Bilik Hotel Berpalang

691 10 0
                                    

Kereta yang di pandu Aida berhenti di  perkarangan sebuah hotel. Dia turun dan tergesa-gesa berjalan menuju ke pintu masuk sambil membawa sebuah beg pakaian.
        Matanya tertancap melihat hotel dengan seni binaan inggeris lama yang tersergam di hadapannya. Dekorasi halaman nya sungguh menyegarkan sekali dengan pelbagai pokok dan bunga-bungaan serta desiran ombak dan pantai berhampiran nya begitu menenangkan jiwa.
          Aida harap masih ada bilik hotel kosong untuk di sewa. Puas dia mencari dan mendapati ini lah satu-satunya hotel yang paling hampir dengan kampung yang hendak di tujuinya esok.
          Ya! dia bukan datang untuk bercuti atau makan angin di situ tapi sebaliknya ingin menjalankan tugasnya sebagai wartawan mendapatkan cerita misteri dan aneh dari seorang penggali kubur yang tinggal di kampung berhampiran pada esok hari.
       Terasa sunyi dan lengang sewaktu dia masuk ke dalam. Hanya kelihatan seorang dua penginap lain serta staf bertugas di kedai mini cenderahati dan kaunter.
        Langsir-langsir hotel berwarna putih berterbangan di tiup bayu dari luar. Di dalam juga terasa sejuk. Perhiasan perabot-perabot antik ala inggeris memenuhi setiap ceruk ruang.
       Sementara menunggu giliran membuat pendaftaran masuk Aida memerhatikan gambar-gambar yang tergantung di dinding lobi. Semuanya gambar lama zaman penjajah British berkuasa di Malaya suatu ketika dahulu.
        TING!..tiba-tiba bunyi piano yang terdapat di suatu sudut berdenting. "Siapa?" soal Aida sendirian. Tiada sesiapa pula yang di lihatnya duduk di bangku piano tersebut apatah lagi memainkannya.
        "Angin kot" fikirnya. Lagipun memang angin dari pantai bersebelahan hotel bertiup kuat. Langsir di tingkap berhampiran piano melayang-layang di tiupnya.
        Namun Aida berasa pelik juga kerana belum pernah dia dengar angin yang kuat mampu menekan kekunci piano sebelum ini.
        Tak di nafikan memang ada suatu perasaan aneh yang menjalar dalam dirinya. Lagi pula dia menginap dalam hotel binaan inggeris lama begitu.
         Di tambah lagi dengan minatnya menonton filem-filem horror barat yang banyak berkisarkan rumah agam gaya inggeris lama yang berhantu. Sedikit sebanyak tanggapan yang menyeramkan itu wujud juga dalam dirinya.
       "Cik!.." panggil staf di kaunter. Serta-merta lamunan Aida terhenti. Kini gilirannya pula untuk berurusan di kaunter.
       "Awak dengar bunyi piano tu tadi?" tanya staf di kaunter. Aida berhenti menulis seketika dan memandang ke wajah staf wanita berambut coklat dalam lingkungan usia 40an tu dan mengangguk.
        "Itu baru sikit tau" kata staf tu lagi berbisik. Nama Shima tertera pada name tag yang di pakainya.
       "Maksud akak?" tanya Aida. Wanita itu pandang kiri kanan. "Tabahkan hati kuat kan perasaan. Akak berpegang pada kata-kata tu je. Kalau tak dah lama akak cabut" kata staf bernama Shima tu.
        "Kenapa pulak?" Aida bertanya ingin tahu. Namun dia terpaksa melupakan saja hasratnya kerana beberapa orang lagi bakal penyewa sudah beratur di belakangnya untuk mendaftar masuk.
        Selesai mengisi borang register check in di lobi hotel Aida pun di beri kunci biliknya.
          Dia mengeluh sedikit kerana terpaksa bersusah-payah memikul beg pakaiannya yang besar menaiki tangga yang berpusing-pusing menuju ke tingkat tiga.
          Hotel dengan seni bina inggeris lama itu tidak menyediakan lif. Mungkin sengaja ingin mengekalkan ciri-ciri klasik nya.
        Sewaktu berjalan mencari biliknya di tingkat tiga tiba-tiba mata Aida tertangkap ke suatu arah lorong di mana lampunya berkelip-kelip. Entah kenapa dia boleh berjalan mendekati nya.
       Ada suatu bilik dengan pintunya berpalang dengan kayu. Lampu yang berkelip-kelip itu betul-betul di depan bilik tersebut.
        "Kenapa pulak pintu ni di palang begini?" Aida tertanya-tanya. Dia terdengar tapak kasut dari arah dia datang tadi.
        Seorang staf lelaki bersama seorang pekerja bahagian maintenance yang membawa tangga kecil dan mentol lampu menghampiri Aida dengan cemas.
        "Cik jangan dekat bilik ni" kata staf tersebut.
        "Kenapa dengan bilik ni?" tanya Aida ingin tahu. Staf dan pekerja maintenance berpandangan sesama sendiri. Mereka kelihatan tersentak dan teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut.
        "Err...tak de apa lah kak..kami nak pasang lampu baru ni je" kata pekerja maintenance pula.
       Staf lelaki pun menunjukkan arah letaknya bilik Aida.
       "Sori ganggu.." kata Aida berlalu pergi dengan beg dan kunci di tangannya.
       Selesai menggantung pakaiannya di rak Aida pun berbaring di katilnya sambil memikirkan hal yang berlaku tadi.
      Dari hal piano berbunyi hinggalah pintu bilik berpalang masih bermain-main di fikiran Aida.
       Jawapan staf dan pekerja maintenance yang ingin memasang lampu tadi masih belum menjawap persoalan tentang kenapa pintu bilik tersebut mesti di bubuh palang begitu?
      Fikiran yang sedang melayang itu terganggu dek bunyi deringan telefon bimbitnya.
      "Hello" kata Aida sambil menekap smartphone nya di telinga.
       "Aida kau dah sampai ke?" tanya satu suara di hujung talian.
       "Baru je ni. Aku kat hotel Fort Grande. Cantik tempat ni cuma cam ada feel dark skit. Maklumlah bangunan jenis binaan inggeris lama" kata Aida.
         "Ayo hotel tu ke?berani gak kau ni"kata temannya di hujung talian.
         "Kenapa lak kau cakap camtu Mia?ada apa-apa yang aku tak tahu ke tentang hotel ni?" soal Aida.
         "Err..takde hotel lain ke selain tu?" tanya Mia.
         "Hm ni je hotel paling dekat dengan kampung yang kita nak pergi tu. Mia,kenapa dengan hotel ni?kau bila nak sampai?"tanya Aida.
        " err nanti je lah aku bagitau kau. Mungkin lewat malam sikit aku sampai kot"kata Mia.
        "Ok dear,kalau sampai nanti cari aku kat tingkat tiga bilik nombor 18" kata Aida sebelum perbualan mereka berakhir.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now