Sulur Bidar

542 12 3
                                    

Laju Yazid memecut kereta sambil sesekali mengerling ke cermin pandang belakang dan cermin sisi. Suka hati saja dia memotong dan mencilok laluan kenderaan lain. Riuh-rendah keadaan di jalanraya dengan bunyi hon.

"Babi!" Yazid mengeluh bila saja terdengar siren kereta polis dari arah belakang. Dari cermin pandang belakang dapat di lihat lampu merah biru berkerlipan.

"Cepat Zid! cepat! polis tu" Hamit yang duduk di sebelah mula resah-gelisah.

"Aku tau lah sial! kau senyap lah" maki Yazid.

Lampu isyarat merah Yazid persetankan saja. Kenderaan di hadapan yang sepatutnya menyeberang membrek cemas dek tindakannya. Nak tak nak terpaksa juga mereka biarkan kereta Yazid lepas dulu.

Yazid tersengih. Kenderaan yang menyeberang tadi sekurang-kurangnya telah menghalang atau paling tidak pun melambatkan kereta polis yang sedang mengejar di belakang.

Terus di pecutnya kereta tersebut membelok ke beberapa buah laluan jalan pekan yang berbelit-belit. Yazid yakin pihak polis yang mengejar tadi pun pasti sudah jauh di tinggalkannya.

"Fuh! macam bangsat kau bawak kereta Zid,kalah kes pemandu Rapid Kl itu hari" usik Ba'in yang duduk di sit belakang.

"Syabu ni mamat ni..kah!" Hamit menyakat.

"Pantat engkau Mit" balas Yazid tersengih sebelum mereka bertiga ketawa besar.

Baru sebentar tadi Yazid, Hamit dan Ba'in memecah masuk ke sebuah rumah banglo mewah dan berjaya melarikan sebuah peti berisi wang tunai yang bertimbun termasuk beberapa barang kemas dan intan berlian.

Dato' Hisyam,Pemilik banglo mewah itu pun bukan siapa-siapa. Majikan kepada Hamit juga. Hamit panas hati dengan sikap sombong majikannya itu. Selama beberapa bulan bekerja sebagai pengawal keselamatan di kediaman mewah tersebut,Dato' Hisyam melayan nya seperti sampah dan kuli batak saja. Kata-katanya penuh dengan penghinaan.

Orang seperti Dato' Hisyam itu terlalu angkuh. Baginya, orang-orang biasa seperti Hamit hanya layak di suruh-suruh,di maki dan di caci saja.

Pernah Hamit terlewat membuka pintu pagar,Dato' Hisyam keluar dari kereta dan membentak-bentak macam orang gila. Baju Hamit di tarik nya sebelum sebiji penumbuk hinggap ke muka Hamit. Terjelepuk Hamit ke tanah.

Masih terngiang di telinga Hamit penghinaan Dato' Hisyam ketika itu...

"Dalam 200 juta sperma bapak engkau yang masuk ke dalam rahim mak engkau,macam mana lah engkau yang seekor ni jugak boleh terpilih untuk lahir ke dunia ni Mit? hah!?"jerkah Dato' Hisyam.

Tak cukup sampai di situ,gaji Hamit pun Dato' Hisyam tidak mahu bayar. Bila Hamit minta,majikan nya itu meradang.

" Kalau aku tak nak bayar engkau boleh buat apa Mit? engkau nak berambus,silakan. Tak rugi sikit pun aku"kata Dato' Hisyam dengan bongkak. Patutlah pengawal keselamatan di rumah banglo mewah nya itu kerap bertukar-ganti. Semuanya gara-gara sikap angkuh ahli perniagaan itu sendiri.

Isterinya datin Mazlina pun lebih kurang juga bersikap begitu. Anak-anak mereka tak usah cakaplah,biadap bukan main.

Hamit rasa cukup terhina. Dia nekad mahu berambus saja dari situ. Tapi dia tak mahu pergi begitu saja. Dato' Hisyam mesti di ajar dulu cukup-cukup.

Akhirnya Hamit berpakat bersama rakan-rakan nya iaitu Yazid dan Ba'in merompak harta-benda dalam rumah banglo mewah ahli perniagaan tersebut.

Bagai pucuk di cita ulam mendatang,peluang pun muncul bila Dato' Hisyam sekeluarga pergi melancong ke luar negara. Hamit yang di tugaskan sebagai pengawal keselamatan kediaman itu dengan mudah saja dapat masuk ke dalam rumah bersama Yazid dan Ba'in.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now