PEKAN BATU ARANG,GOMBAK SELANGOR,BULAN SEPTEMBER TAHUN 1921....
Di dalam terowong lombong arang bawah tanah kelihatan para pekerja sedang sibuk menggali dan mengorek hasil arang batu.
Pada ketika itu,selain orang-orang melayu,British juga telah membawa masuk ramai warga cina dan india ke tanah melayu untuk di jadikan buruh pelombong demi mengaut hasil khazanah bumi tanah melayu.
Keretapi pengangkut juga di bina di kawasan itu bagi memudahkan kerja-kerja mengangkut hasil arang batu dari lombong ke gudang simpanan.
Tragedi letupan, kebakaran dan kemalangan meragut nyawa biasa saja berlaku di situ kerana arang batu adalah bahan yang mudah terbakar. Di tambah pula dengan faktor kedalaman lombong yang di gali hingga menyebabkan ramai buruh mati kerana sesak nafas dan kekurangan oksigen.
Ketika sedang menggali di suatu sudut dalam terowong, seorang buruh bernama Kadir telah menemui sebuah peti. Buruh lain sedang sibuk di sudut-sudut lain. Kadir meragui akan kandungan peti terbabit. Dia yakin telah menemui peti harta karun. Akan tetapi beliau enggan hal itu di ketahui oleh buruh lain.
Kebetulan sahabat baiknya Arsyad di lihat sedang menolak sebuah kereta pengangkut beroda yang biasa di gunakan buat mengangkut muatan arang batu untuk di bawa keluar melalui sebuah laluan rel khas.
Kadir memanggil Arsyad lalu memberitahu tentang penemuan peti itu. Mereka berpakat untuk membawa peti itu keluar tanpa di ketahui oleh buruh-buruh lain.
Peti di letak atas kereta sorong sebelum di kambus dengan arang batu buat menyembunyikannya. Kereta pengangkut itu di sorong keluar dari terowong lombong.
Mereka berjaya melepasi pengawasan pegawai British yang menyelia lombong lalu terus menolak sehingga tiba ke keretapi pengangkut yang akan membawa semua hasil arang ke gudang.
Peti itu di sorok dekat dalam gerabak stor. Kadir dan Arsyad bersembunyi sekali di dalamnya ketika keretapi arang mulai bergerak. Mujur hanya mereka berdua di situ.
"Ingat Syad...hal ini usah kau bilang pada sesiapa. Kalau tertangkap dek pegawai Inggeris,nahas kita nanti" pesan Kadir ketika dia dan Arsyad sudah duduk menghadap peti itu.
"Tapi aku takut jugak ni Dir" kata Arsyad asyik mengintai-ngintai ke luar tingkap gerabak stor. Keretapi bergerak perlahan sahaja di atas rel melalui kawasan-kawasan yang masih lagi hutan belukar di kiri kanan.
"Kau tenang saja. Kalau betul dalam ni ada harta karun emas berlian. Kita bahagi sama rata. Tak perlu lagi kita bekerja sebagai kuli Inggeris. Cukup-cukup lah hasil bumi tanah melayu kita di rompak oleh mereka,jangan harta dalam peti ini pun jatuh ke tangan mereka" bisik Kadir tegas.
Arsyad mengangguk-angguk.
Dengan menggunakan tukul besi yang ada di jumpai dalam kotak-kotak dekat gerabak stor itu,Kadir dan Arsyad berjaya juga menghentam kunci mangga peti itu sehingga terbuka.
Dua sahabat itu sudah tersengih gembira.
Ketika penutup peti di buka alangkah terkejutnya mereka bila suatu asap hitam yang pekat berkepul-kepul naik.
"Eh?apa pulak ni?" tanya Kadir yang kehairanan. Dia masih lagi menatap ke mulut peti dan menunggu sehingga asap itu habis keluar.
"Dir...aku...aku tak sedap hati lah.."kata Arsyad yang sudah mengensot ke belakang kerana berasa takut.
Dari asap hitam itu terjelma lah suatu makhluk yang hodoh lagi mengerikan. Rambutnya mengurai panjang mencecah ke lantai. Matanya merah menyala. Kulitnya berkedut seribu dengan kuku jari yang panjang-panjang. Api kecil-kecil mulai terbit dari segenap tubuhnya. Matanya yang merah tadi juga mulai berkobar dengan api. Bunyinya mendengus-dengus.
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Horror
HorrorHimpunan kisah-kisah misteri,aneh,horror,fantasi,erotik dan seram berdasarkan kisah sebenar dan kisah rekaan imaginasi penulis semata-mata