tingkap yang amat uzur itu terkuak-kuak di buai angin yang bertiup kencang.
"Hish! siapa pulak yang tinggal dalam pondok buruk macam ni?entah-entah.. " bisik Izam.
"Kau jangan mulut cabul sangat boleh tak?bersangka baik je lah" kata Udin. Mereka pun mengintai melalui tingkap. Kelihatan seorang nenek yang sangat tua duduk di atas sebuah kerusi malas yang berayun-ayun.
Kriek..kriuk..kriek..kriuk..bunyi kerusi itu setiap kali berayun. Rambut nenek itu putih dan amat kusut sekali. Terdengar wanita tua itu menyanyi sendirian dengan suara yang perlahan.
Izam memandang ke wajah Udin. "Apesal kau pandang aku?"tanya Udin. Nak tergelak dia tengok wajah Izam. Bukan dia tak tau teman nya itu suka fikir yang bukan-bukan.
" Buat apa mengintai-ngintai kat tingkap nenek tu cu?"tiba-tiba nenek tua itu menegur mereka. Udin dan Izam terpinga-pinga.
"Eh bila masa dia nampak kita?" tanya Izam berbisik. "Diamlah" balas Udin.
"Kat luar ni ribut kuat lah nek..kami nak tumpang berteduh" kata Udin. Kerusi malas yang berayun-ayun itu berhenti. Nenek tua itu bangun. Tubuhnya bongkok dengan sebatang tongkat dia pun berjalan ke muka pintu.
Nenek tua bongkok itu terpacul bila pintu di buka. Terkejut Udin dan Izam melihat di sebalik rambut nya yang putih dan kusut mengurai terpamer wajah tua yang sangat berkedut dan menakutkan.
Izam tidak berani memandang nenek itu. "Kenapa cu?..takut tengok nenek ya?" kata nya sambil ketawa kecil menampakkan barisan giginya yang hitam dan kotor.
"Err..err tak de lah nek.." jawab Izam. Wanita tua itu mendongak-dongakkan wajah nya untuk melihat dua orang pemuda itu. Badannya agak bongkok. Tangannya juga sudah berkedut dan menggigil-gigil.
"Masuklah cu..hujan nak turun ni" pelawa nya. Selepas menyandarkan basikal di tepi sebuah tempayan mereka pun masuk ke rumah.
"Nenek tak tidur lagi ke?" tanya Udin. Wanita itu kembali duduk di kerusi malasnya dan berayun-ayun.
"Nenek sedang tunggu cucu nenek balik..mungkin dia lewat sikit sampai sebab ribut di luar tu" jawab wanita tua tersebut.
Udin dan Izam duduk bersila di lantai tepi kerusi malasnya sambil memerhatikan keadaan dalam rumah. Kelihatan banyak barang-barang lama seperti pinggan mangkuk kayu,dulang,dapur arang dan sebagainya.
Udin tertarik melihat sebuah frame gambar lama di atas para-para. Ianya gambar sebuah keluarga yang memakai pakaian zaman silam.
"Itu gambar keluarga nenek. Suami dan anak-anak semua dah meninggal dunia. Yang tinggal hanya cucu perempuan. Nanti balik lah dia tu. Mungkin sebaya kamu" kata nenek tua sambil berayun di kerusinya.
"Siapa namanya?" tanya Izam yang sejak dari tadi mendiamkan dirinya. Nenek tua itu ketawa pula.
"Melati" jawabnya pendek. "Mesti cantik cucu nek tu ya?"kata Udin pula.
" Eh kau kan gay..minat kat perempuan jugak?"bisik Izam. Udin menyiku perut temannya itu.
Di luar hujan sudah mulai turun mencurah-curah dan lebat. Nenek itu mempelawa mereka berdua tidur di rumahnya saja.
Udin dan Izam naik ke tingkat atas pondok. Mujurlah ada lampu minyak tanah menerangi nya. Mereka tidur di atas sebuah tikar yang sangat buruk sambil berbantalkan lengan.
Bunyi hujan yang turun berdenting-denting di atas atap daun rumbia. Izam sudah berdengkur. Udin pula terkulat-kulat sendirian. Matanya terasa susah pula untuk lelap.
Tak lama kemudian hujan pun berhenti. Udin merangkak-rangkak untuk meninjau di bahagian bawah. Kelihatan nenek tua itu sedang makan sesuatu dengan gelojoh sekali dalam pinggan.
"Lapar sangat ke nenek ni sampai macam tu sekali dia makan?" Udin tertanya-tanya sendirian.
Dia mulai berasa tidak sedap hati. Baginya seperti tidak munasabah langsung seorang nenek tua seperti itu makan dengan gelojoh.
Terkejut Udin bila lihat mulut dan tangan nenek itu merah-merah dengan darah.
"Eee..apa yang di makannya tu?" Udin kembali ke tempat tidurnya dan cuba melelapkan matanya. Dia tak mahu memikirkan sangat hal yang di lihatnya tadi. Mujurlah akhirnya dia terlelap juga.
Tidak lama kemudian Izam pula terjaga bila dia merasakan seperti ada seseorang berbaring di sebelahnya.
"Kau jangan nak buat hal ye Din, tak habis-habis nak ajak orang gay.Terajang kang baru tau..geli lah" katanya. Namun begitu dia berasa aneh bila tangan orang yang mendakapnya itu begitu halus dan lembut.
Izam menggosok matanya. Dalam samar-samar lampu minyak tanah dia terkejut bila seorang gadis muda yang cantik berbaring dan memeluknya.
Di lihatnya Udin sedang berdengkur. "Awak ni siapa?" tanya nya. Gadis itu tersenyum. "Melati" katanya. Wajahnya cukup ayu sekali.
Baru Izam teringat tadi nenek tua itu menyebutkan cucunya yang bernama Melati.
"Nenek awak mana?" tanya Izam. Gadis itu memberi isyarat jari menyuruh Izam senyap. "Dia dah tidur" bisik nya sambil terus bermesra-mesra dengan Izam.
Tiba-tiba gadis itu pun melucutkan pakaiannya. Buntang biji mata Izam. Tahulah dia gadis tersebut berniat mengajak nya berasmara.
Mana mungkin dia mahu melepaskan peluang yang terhidang di depan matanya itu lagi pulak Udin sedang nyenyak berdengkur tidur mati.
Akhirnya Izam tewas bersama gadis yang juga cucu kepada nenek tua tersebut.
Selesai mereka 'bersama' gadis itu pun memakai pakaiannya semula dan beredar. Izam tersenyum puas. Dia pun kembali tertidur.
Keesokkan harinya Udin terjaga lebih awal. Jam di tangannya pukul lapan lebih.Izam masih nyenyak. Dia terhidu bau asap kemenyan yang amat kuat datang dari tingkat bawah rumah pondok buruk itu.
Udin perlahan-lahan menuju ke bawah. Nenek tua itu entah kemana. Pintu masuk ternganga saja. Di lihatnya wanita tua aneh tersebut sedang duduk bersila di halaman rumah sambil menyalakan asap kemenyan dalam suatu bekas.
Baru dia teringatkan apa yang di lihatnya malam semalam. Perlahan-lahan Udin pergi memeriksa di dapur. Ada sebuah pinggan dengan sisa darah dan tulang belulang di dalamnya.
"Apa benda ni?hanyir bukan main" fikirnya. Tapi memang Udin pasti itulah pinggan dan sisa makanan yang di makan oleh nenek tua itu.
Segalanya terjawab bila dia membuka sebuah rak. Beberapa potongan badan manusia di simpan di situ malah ada yang masih baru. Terus termuntah-muntah Udin di atas lantai.
Sementara di rak lain pula tulang-tulang dan tengkorak manusia di longgokkan.
"Cu buat apa buka rak alamari nenek?"tiba-tiba saja wanita tua bongkok dengan wajah menakutkan itu sudah muncul di pintu.
Wanita itu tersenyum menampakkan barisan giginya yang hodoh dan di kotori sisa darah manusia.
" Kau ni hantu pelesit apa?"tanya Udin yang sudah terduduk dan menggigil ketakutan.
Nenek tua itu terjengket-jengket berjalan dengan tongkat menghampirinya. Udin cuba bangun namun dia telah di pukul dengan tongkat sehingga pengsan dan tidak sedarkan diri lagi.
Izam terjaga sekitar jam 10 pagi. Dia nampak cahaya mentari menyusup masuk ke dalam pondok buruk itu melalui celahan dinding kayu yang berlubang.
"Din! oh Din!" laungnya. Tidak berjawab. Izam turun ke tingkat bawah. Dia nampak Melati duduk di meja sambil membelakangkan nya.
Gadis itu nampaknya macam sedang makan tapi gayanya seperti melahap dengan gelojoh sekali. Terkedu Izam di buatnya.
"Melati.." sapa Izam. Perlahan-lahan gadis itu menoleh kan kepalanya ke belakang. Terduduk Izam bila lihat mulut wanita itu comot-comot dengan sisa darah dan masih mengunyah.
Apabila dia berganjak Izam hampir pengsan bila mendapati kepala Udin sudah di penggal dan di hidang dalam pinggan. Melati lah yang meratah dua biji mata temannya itu.
"Cu nak pergi mana tu?marilah sini makan sama-sama dengan nenek ya" kata Melati lantas wajahnya bertukar keropot dengan rambut bertukar putih dan kusut. Badan nya mulai membongkok.
Tahulah Izam 'Melati' yang tidur bersamanya semalam tak lain tak bukan adalah nenek tua bongkok itu. Geli-geleman dia memikirkan semua itu.
Kini dia sedar nenek tua itu bukanlah manusia sebaliknya mungkin jelmaan syaitan,jin,makhluk halus ataupun iblis.
Izam tidak jadi turun. Dia memecahkan tingkap pondok buruk yang sememangnya telah reput itu lalu terjun keluar mencapai basikal nya dan berkayuh sekuat hatinya meninggalkan tempat itu.
Dia membaca segala ayat-ayat suci yang di ingatinya di sepanjang perjalanan itu. Dia berasa lega bila akhirnya terserempak dengan sekumpulan penduduk kampung bersama pihak polis yang masuk ke hutan itu untuk mencarinya dan Udin.
Rupanya keluarga Izam dan Udin membuat laporan polis bila kedua mereka di dapati hilang selama beberapa hari setelah pergi ke hutan tersebut untuk aktiviti berbasikal.
Menurut cerita penduduk kampung berhampiran,hutan itu di huni oleh nenek kebayan yang di percayai adalah makhluk halus. Malah ramai yang mendakwa pernah terserempak dengan wanita tua bongkok dan bertongkat itu.
Sebelum Udin dan Izam pun telah ramai orang dan pelancong yang di dapati hilang. Ada yang langsung tidak di jumpai. Ada yang berjaya kembali pulang dan mendakwa terjumpa nenek kebayan seperti yang di ceritakan oleh ramai orang.****************
Sementara itu wanita tua bongkok tersebut terus duduk di kerusi malasnya di dalam pondok sambil berayun-ayun. Dia terus merenung tengkorak Udin yang di penuhi ulat dan masih terhidang di dalam pinggan di atas mejanya. Sambil itu dia terus menyanyi perlahan...
"Nenek-nenek si bongkok tiga..
Siang mengantuk malam berjaga..
Mencari cucu di mana ada..
Nenekku kahwin dengan anak raja" Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang juga nenek mencari
Siapa kena dia yang menjadi "
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Horror
HorrorHimpunan kisah-kisah misteri,aneh,horror,fantasi,erotik dan seram berdasarkan kisah sebenar dan kisah rekaan imaginasi penulis semata-mata