SEBUAH kereta yang di naiki oleh satu keluarga sedang meluncur sederhana laju di sebatang jalan kawasan desa yang permai. Rumah-rumah penduduk kampung dapat di lihat di kiri-kanan.
''Duduk dengan nenek nanti jangan nakal-nakal pulak. Rajin-rajinlah tolong nenek tu buat apa-apa yang patut. Solat jangan tinggal. Dafi dengar tak apa yang mama cakap ni?"kata Puan Asnah yang duduk di sit depan kereta sambil menoleh ke belakang.
"Dengarlah ma.."balas Dafi yang sedang leka membuang pandangan ke luar tingkap.
"Fi..Dafi betul ke tak nak ikut ayah sama mama pergi melancong ke Australia? Sempat lagi kalau Dafi nak ubah fikiran sekarang"kata Encik Ghafar yang sedang memandu.
"Ayah pergi dengan mama je lah. Dafi nak habiskan cuti kat kampung sama nenek"balas remaja lelaki berusia 16 tahun itu.
"Dafi tak takut ke..iyelah kat rumah nenek kan ada tiang seri berpuaka..kikiki"kata Encik Ghani sengaja menyakat anak lelaki remajanya itu.
"Hm tak takut pun yah. Cubaan ayah nak pujuk Dafi supaya ikut pergi melancong dengan cerita seram tiang seri tu dah tak berkesan pun"balas Dafi.
"Hahaha..apalah abang ni. Dafi kan dah besar. Abang tu balik-balik cerita tiang seri tu ajalah nak di buat modal menakut-nakutkan budak tu sejak dia dari budak-budak lagi kot"Puan Asnah ketawa lucu.
"Hahahahaha"Encik Ghafar ketawa besar. Dengan Dafi sekali terlepas ketawa.
Tak lama kemudian kereta itu membelok masuk ke suatu jalan bertanah dan berhenti di halaman sebuah rumah kampung. Pokok-pokok hijau malar segar terdapat di sekelilingnya. Halamannya bersih. Ayam,itik dan angsa berkeliaran.
Dafi sekeluarga di sambut oleh neneknya Kalsom. Pak Usu Kasim dan Miah iaitu adik-beradik kepada emaknya si Asnah pun ada tinggal sekali menemani Nek Kalsom di rumah kampung itu. Arwah datuk Dafi telah lama meninggal dunia.
"Hehe nek sihat ke?"tanya Dafi. Gembira benar setiap kali pulang ke kampung bertemu dengan neneknya itu.
"Alhamdulillah nek sihat-sihat aja. Ai kejap aja kamu dah besar ya Dafi"kata Nenek Kalsom sambil di peluk cium cucunya itu.
"Senah...kamu dengan Ghafar tak singgah dulu ke?"tanya Nek Kalsom
"Tak sempat mak. Petang nanti dah nak kena bertolak ke airport. Lagipun ada beberapa urusan lagi nak di selesaikan. Cadangnya nak singgah lepas Senah sama abang pulang dari Australia nanti"jawab Asnah sambil membantu suaminya menurunkan beg pakaian dan barangan milik Dafi dari bonet kereta.
"Iyelah kalau macam tu baiklah"balas Nek Kalsom.
"Aih sunyi-sepi je rumah mak?..biasa kalau kami datang,Usu Kasim sama Miah pun ada sekali menyambut"kata Ghafar kepada ibu mentuanya sambil menjenguk-jenguk ke anjung dan tingkap rumah kampung itu.
"Kasim sama Miah keluar pergi ke pasar beli-beli barang sikit. Nanti karang baliklah mereka tu"jawab Nek Kalsom.
Selepas kereta yang di naiki oleh Ghafar dan Asnah sudah beredar pergi,Dafi dan Nek Kalsom pun masuk ke rumah. Ketika lalu di bahagian tengah rumah,Dafi sudah terpandangkan sebatang tiang seri. Itulah tiang seri yang di momok-momokkan oleh ayahnya sewaktu dalam perjalanan tadi.
Nek Kalsom sibuk mengemaskan salah sebuah bilik yang terdapat di ruang tengah itu untuk kegunaan cucunya. Dafi menghampiri tiang seri itu.
"Heh berpuaka konon"kata Dafi dalam hati sambil tertawa sendiri mengingatkan kata-kata ayahnya.
Dia berdiri memandang kepada tiang seri itu dari atas ke bawah. Kemudian tiang seri itu di olok-olokkannya macam punching bag. Di buat tinju-tinju dan tendang-tendang ringan sebelum segalanya terhenti apabila dia terdengar neneknya berteriak memanggil dari dalam bilik.
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Horror
HorrorHimpunan kisah-kisah misteri,aneh,horror,fantasi,erotik dan seram berdasarkan kisah sebenar dan kisah rekaan imaginasi penulis semata-mata