"Dalam kiraan 3 awak boleh buka mata awak perlahan-lahan" kata seorang doktor pakar bedah mata. Suraya mengangguk tanda faham.
"Satu....dua...tiga..." Suraya tersenyum. Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya. "Nampak tapi kabur" katanya.
"Jangan risau..lebih kurang dalam 4 ke 5 hari lagi pandangan awak akan kembali jelas seperti sediakala" jelas doktor itu lagi.
"Terima kasih doktor. Tapi boleh saya tahu siapakah penderma mata ni?"tanya Suraya.
" Cukuplah untuk awak ketahui penderma ni telah mendaftar sebagai penderma dan mewasiatkan organ penglihatannya kepada sesiapa yang memerlukan setelah kematiannya"jelas doktor tersebut tanpa menyebut kan nama si penderma.
"Oh baiklah kalau begitu" jawab Suraya berpuas hati. "Beberapa hari lagi awak perlu datang semula ke sini untuk saya teliti perkembangan mata baru awak ni" pesan doktor tersebut.
"Sudah tentu. Terima kasih doktor Rasyid" kata Suraya sebelum di benarkan pulang. Dia di papah oleh suaminya Encik Kamarul serta dua orang anak mereka.
Suraya hilang penglihatan sebelah matanya kerana terlibat dalam suatu kemalangan beberapa tahun lalu.
Mujurlah suaminya mengenali doktor Rasyid seorang doktor pakar bedah mata. Atas bantuan doktor tersebut lah dia akhirnya mendapat mata baru dari seorang penderma misteri.
Beberapa hari kemudian Suraya sudah boleh melihat dengan jelas. Dia amat bersyukur dan tidak menyangka yang dia akan dapat melihat dunia ini dengan kedua-dua belah mata nya semula.
Masa terus berlalu. Kini Suraya dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri dan ibu di rumah dengan lebih sempurna.
Petang tu dia membawa kedua-dua orang anaknya bersiar-siar di sebuah padang permainan. Cuaca begitu permai dan redup.
Ketika dia sedang duduk di bangku bawah pokok sambil memerhatikan anaknya bermain buaian dan papan gelungsur pandangan nya tertarik pada sebuah rumah terbiar di hujung padang.
Pagar-pagar kayu yang mengelilingi rumah tersebut sudah begitu usang malah bersemak samun menunjukkan yang ianya sudah lama di biarkan begitu.
Tiba-tiba Suraya mengalami kejadian yang aneh bila dia mendapat visual pandangan seolah-olah dia berada di dalam sebuah rumah dan tercari-cari jalan keluar.
Entah kenapa dalam visual yang muncul pada pandangan mata barunya itu dia seolah-olah berada dalam keadaan panik akibat di kurung.
Tingkap-tingkap dan pintu semuanya telah di kunci supaya dia tidak dapat melarikan diri.
Dia berlari ke tingkat atas rumah tersebut. Melalui tingkap kaca di sebuah bilik Suraya dapat melihat padang permainan tempat di mana dia dan anak-anak nya berada sekarang.
Suraya menggenggam kepalanya dan mengalihkan pandangan dari melihat rumah terbiar di hujung taman tersebut. Serta-merta visual yang muncul pada pandangan mata baru nya itu hilang.
Dia berasa tidak sedap hati lalu memanggil kedua-dua orang anaknya dan pulang ke rumah.
Fikiran nya agak terganggu akibat visual pandangan yang di lihatnya itu. Sungguh aneh. Suraya tidak tahu apa maksud nya itu semua?
"Ahh! !..langsung pisau yang sedang di gunakannya memotong sayur-sayuran terhiris jarinya hingga meleleh darah.
" Kenapa Su?"tanya suaminya Encik Kamarul sambil berlari mendapatkan isterinya.
"Tak de apalah bang. Cuai sikit" jawab Suraya. Suaminya membalutkan luka tersebut.
Sewaktu makan malam pun Suraya tidak banyak bercakap-cakap. Fikirannya masih menerawang tentang hal visual pandangan yang terjadi ke atasnya siang tadi.
***********Malam tu Suraya bermimpi di datangi seorang wanita yang berwajah sedih. Pakaiannya berlumuran darah. Matanya rompong dengan darah meleleh-leleh ke pipi nya.
Wanita itu menangisi nasib yang menimpa ke atas dirinya. "Kau..kau ni siapa?" tanya Suraya.
"Bantulah aku Suraya..tolonglah bantu aku.." rayu wanita tersebut dengan suara yang sedih.
"Bagaimana aku boleh bantu kau?"tanya Suraya. " Lelaki itu syaitan!..dia iblis yang bertopengkan manusia! Aku mahu dia mendapat balasan di atas apa yang di lakukannya pada ku!"kata wanita tersebut.
Terdapat suatu kalung rantai yang di pakai di leher wanita itu. "Kau harus bantu aku Suraya..aku merayu kepada kau.." kata wanita itu lalu hilang.
Suraya terjaga dari tidurnya. Keringat membasahi dahinya. Dia mengucap dan beristighfar. Tidak lama kemudian dia pun tertidur kembali.
********************
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Horror
HorrorHimpunan kisah-kisah misteri,aneh,horror,fantasi,erotik dan seram berdasarkan kisah sebenar dan kisah rekaan imaginasi penulis semata-mata