Potret Petani Bongkok

302 6 3
                                    

[Author: Ada beberapa pemberitahuan di akhir cerita ini nanti]

Naufal berdiri tercegat sambil melontarkan pandangan lesu ke rumah banglo besar dua tingkat bercat putih di hadapannya.

Gembira atau tidak, Naufal sendiri tak mampu menjelaskan apakah perasaan yang bersarang dalam dirinya setelah terpaksa mengikuti ahli keluarga berpindah ke rumah baru mereka itu.

Yang pasti di rumah lama nya terlalu banyak kenangan suka-duka. Di sana Naufal membesar dan memiliki ramai rakan-rakan dan kenalan.

Kini semua itu terpaksa di tinggalkan. Dan tempat ini pula terlalu baru baginya. Tak pasti pula apakah pengalaman yang bakal di laluinya nanti akan lebih menyeronokkan atau sebaliknya.

Adik-adik nya yang masih kecil berlari riang di halaman rumah yang lapang serta di hiasi kebun bunga dan rumput menghijau.

Ayah,ibu dan kakak nya pula sedang sibuk membawa turun kotak-kotak serta perabot dari lori yang di sewa untuk mengangkut barang-barang dari rumah lama mereka ke banglo besar itu.

Selain mereka, ada pemandu lori dan temannya yang turut membantu.

Ayah dan ibu Naufal yang beriya-iya nak berpindah ke situ. Selain kos harga mampu milik,rumah banglo itu juga terletak di kawasan yang jauh dari kesibukkan dan kebisingan kota.

Malahan,lokasi nya yang redup berlatarbelakangkan bukit menghijau serta pokok-pokok malar segar begitu begitu menyamankan dan menenangkan jiwa.

Di situ mereka sekeluarga dapat menjalani hidup aman dan tenteram.

"Fal! melanguk je ke? tolonglah angkat-angkat kotak ni sekali" teriak Dira,kakak Naufal yang lebih tua dua tahun darinya.

Remaja lelaki berusia lapan belas tahun itu hanya termangu-mangu. Apa yang terbayang di benaknya ialah hari ini adalah suatu hari yang sungguh meletihkan.

Terlalu banyak kotak-kotak kecil dan besar yang harus di bawa masuk ke rumah baru. Banyak pula kerja yang harus di lakukan.

Dalam malas-malas Naufal pun pergi membantu.

Ketika waktu telah menginjak petang,mereka sekeluarga masih lagi sibuk mengemaskan rumah. Lori yang di sewa untuk mengangkut barang terpaksa berulang-alik dari rumah lama ke banglo besar itu beberapa kali.

Pada sebelah malam barulah mereka sekeluarga dapat menarik nafas lega kerana perabot-perabot yang besar dan berat semuanya telah selesai di susun pada tempat nya.

Dira turun dari tangga tingkat atas sambil membawa sebuah kotak berisi barang-barang lama yang di tinggalkan oleh penghuni sebelum.

"So barang-barang ni kita nak buang ke ayah?"

"Eh jangan. Simpan dalam stor lah. Mana tau tuan dia datang balik tuntut nanti" balas Wahab yang sedang sibuk menggantung bingkai gambar perhiasan di dinding.

Dira berjalan menuju ke bahagian belakang di mana stor terletak.

"Ada momok dalam stor tu kikiki"usik Naufal yang sedang tersandar di sofa sambil main henfon.

Langsung langkah Dira terhenti. Di jegil nya ke wajah Naufal dengan dahi berkerut.

Naufal ketawa berdekah-dekah geli hati. Bukan dia tak tau kakaknya itu penakut.

"Fal berani sangat kan? haa pergi lah temankan Dira kat stor tu jap" kata ibunya Noreen yang baru selesai menyedut habuk-habuk di permaidani dengan mesin penyedut hampagas.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now