Malam sudah agak lewat. Zack memberhentikan keretanya seketika di bahu jalan. "Tunggu jap ek..nak gi kencing" kata Zack kepada teman wanitanya Laili.
"Ok..hati-hati sikit.. jangan lambat" pesan gadis cantik yang duduk di sit sebelah pemandu.
Pemuda berusia pertengahan 20 an itu menyelinap masuk ke celah-celah semak dan paya yang terdapat di kawasan sunyi serta gelap tersebut.
Sesekali dia menggigil kesejukan. Sedang Zack membuang air kecil dia terdengar suara sayup-sayup meminta tolong.
"Tolong...tolong..." selesai buang air Zack pun mencari arah datang nya suara tu.
Di bawah sinaran bulan dia nampak sebatang tangan sedang berpaut pada tebing paya. "Alamak, ada orang jatuh dalam paya" fikir Zack.
Dia pun segera menghampiri tebing itu dan memberikan pertolongan. Orang itu berjaya di tariknya naik ke atas.
Namun Zack hairan. Sewaktu menarik tangan orang itu dia merasakan seperti menarik akar pokok yang kasar.
Dalam samar terang cahaya bulan tidak cukup untuk dia melihat dengan lebih jelas orang yang di tolongnya itu. Hanya kelibat tubuh sahaja yang nampak.
Apabila orang itu mendongak kepalanya dan cahaya bulan tepat ke wajahnya pada ketika itu Zack langsung terduduk dan ketakutan. Rupanya orang yang di tariknya dari paya itu bukanlah manusia.
"Err..makhluk apa kau ni?"kata Zack sambil perlahan-lahan berundur ke belakang. Nasibnya kurang baik bila makhluk dari paya itu menerkam nya dengan belitan akar-akar pokok paya.
Laili yang menanti di kereta mulai resah gelisah. Dia melihat ke jam tangannya dan mendapati sudah setengah jam Zack pergi membuang air kecil.
Akhirnya dia turun dari kereta dan menyelinap ke celah semak paya di mana Zack masuk tadi sambil memanggil dan melaungkan nama lelaki itu.
" Zack!..oh Zack!..awak kat mana?"gadis itu amat berhati-hati menyusun langkahnya. Tiba-tiba ada seseorang menepuk bahunya dari belakang. Hampir terjerit dia kerana terperanjat.
Mujurlah Zack yang muncul itu. "Fuh!..apa awak buat lama sangat tu?"soal Laili. Teman lelakinya diam saja membisu. Mereka pun kembali semula ke kereta.
" Muka pun macam mengantuk je..biar saya pandu lah"kata Laili yang memandu kereta tersebut. Zack duduk di sebelah.
Sewaktu memandu Laili berasa aneh kerana Zack tiba-tiba menjadi seorang pendiam. Berbeza betul dengan karakter nya kebiasaan yang agak periang dan kelakar.
Lelaki itu duduk tegak saja seperti patung. Tanya sepuluh pun di jawabnya sepatah. Tak lama kemudian pasangan kekasih itu tiba di sebuah apartment.
Laili dan Zack sudah beberapa bulan bersekedudukan bersama. Seperti biasa mereka berdua sudah merangkak naik ke katil tanpa seurat benang dan mulai berasmara.
Entah kenapa Laili berasa sedikit kecewa. Aksi asmara Zack pada malam itu sungguh hambar. Lelaki itu tiba-tiba begitu pasif dan seakan-akan tidak pernah melakukan asmara.
"Kenapa ni Zack?takkan berpeluk dan bercium pun dah tak reti?" tanya Laili hampa. Tiba-tiba gadis itu ketawa geli hati bila lelaki itu juga tidak tahu bagaimana nak pakai kondom.
"Awak kena pakai ni jugak. Kita belum nikah. Nanti hamil susahlah saya" kata Laili tersenyum-senyum sambil menyarungkan getah sex itu di kelamin Zack.
Apa yang mengejutkan Laili. Tenaga seks lelaki tersebut agak luar biasa dari kebiasaan. Tak sampai sejam kemudian Laili tersadai. Dia tersenyum puas.
"Fuh! kuatnya awak malam ni..macam kuda jantan haha" kata Laili ketawa keseronokan. Dia tidur lena berpelukan erat dengan Zack.
Pagi esoknya Laili bangun dan pergi ke dapur untuk buat sarapan. Zack masih nyenyak tidur di katil. Sambil buat sandwich Laili pun buka TV.
Alangkah terperanjat nya dia bila suatu berita di tayangkan.."PIHAK BERKUASA TELAH MENEMUI MAYAT SEORANG LELAKI YANG TELAH DI SIAT KULIT DI KESELURUHAN BADANNYA DI SEBUAH KAWASAN BERPAYA. TURUT DI TEMUI IALAH DOMPET DAN KAD PENGENALAN MILIK MANGSA YANG DI KENALI SEBAGAI ZACK IMRAN"lapor pemberita tersebut.
Hampir terduduk Laili bila gambar Zack dari kad pengenalan yang di temui di kawasan kejadian turut di paparkan di kaca TV. Gadis itu mulai tertanya-tanya siapa pula 'Zack' yang di bawanya balik semalam?
Dengan menggigil ketakutan Laili pun pergi ke bilik tidurnya. Macam nak meletup jantungnya berdebar-debar bila 'Zack' sudah berdiri tercegat di muka pintu bilik tidur dengan senyuman penuh misteri.
"Kau..kau ni siapa sebenarnya hah?" soal Laili terketar-ketar. Nasibnya juga kurang baik bila makhluk tersebut telah menyerang nya.
Tak lama kemudian heboh pula berita tentang mayat Laili pula di temui oleh adiknya yang pergi ke apartment nya pada waktu tengahari.
Pihak berkuasa datang dan menemui mayat gadis itu telah di siat kulitnya. Sementara cebisan kulit dari mayat Zack juga turut di temui bersebelahan mayat Laili.
Berita tentang mayat yang di siat itu begitu heboh di perkatakan. Pihak berkuasa meminta masyarakat supaya berhati-hati dan tidak keluar rumah sendirian pada lewat malam.
Beberapa pihak yang mengkaji perkara tersebut telah tampil dan mendedahkan kepada umum bahawa kejadian itu adalah angkara sejenis makhluk yang datang dari hutan paya.
Ia di kenali sebagai penyalin kulit. Makhluk ini di katakan menyerang manusia kemudian menanggalkan kulit mangsanya seakan melucutkan stokin dari kaki dan menyalinnya ke tubuh lalu menyamar menjadi manusia yang menjadi mangsanya itu.
Bukan itu saja malah ia turut mempunyai kebolehan meniru suara dan kata-kata mangsanya. Makhluk tersebut perlu menyalin kulit baru hampir setiap hari jadi ia akan menyerang manusia lebih kerap.
Sementara itu di sebuah pekan,seorang pemandu lori telah terlihat seorang wanita yang berjalan kaki sendirian di sebatang jalan.
"Bahaya jalan kaki sendirian di jalan ni. Ayuhlah naik.. saya boleh tolong hantarkan"pelawa pemandu lelaki berjambang lebat. Wanita itu tidak menolak pelawaan nya lalu naik dan duduk di sit penumpang sebelah pemandu.
Lori itu pun bergerak. " Siapa nama cik?"tanya si pemandu. "Laili" jawab wanita itu.
"Nak ke mana?"tanya pemandu tapi wanita itu senyap tidak menjawab.
Lelaki itu terus memandu. Setelah agak lama dia berasa letih dan ingin berehat sebentar. Dia pun memberitahu kepada wanita itu.
" Awak kena pakai ni jugak..kita belum nikah, nanti hamil susahlah saya"kata wanita itu tiba-tiba sambil mengeluarkan sepeket kondom.
"Alamak biar betul ni..cik nak ajak saya 'main'?hahaha ok no problem.. kalau macam tu moh kita cari hotel bajet dulu" kata lelaki berjambang lebat tersengih-sengih seronok dan tidak menyangka wanita yang di tumpangkan itu begitu sporting sekali.
Lori itu pun berhenti di sebuah kawasan deretan bangunan. Si pemandu pun turun dan membawa 'Laili' check in bilik di sebuah hotel murah yang terdapat di situ.
Alangkah seronok bukan kepalang si lelaki berjambang lebat bila 'Laili' sendiri yang menyarungkan kondom ke batangnya.
"Ahahaha..aduh seronok betul ni cik.."dia cukup teruja sekali dapat meniduri wanita yang di tumpangkannya itu.
Tak lama kemudian barulah mereka berdua tersadai puas. Lelaki berjambang tersenyum puas sambil membelai wanita itu.
" Saya nak tidur jap,kalau cik nak jalan-jalan di luar pergilah dulu"kata si pemandu sambil menguap-nguap dan terus tertidur.
Alangkah malang nasibnya bila "Laili" telah menekup wajahnya dengan sebiji bantal. Dia cuba melawan tetapi nampaknya tenaga wanita itu sangat kuat.
Akhirnya si pemandu berjambang itu lemas dan mati. Dia akhirnya telah di salin oleh makhluk paya yang menyamar menjadi Laili itu.
Makhluk penyalin kulit itu pun beredar setelah mendapat 'kulit baru' dengan lori yang di tinggalkan oleh pemandu berjambang.
Malam tu di sebuah kelab malam ada seorang lelaki bernama Dino sedang duduk dekat bar sambil minum.
Dia adalah seorang ketua perompak yang sedang merancang untuk melakukan satu rompakan terbesar. Namun begitu dia masih kekurangan ahli untuk tujuan tersebut.
Tiba-tiba matanya terpaku pada seorang lelaki berjambang lebat yang duduk di satu sudut.
"Hm..nampaknya lelaki ni ada tokoh untuk join rompakan yang sedang aku rancang ni" fikir Dino. Dia pun mendekati Lelaki tersebut dan mengajaknya berbual di luar kelab.
Mereka berjalan ke sebuah taman berhampiran dan duduk di sebuah kerusi.
"Maaflah aku terpaksa ajak kau borak kat sini. Sebab hal ni agak sulit dan aku tak nak orang lain dengar" kata Dino lalu dia pun memberitahu tentang rancangan nya nak merompak sebuah bank kepada lelaki berjambang tersebut.
Dia turut mengeluarkan sebuah peta dan menerangkan sesuatu. "Tengok ni..orang-orang upahan aku dah gali terowong bawah tanah yang sampai betul-betul kat bawah bank yang akan di rompak tu. Kalau kau berminat aku nak ajak kau join sekali. Banyak keuntungan yang kau akan dapat nanti" terang Dino.
Lelaki berjambang itu mendengarnya dengan teliti dan dia akhirnya bersetuju untuk turut serta.
"Bagus!..tapi aku masih perlukan orang lain lagi untuk menyertai kita. Kalau boleh orang yang tahu pakai senjata api itu lebih baik. Jadi aku nak kau cari orang-orang macam tu dan ajak mereka serta kita" kata Dino. Lelaki berjambang mengangguk faham.
Kedua lelaki itu terus berbual. Selesai berbual hal rompakan itu lelaki berjambang bercerita pula tentang hal dia menumpangkan seorang wanita yang mengajaknya melakukan seks.
"Hahaha kelakar jugak cerita kau ni..sampai kondom pun dia pakaikan untuk kau..untunglah dapat perempuan macam tu" kata Dino ketawa geli hati.
"Lepas tu aku sambung tido. Aku ingat perempuan tu nak keluar gi jalan-jalan jap tapi dia tekap muka aku dengan bantal sampai aku lemas dan mati. Kemudian dia salin habis kulit aku" cerita lelaki berjambang.
Dino mulai berpeluh. Dia ada dengar juga cerita makhluk paya penyalin kulit yang sedang berleluasa tu.
"Nanti jap..kalau kau dah mati macam mana pulak kau..." belum sempat ketua perompak tu menghabiskan pertanyaan dia telah di serang lelaki berjambang tersebut.
Sewaktu bergelut itu kulit tangan lelaki berjambang itu terkopek dan akar-akar pokok paya menjalar keluar. Tahulah Dino yang dia sedang berdepan dengan penyalin kulit itu.
Malang sekali nasib ketua perompak tu bila dia juga tewas dan akhirnya seluruh kulit di badannya telah di salin makhluk tersebut.
Setelah mendapat kulit baru makhluk tersebut turut mencuri peta rancangan rompakan milik Dino dan berlalu pergi.
Dia pun merayap hingga tiba di sebuah kawasan tempat pembuangan besi buruk. Kebetulan pula dia ternampak sebuah kereta polis meronda di kawasan itu.
Seorang pegawai polis keluar dari kereta tersebut dengan pistol terselit di pinggangnya.
Tiba-tiba baru ia teringatkan pesan Dino supaya mengajak orang yang berpistol menyertai geng rompakan. Makhluk penyalin yang menyamar menjadi Dino itu lalu mendekati pegawai polis itu dan memberitahu tentang hal rompakan tersebut.
Dia siap menunjukkan peta rompakan dan menawarkan pegawai polis itu menyertai nya.
"Fuh!..kau ingat kau sedang bercakap dengan siapa hah bodoh?!. angkat tangan dan jangan bergerak" arah pegawai polis.
Namun makhluk tersebut lebih pantas menyerang. Pegawai polis itu juga turut menjadi mangsa dan di salin kulit tubuhnya.
****************Keesokkan harinya seorang pekerja pusat besi buruk itu telah menemui mayat seseorang yang telah di salin serta kulit Dino yang di tinggalkan bersebelahannya.
Pekerja tersebut menggigil ketakutan. Dia tahu semua itu adalah angkara makhluk paya penyalin kulit yang sedang berleluasa membunuh manusia.
Tanpa berlengah-lengah dia pun menuju ke balai polis dan membuat aduan.
"Betul Encik..saya sendiri pun terkejut bila sampai je kat pusat besi buruk tu tadi mayat orang yang kena salin ni dah ada kat situ siap dengan kulit-kulit mangsa sebelumnya berlonggokan" adu pekerja tersebut sambil seorang pegawai polis mencatat aduannya itu.
Namun begitu pekerja besi buruk itu perasan sejak dari tadi pegawai polis yang duduk di hadapannya itu asyik menggaru-garukan lengannya.
"Fuh!..rasa gatal-gatal la" kata pegawai polis tersebut. "Mungkin sebab uniform yang Encik pakai ni kot?" kata pekerja besi buruk.
Sewaktu pegawai polis itu asyik menggarukan lengannya, secebis kulitnya tertanggal hingga menampakkan akar-akar pokok yang berselirat dalam lengannya.
Pekerja besi buruk itu langsung tersentak. Dia tercampak dari kerusinya kerana terlalu takut. "Kau..kau lah makhluk.." belum sempat dia menghabiskan cakap belitan akar-akar pokok paya telah menyerang nya.
"Aaaaaaaaaa! ! ! ! ! TiDAKKK! ! ! ! !
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Horror
HorrorHimpunan kisah-kisah misteri,aneh,horror,fantasi,erotik dan seram berdasarkan kisah sebenar dan kisah rekaan imaginasi penulis semata-mata