Hari tu satu hukuman gantung sampai mati telah di laksanakan ke atas seorang banduan lelaki yang di sabitkan dengan kesalahan bunuh dan cubaan merogol.
Sepanjang meringkuk di dalam penjara menantikan saat hukuman mati di laksanakan,banduan tersebut yang di kenali sebagai Yazid di katakan banyak termenung dan menangis.
Dia bukannya menangis kerana takut dengan hukuman gantung sampai mati yang telah di tetapkan ke atasnya. Yazid mengakui mati itu benar. Semua orang akan merasakan mati. Tapi dia sedih dan kesal kerana di jatuhkan hukuman atas pertuduhan rogol dan bunuh yang tidak pernah di lakukannya.
Yazid berani bersumpah atas nama Tuhan yang dia tidak pernah sekali-kali melakukan perbuatan keji itu. Sebaliknya dia di fitnah orang, sedangkan pelaku sebenarnya masih bebas di luar sana.
Ya,dia kenal semua para pelaku yang terlibat serta gadis yang menjadi mangsa mereka.
Dah berbuih mulut Yazid menafikan segala pertuduhan ke atasnya tapi suaranya tidak di dengar. Dia sedar dirinya hanyalah seorang pak guard cabuk di sebuah sekolah menengah.
Memang benar Yazid ada rekod buruk. Dia pernah masuk ke lokap kerana mencuri. Tapi itu semua kesalahan yang di lakukannya berpuluh tahun lalu sewaktu dia masih remaja dan budak mentah lagi.
Dia sedar orang yang tidak berpelajaran tinggi sepertinya memang akan selalu menjadi mangsa keadaan.
Lagi pulak pelaku sebenar jenayah tersebut bukan calang-calang orangnya. Terdiri dari kalangan orang-orang educated yang menurut pandangan masyarakat sebagai mustahil terlibat dengan perkara-perkara demikian.••••••••Imbas kembali•••••••••
Malam tu Yazid terpaksa pulang lewat kerana ada tiga orang guru yang masih belum meninggalkan perkarangan sekolah.
Dia di fahamkan ada kelas tambahan di adakan. Jadi Yazid pun menunggulah di bilik pos pengawal dekat pintu pagar sekolah.
Masa terus berlalu. Jam sudah menginjak ke pukul 10 malam. "Kelas tambahan apa yang lama sangat nak habis ni?" fikir Yazid.
Dia sepatutnya sudah pulang berehat di rumah bersama anak isteri pada waktu-waktu begini. Tapi apa lagi yang boleh di buatnya selain akur dengan kerjanya sebagai pak guard sekolah.
Yazid lah orang terakhir yang bertanggungjawab memastikan pintu pagar sekolah berkunci selepas semua murid-murid dan guru pulang.
Begitu juga setiap pagi dia orang pertama perlu sampai ke sekolah untuk membuka rantai kunci mangga di pagar sekolah.
Tidak lama kemudian kelihatan seorang murid perempuan melangkah longlai baru keluar dari bilik darjah di mana kelas tambahan itu di adakan.
"Alia! dah habis kelas ke?" tanya Yazid sewaktu gadis itu hendak keluar dari pagar.
Alia mengangguk lemah. Rambutnya kusut masai. Yazid kenal benar dengan gadis itu. Wajahnya sugul.
"Kenapa ni?Alia tak sihat ke?" tanya Yazid. "Tak de apa lah pak Yazid..Alia letih je" kata gadis berusia 16 tahun itu. Dia pun minta diri dan beredar.
Yazid dapat merasakan ada sesuatu yang di sembunyikan oleh Alia. Tapi dia tidak tahu apakah ia?
Beberapa minit kemudian kereta cikgu Basyir pengetua sekolah itu keluar di ikuti oleh cikgu Rahim dan ustaz Zahri meninggalkan perkarangan sekolah.
Ketiga-tiga mereka lah guru yang terlibat dengan kelas tambahan tersebut. Peliknya murid-murid lain yang turut mengikuti kelas itu telah di izinkan pulang awal sedikit sedangkan Alia murid yang terakhir.
"Ah mungkin Alia kena denda balik lewat kot?patutlah sedih je wajahnya" fikir Yazid sambil menutup dan mengunci pagar masuk sekolah sebelum dia beredar pulang.
*******************Beberapa hari kemudian tiga orang guru itu mengadakan kelas tambahan lagi di waktu malam. Masa kelas itu sedang berlangsung tiba-tiba Alia muncul di pos pengawal tempat Yazid berjaga.
Dia menangis teresak-esak. "Eh kenapa ni Alia?" soal Yazid yang kehairanan.
"Pak Yazid.. sebenarnya Alia..Alia..." gadis itu cuba memberitahu sesuatu tapi suaranya tersekat-sekat.
"Bawak bertenang..cuba Alia cakap satu persatu" kata Yazid. "Alia malu nak cakap.. tapi Alia memang benci tengok ketiga-tiga orang cikgu tu..tak sanggup lagi Alia nak lalui semua ni" kata nya sambil mengesat air mata yang berguguran
"Kena denda ya?"kata Yazid. Gadis itu menggeleng. " habis tu?"Alia hanya tertunduk dan teresak-esak.
"Alia kena rogol lah pak Yazid.." kata Alia terus-terang. Terkedu Yazid mendengarnya.
"Pak Yazid tolonglah Alia.." rayu gadis itu. "Maksud kamu cikgu-cikgu kat kelas tambahan tu punya kerja?" soal Yazid. Alia mengangguk.
"Sejak kelas tambahan hari tu lagi Alia dah kena rogol dengan cikgu Basyir,cikgu Rahim dan ustaz Zahri. Mereka ugut nak bunuh jika Alia report kat mak ayah atau polis..Alia takutlah pak Yazid" akui gadis tersebut. Tangisan nya kian rancak.
"Astaghfirullahaladzim.." Yazid beristighfar panjang. Dia menggeleng kepalanya. Tak sangka ketiga-tiga orang guru tersebut rupanya berhati syaitan dan berperangai keji.
Yazid menghulurkan topi keledar motor pada Alia. "Kalau macam tu cepat Alia pakai topi keledar ni kita pergi ke balai polis buat report sekarang jugak" kata pak Yazid.
"Tapi mereka dah ugut.." Tak usah takut. Negara kita ada undang-undang. Mereka takkan terlepas dari hukuman"Yazid meyakinkan gadis itu.
"Pak Yazid.. kalau apa-apa jadi kat Alia nanti pak Yazid tolonglah balas dendam pada guru-guru tu" rayu Alia. Matanya berkaca-kaca. Hiba Yazid melihat nya. Tak tahulah apa akan jadi pada masa depannya nanti.
Baru saja gadis itu ingin memakai topi keledar tiba-tiba cikgu Rahim dan ustaz Zahri telah terpacul di muka pintu pondok pengawal.
Alangkah terperanjat nya Yazid dan Alia. "Hah! kat sini kamu menyorok ya!?..Alia awak masuk ke kelas sekarang!" arah cikgu Rahim.
Gadis itu terketar-ketar sambil memandang Yazid. "Ni dah siap nak pakai helmet nak bawak budak ni pergi mana Yazid?" tanya ustaz Zahri.
"Katanya tak sihat..saya nak tolong lah hantarkan balik" kata Yazid memberi helah.
"Awak kerja sini jadi pak guard je faham. Mana boleh suka hati bawak murid keluar dari sekolah?" kata ustaz Zahri menengking. Yazid hanya terdiam.
"Cepat masuk ke kelas!" sergah cikgu Rahim. Dengan berat hati Alia terpaksa mengikuti dua orang guru terbabit kembali ke bilik darjah.
Seperti sebelum ini juga murid-murid lain akan di benarkan pulang lebih awal sedangkan Alia di tahan lebih lama di dalam kelas.
Yazid berasa tidak sedap hati. Rasa bersalah akan menghantui nya jika dia hanya membiarkan perkara tersebut berlaku.
Dia pun bertekad untuk pergi mengintip. Akhirnya di bilik hujung sekali Yazid sudah nampak kelibat Cikgu Basyir,cikgu Rahim dan ustaz Zahri mundar-mandir di luar kelas sambil bergelak ketawa.
Entah apa yang sedang si bincangkan oleh mereka Yazid tidak tahu. Dia cuba merapati mereka dan mendengar perbualan ketiga-tiga orang guru terbabit.
"Hahah! line clear sekarang. Sapa nak tibai dulu budak ni?" tanya cikgu Basyir yang juga pengetua sekolah sambil gelak terkekek-kekek.
"La tuan pengetua lah merasmikan dulu. Kami boleh tunggu..tak de hal punya" jawab ustaz Zahri tersengih-sengih saja.
"Betul tu tuan pengetua. Masuk lah dulu,biar kami 'cover line' kat luar ni" kata cikgu Rahim pula. Yazid yang menyorok di balik timbunan semak betul-betul dekat dengan bilik itu hanya menggeleng kepala.
Dia berasa cukup kesal dengan perangai keji ketiga-tiga guru terbabit.
"Rahim,kau rasa budak tu kat pondok si Yazid tadi buat apa?aku tak sedap hati lah..entah-entah dia dah bocorkan rahsia kita kat pak guard tu" kata ustaz Zahri.
"Kalau aku tau dia bocorkan rahsia siap lah budak ni!" kata cikgu Rahim pula.
"Apa kita nak buat?" soal ustaz Zahri. "Bunuh lah kot..tapi kalau Yazid pun tau dengan dia-dia sekali kita kena 'senyapkan' juga" ujar cikgu Rahim.
Yazid yang memasang telinga itu tergamam. Tak sangka sampai begitu sekali di fikirkan oleh guru terbabit. Sudahlah merogol kini mahu menjadi pembunuh pula?
Tiba-tiba terdengar suara jeritan wanita dari dalam bilik kelas. "Lepaskan aku lah setan!" jerit dan maki suara itu. Cikgu Rahim dan ustaz Zahri lantas bergegas pergi masuk ke dalam.
Yazid mengambil kesempatan itu mengintai di celah tingkap kelas dari luar. Nampaknya tiga orang guru itu terpaksa bersusah-payah kerana Alia meronta-ronta dan melawan.
"Diam!..melawan pulak budak ni!" herdik cikgu Basyir. Dia mengarahkan cikgu Rahim dan ustaz Zahri mengikat kedua-dua tangan Alia dan menutup mulutnya.
Yazid yang melihat kejadian itu tidak dapat bersabar lagi. Dia sudah tidak peduli walaupun akan di buang kerja nanti. Syaitan bertiga itu harus di hentikan segera.
Pengawal keselamatan sekolah itu terus meluru masuk dengan sebatang kayu dan menyerang tiga orang guru terbabit.
Malangnya serangan Yazid telah di patahkan oleh cikgu Rahim yang juga seorang pelatih silat dengan mudah saja. Yazid terbaring dan pengsan.
Alia terpekik-terlolong bila melihat pengawal keselamatan yang datang untuk menolongnya itu menerima padah.
"Celaka!..aku rasa budak ni dah bocorkan rahsia kita! kalau macam ni masak kita meringkuk di penjara nanti!" ustaz Zahri mulai panik.
Tiba-tiba cikgu Basyir mendapat suatu akal. Dia mengarahkan cikgu Rahim dan ustaz Zahri membunuh Alia dengan cara pisau di genggam melalui tangan Yazid.
Dengan itu dapatlah mereka membuat cerita kononnya Alia di bunuh oleh pengawal keselamatan tersebut.
Gadis itu di lempang sehingga pengsan sebelum di tikam hingga menemui maut. Guru terbabit menelefon polis.
Yazid yang pengsan di temui terbaring dengan tangan dan pisau di basahi darah di sisi Alia. Guru-guru terbabit mendakwa kononnya terdengar jeritan Alia meminta tolong. Apabila bergegas ke bilik itu mereka mendapati Yazid sedang cuba memperkosa gadis tersebut.
Cerita di tokok-tambah lagi kononnya terjadi pergelutan hingga Alia tertikam sebelum guru-guru itu berjaya membelasah pengawal keselamatan sekolah itu sehingga pengsan dan menelefon pihak polis.
Yazid akhirnya di dakwa kerana membunuh dan percubaan merogol Alia. Begitulah nasib malang Yazid yang akhirnya meringkuk di penjara sebagai banduan dan hayat nya berakhir di tali gantung.
*****tamat imbas kembali******
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Horror
HorrorHimpunan kisah-kisah misteri,aneh,horror,fantasi,erotik dan seram berdasarkan kisah sebenar dan kisah rekaan imaginasi penulis semata-mata