Pak Mahat membakar sebatang curut. Kemudian dia kembali menyambung kerja-kerja membuat batu nesan. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya memenuhi ruang kedai yang sudah terlalu usang itu.
Sesekali dia mengelap peluh yang membasahi dahinya. Batu-batu nisan yang telah siap di ukir di susunnya dengan kemas di suatu rak.
Di luar bunyi guruh dan kilat bersahutan menandakan hujan akan turun. Pak Mahat berhenti sebentar dari bertukang dan menoleh jam di dinding kedainya.
Waktu menunjukkan pukul 11 malam. "Dah lewat ni.." kata pak Mahat dalam hati. Dia pun mengemaskan alat-alat pertukangan batu nisan nya.
Baru dia hendak menutup pintu kedai,hujan sudah turun mencurah-curah. Jadi dia pun bercadang untuk tidur di kedainya saja.
Lagipun memang biasa juga pak Mahat bermalam di situ. Isterinya di rumah pun faham-faham saja kalau dia tidak pulang.
Selepas menutup pintu kedai nisan itu dari dalam, pak Mahat pun merebahkan tubuhnya di sebuah kerusi malas.
Biasanya dia akan memasang radio kecil yang terdapat di situ mendengarkan lagu-lagu lama sebelum matanya berat dan terlelap.*************
Sementara itu di sebuah kelab malam suasana hingar-bingar dengan muzik yang di mainkan. Kelihatan sekumpulan pengunjung sedang leka menari-nari.
Segelintir pula hanya duduk-duduk di meja bar sambil bersembang atau mabuk-mabuk.
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan awal 30 an nampaknya begitu rancak berhibur. Melihatkan gaya pemakaiannya semua pengunjung di situ tahu dia mungkin seorang eksekutif muda di sebuah syarikat.
Tanpa segan-silu dia menari-nari dengan pelbagai gaya. Oleh kerana mabuk dia tersungkur ke lantai. Mujur saja pengunjung lain tidak terpijak tubuhnya.
Seorang wanita muda yang cantik berpakaian agak ranggi dan seksi pergi mendapatkan lelaki itu dan memapahnya bangun.
"Encik Haikal, i rasa u dah mabuk sangat ni..jom kita beredar. Lagipun dah lewat ni" kata wanita tersebut.
"Rileks la Hani..esok kan cuti. Apa salahnya kita enjoy dulu puas-puas" kata lelaki tu.
"Habis kang kalau Encik Haikal dah tersadai kat sini sapa nak hantar i balik nanti?" ujar wanita itu lagi. Lelaki yang di kenali sebagai Haikal itu tidak berkata apa-apa dan menurut saja.
Mereka pun keluar dari kelab malam dan meninggalkan perkarangan pusat hiburan itu dengan sebuah kereta.
Hujan turun mencurah-curah. Encik Haikal yang juga seorang pengarah muda di sebuah syarikat memang gemar berfoya-foya.
Hani yang merupakan secretary nya itu lah yang selalu di bawanya pergi ke mana-mana bukan saja atas urusan kerja malah juga urusan peribadi.
Kereta yang di pandu oleh Haikal sedikit terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan kerana dia masih pening akibat mabuk.
Tak puas berhibur di kelab malam,Haikal pun membuka radio di dalam keretanya. Dia melalak-lalak mengikut lagu yang di mainkan.
Sesekali Hani ketawa geli hati mendengar suara nyanyian bos nya yang sumbang-mambang itu. Dia juga turut meliuk-lentuk kan tubuhnya dan menari sambil bertepuk tangan.
Gelak ketawa mereka memecah kesunyian malam ketika kereta itu tiba di sebuah jalan pekan yang sunyi.
"U nak bawak i pergi mana ni Encik Haikal? sunyi je jalan kat pekan ni" tanya Hani. Penghuni rumah-rumah di sekitar jalan itu juga nampaknya telah melabuhkan tirai dan kemungkinan sedang lena di buai mimpi.
"Haha u dah pakai sexy-sexy camni takkan la i tengok je Hani..ehem,kita usya 'port' dulu k?" kata Haikal dengan senyuman nakal.
Secretary nya yang cantik itu mengenyit mata dan menghadiahkan ciuman ke pipi nya. "Muah!..sayang sangat Encik Haikal ni" kata Hani manja-manja.
Sambil sebelah tangannya mengawal stereng, Haikal pun membelai rambut Hani dengan sebelah tangan nya lagi.
Wanita itu memeluk nya dan kedua mereka mulai bercumbuan bibir ke bibir dengan nikmatnya.
Entah bagaimana Haikal hilang sedikit kawalan hingga kereta yang di pandunya itu hampir terbabas. Mujurlah dia sempat bertindak balas.
Kedua mereka ketawa terkekek-kekek kerana berasa lucu pula berciuman hingga kereta hampir terbabas.
"Oh hahaha..u ni teruklah Encik Haikal. kalau terbabas tadi silap hari bulan melayang nyawa tau" kata Hani.
"Hahah kalau macam tu kita tempah lah batu nisan siap-siap ya" usik Haikal membuat wanita itu ketawa tak sudah-sudah.
Kebetulan pula sewaktu Haikal berkata begitu kereta yang mereka naiki melintasi kedai batu nisan kepunyaan pak Mahat. Dia berhenti seketika dan mengundurkan keretanya kemudian berhenti betul-betul di hadapan kedai usang itu.
"Kedai batu nisan pak Mahat" kata Haikal membaca papan tanda di atas pintu kedai tersebut. "Hish u nak buat apa pulak kat depan kedai ni?" Hani tertanya-tanya.
Haikal gelak-gelak je. Dia berasa seronok nak menyakat Hani bila dalam keadaan mabuk begitu.
Kemudian dia mendail pula nombor telefon pak Mahat yang tertera di papan tanda kedai tersebut.
Hani mulai berasa tidak sedap hati. Dia berkerut dahi memandang Haikal dan tertanya-tanya apa pula yang nak di lakukan oleh lelaki tersebut?
Sementara itu pak Mahat yang kebetulan tidur di dalam kedai nisan tersebut terjaga bila telefon nya berbunyi. Dia pun menutup radio yang masih terbuka itu.
"Hello..itu pak Mahat ke?" tanya Haikal. "Ya saya..ada apa ya telefon malam-malam ni?"tanya orang tua tu lagi.
Haikal hampir nak terbarai ketawa tapi di tahan-tahannya juga. " saya nak tempah batu nisan untuk dua orang"jawab Haikal yang mabuk itu berdekit sedikit kerana tidak tertahan lucunya melihat wajah Hani yang cuak.
Pak Mahat berasa hairan dengan pemanggil nya itu. Ingin menempah nisan tapi di hujung talian dia boleh terdengar pula lelaki tersebut tergelak.
"Serius lah Encik jangan main-main" kata pak Mahat.
"Eh ni serius lah pakcik..kat batu nisan tu buh nama Haikal dan batu yang satu lagi buh nama Hani ya?" kata Haikal langsung terkekek-kekek geli hati.
"Stop it Encik Haikal..seriously benda-benda macam ni tak kelakar langsung ok" kata Hani. Dia cuba mengambil handphone di tangan Haikal tetapi lelaki itu sempat mengelaknya.
"Hahaha tengok wajah u Hani pucat lesi dah macam mayat. Takpe-takpe..nisan i dah tempah kan" kata Haikal senak perut tertawa.
Pak Mahat terus menantikan kata-kata seterusnya dari pemanggil nya itu.
"Err nanti pak Mahat buh tarikh mati kat dua-dua batu nisan tu 9 jun ya?" pesan Haikal.
"Baiklah,boleh saya tahu nama Encik?" tanya orang tua itu sambil mengambil pensel dan kertas.
"Err haha..Haikal.. nisan tu untuk saya lah..yang satu lagi untuk secretary saya ni Hani namanya" kata Haikal langsung senak perutnya menahan ketawa supaya tak di dengari pak Mahat.
"U dah gila Encik Haikal. Bagi i phone u tu" kata Hani masih cuba merampas nya dari tangan bos nya itu. Namun Haikal terlalu cekap untuk mengelak.
"Tapi mana ada orang tahu bila dia nak mati Encik Haikal?" soal pak Mahat hairan sekali dengan pemanggil nya itu.
"Pak Mahat buat je..berapa bayarannya saya bayar nanti. Kalau boleh nak esok pagi juga" kata Haikal yang semakin seronok melayan mabuknya sambil melihat kepanikan di wajah Hani.
"Tapi dah lewat malam ni.." kata pak Mahat. "Buat je setakat mana yang dapat pak Mahat. Esok pagi saya sampai kat kedai pakcik ambil batu nisan tu" kata Haikal terus mematikan talian.
Pak Mahat meletakkan gagang telefon. Dia masih memikirkan adakah lelaki yang menelefon nya itu waras atau tidak?
Setahu pak Mahat selama berpuluh-puluh tahun dia mengusahakan kedai membuat batu nisan belum pernah ada orang menempah nisan untuk diri sendiri lengkap dengan tarikh hari matinya.
Lelaki tua itu terpaksa melupakan saja waktu tidurnya. Dia kembali memasang lampu dan mencapai alat-alat penukangan batu nisan dan mulai mengerah keringat.
Kereta yang di pandu Haikal kembali bergerak. Dia masih lagi senak perut geli hati melihatkan reaksi Hani.
"Janganlah marah darling" pujuk nya. Hani menepis tangannya. "Apa motif Encik Haikal pergi tempah batu nisan untuk kita berdua tu?dah nak mati sangat ke?" tekan Hani dengan wajah masam.
"Hihihi cantik wajah u bila masam begitu Hani. Ok-ok lah lupakan je lah hal tu. Tak sape pun nak mati cepat. Batu nisan tu pakcik tu simpan ajelah nanti" kata Haikal.
"Tapi u dah tempah batu nisan tu kan?naya la pakcik tukang nisan tu bekerja tengah-tengah malam nak melayan gurauan gila u tu Encik Haikal" kata Hani sambil geleng kepala.
Haikal masih ketawa terkekek-kekek. Kereta mereka berhenti di sebuah kawasan pinggir hutan yang agak jauh dari rumah-rumah orang,gelap dan sunyi.
Dalam hujan yang turun mencurah itu Haikal dan Hani sudah bertelanjang tanpa seurat benang. Mereka bersatu dalam pelukan erat dan hangat.
Maksiat yang mereka lakukan terus berjalan dengan lancar sekali dalam kereta yang bergoncang.
"Oh..ah..ah..mmh..mmh.." Hani merengek keseronokan bila tubuhnya di layari bos nya yang muda dan kuat itu.
Sesekali terdengar gelak tawa pasangan itu. "Mmh..kenapa laju sangat u main ni Encik Haikal?" tanya Hani yang sedang lemas di pangkuan lelaki itu.
"Dah u sexy sangat..aduh..geram batang nikmat i ni di buatnya" kata Haikal.
Sejam kemudian barulah pasangan itu mencapai kepuasan selepas berzina. Mereka tertidur di dalam kereta kerana keletihan.
Sementara itu pak Mahat sedang gigih menyiapkan dua buah batu nisan yang di tempah oleh Haikal.
Lebih kurang jam 4 pagi barulah orang tua itu berjaya menyelesaikan kerjanya. Dia terbaring di kerusi malasnya dan terus tertidur keletihan.
Hani yang terjaga terus mengejutkan Haikal dan mengajaknya pulang. Namun begitu ada sesuatu yang aneh telah berlaku.
Mereka mendapati pinggir hutan itu telah di selubungi kabus putih yang sangat tebal.
Selepas memakai pakaian,mereka berdua keluar sebentar dari kereta. Hujan sudah lama berhenti. Suasana begitu sejuk.
"Macam mana kita nak balik ni?kabus tebal betul" kata Hani sambil memerhatikan di sekeliling nya.
Tiba-tiba mereka terdengar pula suara seolah-olah hutan itu berbisik. " hei manusia..berani kau menceroboh hutan tempat tinggal kami ni!"kata suara bisikan tersebut.
Hani yang ketakutan terus pergi memeluk Haikal. "Hish apa benda pulak yang bisik-bisik tu?" tanya Hani.
Ketika kabus putih tebal itu bergerak pantas di sapu angin,Haikal ternampak sesuatu.
"Hani,i rasa lebih baik u tak payah tahu apa yang i nampak" kata Haikal. Wanita itu memandang nya.
"Apa yang u nampak?" dia ingin tahu juga. "Tu!" kata Haikal sambil menunjuk ke atas pokok. Hani menjerit-jerit ketakutan bila lihat begitu banyak langsuir berdiri di atas dahan pokok-pokok di pinggir hutan tersebut.
"Ayuh cepat!" kata Haikal lalu menarik wanita itu masuk ke dalam kereta. Terdengar suara mengilai-ngilai dan bergema di seluruh kawasan pinggir hutan tersebut.
Hani menutup kedua-dua belah telinganya kerana tidak mahu mendengar suara-suara yang menakutkan itu.
Kereta yang di pandu Haikal terus meredah kabus-kabus putih tebal yang menyelubungi pinggir hutan tersebut.
Akibatnya beberapa kali juga hujung depan kereta itu terpelosok ke rimbunan semak atau terlanggar pokok. Mujurlah Haikal tidak membawa dengan laju.
Hani mulai menangis panik dan cemas. Tak kira ke arah mana pun kereta itu pergi pasti mereka akan keluar dan muncul semula di tempat mereka berasmara tadi.
Sementara itu di luar kawasan pinggir hutan itu hari telah siang. Pak Mahat telah membuka kedai batu nisan nya seperti biasa.
Jam sudah pukul 8 pagi. Pak Mahat menyambung kerja-kerja menyiapkan tempahan nisan pelanggan-pelanggan nya yang masih belum di siapkan.
Tiba-tiba enjin kereta yang di naiki Haikal dan Hani termati. Puas di di hidupkan kembali namun gagal. Hani bertambah panik dengan apa yang terjadi.
"Habis tu takkan kita nak stay je kat hutan berhantu ni?" tanya Hani. Haikal tidak menjawab pertanyaan nya itu. Dari air muka yang di tunjukkan oleh lelaki tersebut sudah cukup untuk memberitahu Hani yang mereka terpaksa pasrah saja dengan apa yang berlaku.
Suara berbisik-bisik yang berkumandang kian rancak. Sehinggalah apabila beberapa langsuir itu muncul di tempat duduk belakang kereta dan mengilai-ngilai.
Haikal dan Hani menjerit-jerit ketakutan lalu melompat keluar dari situ. Haikal cepat-cepat pergi mendapatkan Hani yang kepanikan.
Kain skirt dan peha wanita itu basah lenjun dan berbau hancing kerana terkencing. Haikal mendukung nya dan berlari meredah kabus. Mereka meninggalkan saja kereta di situ.
Kemudian mereka meredah pula pokok-pokok buluh yang mengeluarkan bunyi gemersik yang menyeramkan sehinggalah mereka tiba di suatu kawasan lapang.
Haikal dan Hani berasa pelik bila melihat ada sebuah perigi di tengah-tengah kawasan berkabus itu.
Mereka menjengukkan kepala ke dalam lubang perigi tersebut dan mulai terlihat sesuatu yang aneh.
"Itu kan jalanraya dekat kedai batu nisan tadi?" kata Hani. "Rasanya inilah jalan keluar dari hutan ni" kata Haikal. Hani mengangguk setuju.
Tahulah mereka bahawa perigi itu seperti pintu ajaib untuk meninggalkan hutan berhantu tersebut.
Keadaan mulai membimbangkan bila sekumpulan langsuir telah datang dari segenap ruang dan menghampiri mereka.
"Hani..nampaknya kita akan terjun kat dalam perigi ni" kata Haikal sambil memegang tangan wanita itu.
"Baiklah.." Hani setuju. Dalam kiraan tiga kedua-dua mereka pun menerjunkan diri masing-masing ke dalamnya.
Akhirnya Haikal dan Hani betul-betul muncul di tengah jalan berhadapan dengan kedai batu nisan pak Mahat. Mereka bersyukur akhirnya terlepas juga dari hutan yang menakutkan itu.
Pak Mahat yang kebetulan di luar kedai itu terperanjat melihat kemunculan dua orang tersebut di tengah jalan secara tiba-tiba.
Pada ketika Haikal dan Hani masih terpinga-pinga itu kedengaran suatu bunyi hon yang kuat dari atas jalan.
Mereka sempat mengerling namun tidak sempat mengelak. Sebuah lori treler panjang yang sedang membrek secara mengejut akhirnya telah merempuh kedua-dua orang tersebut.
Pak Mahat yang melihat kejadian tersebut hanya mampu menggeleng dan beristighfar panjang. Dia dan beberapa orang lain berlari ke tempat kemalangan ngeri tersebut.
Haikal dan Hani remuk redam di gilis kenderaan gergasi tersebut. Darah melimpah-limpah di sana-sini. Daging-daging ,tulang dan isi otak manusia bertaburan.
Tidak lama kemudian pihak polis dan ambulans pun tiba. Sewaktu berbual dengan anggota polis yang terlibat dalam mengendalikan tragedi itu pak Mahat hampir pitam apabila mendapat tahu kedua-dua mangsa di kenali sebagai Haikal dan Hani.
Dia pasti itulah orangnya yang menempah dua buah nisan dengan nama tersebut malam semalam.
"Agaknya dia dah mendapat alamat tentang ajalnya sendiri..Wallahualam" kata pak Mahat yang berasa ngeri dan simpati dengan nasib si mati.
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Horror
HorrorHimpunan kisah-kisah misteri,aneh,horror,fantasi,erotik dan seram berdasarkan kisah sebenar dan kisah rekaan imaginasi penulis semata-mata