Salam sejahtera kepada pembaca sekalian yang di kasihi. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca siri 'Cerita Horror' nukilan penulis. Kesemua cerita yang di paparkan adalah rekaan penulis semata-mata. Namun begitu di bawah ini penulis berasa terpanggil untuk berkongsi beberapa cerita benar berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan keluarga penulis. Semoga terhibur dan teruskan membaca-Arwan Jokerface
CERITA 1: Seperti yang di sampaikan oleh ibu penulis. Kisah ni berlaku dalam tahun 80an. Waktu tu penulis masih kanak-kanak berusia 3 ke 4 tahun. Keluarga kami tinggal di sebuah kampung. Rumah pun setengah batu setengah kayu.
Pada waktu tu rumah penulis pernah di masuki pencuri yang mencuri beberapa barang termasuk pakaian. Namun begitu pencuri tersebut tidak berjaya di kesan.
Anehnya tidak lama selepas itu barang-barang tersebut di temui kembali berada di dalam almari. Hal tersebut sangat mencengangkan keluarga penulis walhal ibu dan ayah penulis memang begitu pasti barangan tersebut tiada di situ sejak di curi.
Seperti yang di ceritakan ibu penulis..sewaktu hari munculnya barang-barang itu semula,penulis yang masih kanak-kanak berlari ke dapur memanggil ibu penulis yang sedang memasak dan memberitahu nya penulis nampak hantu masuk ke bilik tidur ibu bapa penulis dan membuka almari.
Ibu penulis yang tercengang-cengang lalu pergilah melihat. Alangkah terperanjat nya bila beg-beg pakaian dan barangan yang hilang sebelum ini telah di kembalikan.
CERITA 2: sekitar lewat tahun 90an penulis sekeluarga telah berpindah di rumah taman. Penulis pada waktu ini dah bersekolah menengah. Suatu hari kami sekeluarga mengambil gambar di luar betul-betul di depan rumah. Kononnya nak ambil gambar berlatarbelakangkan rumah baru(pada ketika itu)
Bila gambar telah di cuci kami sekeluarga terperanjat besar bila lihat gambar tu. Kat tingkap bilik tidur tingkat atas ada seperti telekung putih sedang berdiri melihat ke luar tingkap.
Mulanya kami ingat itu mungkin kain telekung solat yang ibu kami gantung di tingkap namun ibu kami menafikannya kerana dia mempunyai tempat simpan telekung yang khas,bukan nya di gantung-gantung kat tingkap macam tu.
Kami sekeluarga naik meremang le. Habis tu apa pula 'benda putih' berdiri tu?Wallahualam.
CERITA 3: Kisah ni juga berlaku sewaktu penulis masih kat sekolah menengah. Suatu malam penulis bersama dua orang abang dan adik menaiki kereta ibu yang di pandu oleh abang sulung.
Abang penulis dah remaja time tu. Memang kalau cuti tu sampai lewat malam la merayap naik keta.
Kami lalu kat tanah perkuburan sungai kantan kajang(dekat je dengan rumah) kalau korang nak tau kat kawasan perkuburan itu lah bersemadinya bomoh wanita yang kes nya top time 90 an dulu tu..ah malas la nak sebut namanya.. seram pulak.
Lebih kurang lewat malam waktu kami melintasi kawasan perkuburan tu dari jauh kami nampak seorang wanita masih bertelekung jalan sendirian betul-betul kat bahu jalan berdepan kubur tu.
Hmm nak kata baru pulang dari masjid lepas solat isyak tak mungkinlah, sebab dah lewat malam. lagipun kawasan tu gelap pulak. Jarang kenderaan lalu kat situ. Kalau dah lelaki pun tak berani nak jalan sengsorang kat situ apatah lagi la pempuan kan?
Jadi kami adik beradik dah meremang bulu roma. Abang penulis pun slow-slow gostan keta..reverse dan patah balik..huhuhu apa benda lah tu ek??Wallahualam
CERITA 4: yang ni kalau tak silap berlaku dalam tahun 2008..satu hari ibu bapa dan adik beradik penulis yang lain pergi bercuti beberapa hari ke port Dickson.
Sedih nya penulis tak dapat nak ikut serta sebab tengah tunggu interview kerja. Jadi dok kat rumah sengsorang. Malam tu waktu tengah tengok TV kat ruang tamu tiba-tiba penulis terdengar bunyi pintu salah satu bilik kat dapur terbuka.
Ingatkan kucing ke tapi bila dengar bunyi 'seseorang' keluar dari bilik tu siap pakai slipar dapur milik ibu penulis malah bunyi tapak selipar tu bila berjalan pun sebiji macam bunyi ibu penulis berjalan..aduh time ni penulis dah berdebar-debar.
"Ai mak tak pergi ikut dorang ke tadi?" fikir penulis. Tapi tak mungkinlah. Sebab time dorang nak gerak petang tu ibu penulis yang ingatkan suruh jangan lupa kunci pintu,bagi kucing makan dan lain-lain.. dah tentulah dia ikut sekali.
Sah! konfem 'benda alah' ni nak menyakat penulis. Maklumlah duk umah sengsorang. Dari naik seram terus bertukar marah di ganggu begitu. Penulis pun amek tali pinggang gi masuk bilik tu libas-libas kat dalam.. "Oi setan babi pundek!jangan kacau aku la!kang aku libas baru tau" penulis maki..kikiki last-last cabut masuk bilik pasang radio kuat-kuat sampai pagi..huhuhu
CERITA 5: cerita ni pulak berlaku dalam tahun 2012..masa ni penulis duk kat rumah sewa bersama dua orang lagi rakan serumah. Malam tu cam besa la penulis tidur lewat tengok TV. House mate yang dua ekor lagi tu dah nyenyak di alam mimpi.
Sedang asyik menonton tu tiba-tiba penulis terdengar suara orang ketawa. Bunyinya macam datang dari arah belakang rumah sewa yang bersemak samun. Entahlah..nak panggil ketawa or mengilai sebab bunyinya macam bergema dalam dewan. Hish! mana ada manusia boleh ketawa bunyi macam tu melainkan dia ketawa kat dalam dewan lah kan..
Sebelum-sebelum tu pun salah seorang house mate yang gi buka pintu dapur sebab nak amek angin kat situ sambil hisap rokok tiba-tiba tutup pintu. Muka dia pucat. Dia cakap nampak benda putih menyusup kat celah-celah semak tu..huhuhu apa tu?Wallahualam.
CERITA 6: Ok kisah ni seingat penulis berlaku awal-awal tahun 2000 dulu. Waktu ni penulis sering sakit-sakit dan ada masanya rasa takut duduk kat rumah sorang-sorang. Tak taulah apa puncanya.
Nak di kisahkan penulis suka sorok barang seperti komik atau buku-buku lukisan kat bawah katil ibu dan ayah. Jadi satu malam adalah penulis bermimpi kan macam satu lembaga ni marah-marah sebab sorok-sorok barang kat situ. Selamba je dia siap sound camni.."sebab tu kau sakit-sakit je selalu"..
Pergh! gerun jugak lah lepas tu. Sejak tu macam tak berani sangat nak sorok-sorok barang kat bawah katil ibu dan ayah lagi. Rasa macam kat situlah rumah lembaga tu tinggal. Sebenarnya time tu ibu penulis juga sering mimpi dan mengigau malam-malam.
Kadang sampai terlolong pun ada. Nasib baik ayah penulis ada kejutkan ibu bila dia ngigau. Ibu kata mimpi seram-seram je. Yang kelakar nya kadang-kadang ibu mengigau seram-seram sampai terkencing kat katil.
Satu hari ibu minta tolong penulis dan abang bantu angkut tilam spring nya ke dalam lori kedai perabot terpakai..besalah tilam lama tukar baru..lagipun tilam spring ibu dah bertompok kuning sana-sini. Bak kata ayah bergurau "besa lah mak kau kalau ngigau malam-malam kat situ lah 'pampers' dia nak tembak..hahaha masa angkut nak masuk lori tu pun siap ada lembab-lembab basah bau hancing tapi ibu suh aku cover-cover lah sikit.
Alkisahnya sejak tilam tu di bawa pergi dan di ganti baru ibu penulis pun dah tak ngigau seram lagi. Anehnya rasa takut duk rumah sorang-sorang dan sakit-sakit selalu tu pun takde lagi..heran gak kan?huhuhu
CERITA 7: yang ni cerita 3 ke 4 tahun lepas. Penulis memang gemar balik rumah lewat malam. Besa gi melepak je kat mamak dgn kengkawan. Satu malam masa baru balik melepak penulis bawa motor lalu kat satu simpang berdekatan rumah ibu dan ayah,ternampak le adik penulis berjalan kaki di jalan yang sama. Kami menuju berlawan arah. Penulis nak balik rumah, dia nak keluar rumah.
Bila lalu sebelah just lambai-lambai je lah. Esok nya bila kami duk sarapan pagi adik penulis tanya lah.."eh semalam kau balik ada bawak member kan?"penulis berasa pelik dengan soalan nya tu,padahal lalu sebelah-sebelah je malam semalam takkan dia tak nampak penulis bawa motor sengsorang je..
"Kalau kau sorang habis tu sape lak yang pakai baju putih bonceng kat belakang motor kau semalam tu?"tanya adik penulis. Serius waktu tu bulu roma dah naik meremang. Sejak tu balik malam-malam penulis akan baca ayat kursi dulu. Takut ada yang 'menumpang' lagi nanti..huhuhu sekian..
YOU ARE READING
Koleksi Cerita Horror
HorrorHimpunan kisah-kisah misteri,aneh,horror,fantasi,erotik dan seram berdasarkan kisah sebenar dan kisah rekaan imaginasi penulis semata-mata