Bila Dinding Itu Runtuh

50 3 0
                                    

      FIKIRANKU menerawang jauh sambil mata terpejam. Tubuh yang sedang berendam dalam jakuzi mandian buih air panas aku turunkan sedikit sehingga permukaan airnya separas dengan leher.

Beginilah rutin harianku setiap kali pulang dari kerja waktu malam semenjak berpindah di rumah baru ini kira-kira sebulan lalu. Berendam dalam jakuzi adalah terapi paling membahagiakan di saat tubuh keletihan tak bermaya sambil menikmati lagu berentak jazz lembut dari radio kecil yang ada aku bawa sekali ke dalam bilik mandi.

Kepalaku tersandar dengan tenang dan santai.

Tadi ketika kereta yang aku pandu tiba di tapak parkir di tingkat bawah, seperti biasa pakcik tua kurang waras itu sudah ada sedang duduk menyandar di suatu sudut dan bercakap sorang-sorang.

Dekat sudut itulah dia bentang alas kotak untuk tidur bersama longgokkan-longgokkan plastik barang buangan yang di kutipnya.

Pakcik itu tidak mengganggu para penghuni di kawasan kondominium ini. Aku pun tidak biasa menegur dan menyapanya. Cuma kata-katanya tadi entah kenapa telah membuat aku berasa resah-gelisah.

"Kutukkan dalam rumah nombor tiga puluh lapan..aku takkan masuk ke situ lagi! Aku dah suruh pihak manajemen kondo ni palang rumah tu..mereka degil! Yang mereka fikirkan hanya untung menjual rumah saja! Hal sebenarnya di sembunyikan! Hai nayalah siapa yang menghuni rumah tu sekarang.."begitulah lebih kurang kata-katanya yang aku dengar tadi.

Dia cakap macam tu di saat aku melintas di hadapannya.

Aku tidak menoleh kepadanya, sebaliknya terus berlalu pergi ke lif ruang parkir untuk naik ke kediaman aku di tingkat atas. Tahu kenapa aku berasa tak sedap hati? Aku berharap pakcik tu sekadar merapu dan merepek-repek sahaja bila dia menyebut tentang rumah bernombor 38 kerana akulah penghuni rumah tersebut.

Dari asyik memikirkan tentang hal itu,fikiran aku pun mulai berasa layu. Lagu jazz lembut terus berdendang melalui radio kecil.

                                * * * *

"Aaaaaaaaaaaaa!!"

Jeritan seorang wanita telah mengejutkan aku yang tertidur di dalam jakuzi. Rupanya isteri aku Suliza yang muncul di pintu bilik air dalam keadaan berkemban tuala dengan wajah cemas,pucat dan ketakutan.

Sekejap dia toleh ke arah aku, kemudian dia menoleh pula ke luar.

"Su! awak dah kenapa ni?"aku bingkas bangun dan keluar dari jakuzi tab mandian, mencapai tuala dan menutup radio yang masih bersiaran lalu meluru ke arahnya.

"Awak..awak ni siapa pulak?! Awak buat apa kat dalam bilik mandi rumah saya?"soal Suliza kepada aku.

"Ai..saya ni laki awak laa..takkan suami sendiri pun dah tak kenal?"soal aku semula.

"Jangan tipu! Suami saya ada kat dalam bilik tidur. Keluar! Kalau tak saya jerit kuat-kuat dan telefon polis"kata Suliza membuat aku tercengang-cengang dan kebingungan.

"Awak merepek apa ni Su?"

Suliza terus meluru ke bilik tidur dan berteriak kuat.

"Bang! Abang tolong Su bang! Ada penceroboh masuk dalam rumah kita! Dia ada kat dalam bilik mandi!"

Ketika Suliza tiba di pintu bilik tidur kami,dia kelihatan seperti kehairanan sambil menekup mulut.

Aku pun menghampirinya.

Kemudian dia pun pengsan.

Aku pun meninjau ke dalam bilik tidur. Tak ada sesiapa. Cuma bantal dan cadar katil agak berselerak.

Aku pun memapah isteri aku ke sofa dan menyapu air ke wajahnya sebelum dia kembali tersedar. Dia masih ketakutan namun setelah aku menenangkannya kembali barulah dia percaya yang aku adalah suaminya.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now