Puaka Tijah Karipap

142 6 0
                                    

AKU terjaga dari tidur sekitar waktu dinihari jam dua pagi. Suasana terlalu sunyi-sepi sampaikan bunyi titisan air dari paip sinki tandas pun dapat di dengari dengan jelas.

Panggilan tiba-tiba sahaja menujah masuk ke telefon bimbit. Ah siapa pulaklah yang call di pertengahan pagi macam ni? Aku pun capai telefon bimbit di atas meja kecil tepi katil.

Nombor tak di kenali.

Aku pun abaikan je lah. Malas aku nak layan. Kira-kira seminit dua aku terlelap, tiba-tiba aku di kejutkan dengan bunyi ketukkan pintu.

Aku pun mengeluhlah sambil bangun dan turun dari katil. Macam tak ada waktu lain je nak datang rumah. Pukul dua pagi kot..

"Siapa?"aku menyoal dari balik pintu.

Tiada jawapan.

Tombol pintu aku pulas. Seraya pintu di buka, kelibat seorang makcik sudah tercegat di hadapan aku sambil menjinjing raga. Dia berselendang kepala dan memakai kebaya fesyen seperti wanita dahulu kala. Bau harum bunga kemboja agak semerbak.

Wajahnya tak berapa jelas kerana suasana malam dan faktor pencahayaan yang suram. Lagipun makcik ni menundukkan pandangannya ke bawah. Sebahagian wajahnya tertutup dek kain selendang kepalanya.

"Anak nak beli karipap tak? Makcik ada jual karipap"katanya.

Berkerut dahi aku sambil garu-garu kepala.

Karipap mende tengah-tengah pagi buta jam dua pagi ni..begitu getus hati aku.

"Tengok-tengoklah dulu.."kata si makcik lalu membuka kain penutup raga.

Aku pun tengoklah.

Banyak juga karipap di dalamnya. Aku pun belek-belek lah. Masih panas lagi. Tiba rasa lapar pulak. Aku pun mintalah makcik tu bungkuskan dua tiga ketul.

"Terima kasih kerana sudi beli ya Nak..makcik minta diri dulu''katanya sambil pulangkan wang baki pada aku.

Dalam beberapa langkah,makcik tu pun berpusing dan menoleh kepada aku.

"Karipap tu mesti makan sampai habis sebelum hari siang ya Nak. Jangan tinggalkan berbaki walaupun seketul. Ingat pesan makcik"katanya.

Aku sekadar mengangguk sambil tercegat memerhatikan makcik karipap tu berjalan pergi sehinggalah kelibatnya hilang di kejauhan dan kegelapan malam sebelum menutup pintu.

Aku duduk di meja dapur sambil menikmati karipap pusing berintikan kari kentang dan daging tadi. Fuh! memang boleh tahan jugak sedapnya. Tapi hairanlah..kenapa makcik tadi pergi menjaja karipap di waktu-waktu dinihari pagi begini?

                ________________________

HARI terus berlalu. Setiap dua ke tiga hari sekali, muncullah makcik karipap di kala waktu dinihari pagi yang sunyi-sepi. Biasanya dia akan ketuk ke pintu rumah aku. Sejak kali pertama aku menikmati karipap pusing yang dia jual,sampai ke hari ini aku tak pernah miss untuk beli darinya walaupun terpaksa berjaga di pertengahan pagi buta begitu.

Cuma yang aku hairankan ialah setiap kali dia nak datang tu jugaklah pasti aku akan mendapat panggilan telefon dari nombor tak di kenali.

Kadang aku tertanya sendiri..adakah makcik karipap yang call aku? Tapi tak mungkinlah. Aku tak pernah bagi pun nombor telefon aku kat dia. 

SUATU malam tu aku tidur dan terlupa nak tutup tingkap bilik. Aku terjaga lagi apabila panggilan telefon dari nombor tak di kenali menujah masuk ke henfon aku.

Pantas aku gapai telefon dan menyah panggilan tersebut.

Shooooooo....

Telinga menangkap bunyi deruan angin yang menerobos masuk melalui tingkap. Tirai langsir terbuai-buai.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now