Mistik Jam Antik

110 6 0
                                    

PAK Jabit adalah seorang peniaga barangan antik dan mistik. Cakaplah apa sahaja yang tidak ada di jual di kedainya..dari keris-keris lama,kerambit,tombak,batu geliga,pasung orang gila,perabot antik dan banyak lagi.

Pak Jabit yang berusia 60an biasa di temani oleh isteri barunya Dalila yang jauh lebih muda darinya. Dalila itu baru berusia 24 tahun. Sahabat baik Pak Jabit sendiri yang telah mengahwinkan anak perempuannya si Dalila itu dengan Pak Jabit.

"Abang..bejana antik ni nak letak kat mana?"tanya Dalila ketika baru sudah mengelap dan membersihkan sebuah bekas seperti tempayan pengisi air.

"Letakkan kat atas rak hujung nun"balas Pak Jabit yang sedang duduk di kaunter kedai.

Dalila akur dan menurut sahaja.

Loceng pintu kaca kedai barangan mistik dan antik itu berdenting tanda ada pelanggan yang datang. Seorang lelaki bercermin mata melangkah masuk. Siapa lagi kalau bukan Roslan.

Lelaki berusia  30an itu tampak seperti berminat hendak membeli apa-apa sahaja barangan yang ada di jual di situ,namun sekali pun tidak pernah di belinya. Biasanya Roslan datang melihat-lihat sebelum beredar.

Seperti biasa dia membelek-belek barangan dekat rak. Dalila isteri muda Pak Jabit yang cantik bertudung itu bukan main lagi melayan si Roslan itu dengan penuh kemesraan. Bukan Pak Jabit tak perasan tingkah laku Dalila setiap kali Roslan datang ke situ.

"Encik Roslan nak beli apa sebenarnya? selalu datang sini kan.."kata Dalila.

"Haha saya nak beli awaklah"Roslan bergurau.

"Ahahaha"

Dalila tertawa menggedik membuat Roslan sedikit terpesona.

"Ehem..air kopi yang aku minta kau buat tadi mana Lila?"tegur Pak Jabit.

"Alamak sori sangat bang. Lila terlupa"kata Dalila tertunduk malu lalu cepat-cepat dia ke bahagian belakang kedai.

Roslan pula seperti orang serba salah. Belek itu tidak kena,belek ini pun tidak kena. Tau-tau Pak Jabit telah muncul berdiri di belakangnya.

"Err..Pak Jabit.."kata Roslan terkejut sikit sambil tersenyum lemau dan mengangguk-angguk. Entah bila Pak Jabit yang sedang duduk dekat kaunter kedai itu bangun dan berjalan menghampirinya dari belakang pun dia tidak tahu.

Pak Jabit tersengih saja.

"Ada benarnya pertanyaan isteri aku tadi..apa sebenarnya yang kau cari di kedai ni Roslan? walhal dah banyak kali kau kemari. Tapi tak ada satu barang pun yang engkau beli"kata Pak Jabit.

"Err...sebenarnya...sebenarnya saya datang nak...nak..

"Nak apa? nak mengurat bini aku?"

"Eh tak..tak ada Pak Jabit..err haa..saya sebenarnya suka tengok jam kayu antik tu.."kata Roslan sambil tuding jari ke arah sebuah jam dinding antik yang tergantung dekat dinding dalam kedai.

Pak Jabit menoleh ke arah dinding.

"Yang mana satu? ada tiga buah kat situ"

"Yang sebelah kiri sekali. Yang ada corak tengkorak mata hijau tu"

"Yang itu aku tak jual. Kau pilih yang dua lagi"

"Eh kenapa pulak tak jual? saya tak berkenan dengan yang dua lagi tu Pak Jabit"

"Sebab jam antik yang itu tiada siapa yang tahu bagaimana nak menghidupkannya. Ia tak menggunakan bateri. Rugi saja engkau beli nanti"

"Kalau tak pakai bateri habis tu pakai apa?"

Pak Jabit pun membawa turun jam antik tersebut dan menunjukkannya kepada Roslan. Ada satu ruang kompatmen di belakang jam tersebut. Ia di gunakan untuk mengisi sesuatu yang bukan bateri untuk menghidupkan jam.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now