Teater Berdarah

485 9 0
                                    

Seorang wanita terjaga dari tidurnya. Jam di atas meja tepi katil di capai. Tepat pukul 2 pagi. Tiba-tiba wajahnya berubah bila pintu bilik tidur nya terbuka dengan sendiri.

Ada kelibat seseorang berdiri tercegat  sambil memerhatikannya.

"Siapa?" soalnya.

Senyap. Tiada jawapan dari orang itu.

Cahaya samar-samar dari lampu tidurnya membuatkan wajah orang itu tidak jelas kelihatan.

"Per..pergi kau dari sini atau aku telefon polis!" sergah wanita itu dalam keadaan cemas dan ketakutan.

Kelibat itu tidak berganjak mahupun bersuara. Wanita itu terus di perhatikannya.

Telefon bimbit di atas meja di capai. Dengan tangan yang terketar-ketar,si wanita cuba menghubungi pihak polis.

Kelibat misteri itu berjalan menghampirinya dengan sebilah pisau pemotong daging.

Langsung terlepas telefon bimbit dari tangan. Jeritan si wanita memecah kesuyian malam.

Lelaki dengan apron berlumuran darah dan bertopeng badut itu lantas menghayun pisau di tangan.

Mujur cepat wanita itu mengesampingkan dirinya dan berguling-guling jatuh ke lantai.

Pisau pemotong itu terpacak menembusi bantal.

Dengusan suara lelaki tersebut begitu menakutkan sekali ketika ia menghampiri mangsanya yang meraung dan menjerit meminta pertolongan.

Ketika ia di terkam,si wanita meronta-ronta dan menendang. Kaki nya di tarik lalu tubuhnya di seret.

"Lepaskan aku! lepaskan aku!"

Kebetulan ada sebatang kayu besbol di bawah katil lalu di capai dan di hayun.

"Aduh! aduh! sakit lah!"si lelaki meronta kesakitan.

"Stop! stop!" suatu suara memberi arahan.

Beberapa orang krew naik ke pentas.

"Hasim you ok ke?" si wanita tadi memapah lelaki tersebut.

"Dah nak bertelur kepala aku ni. Kenapa kau pukul kuat sangat?" kata lelaki itu sambil membuka topeng badut yang di pakainya dan meraba di bahagian kepala.

"Sori bro" kata Rika sambil menahan ketawa. Dia dan seorang krew memapah lelaki tu duduk di kerusi dan menyapu ubat di kepalanya.

Seorang lelaki berusia 40 an bercermin mata menghampiri mereka.

"Kau ok ke Sim?" tanya nya.

"Aduh,sakit ni Encik Rosmin. Boleh tak aku amek cuti je dalam sehari ni?"kata Hasim.

"Cuti? hei dua hari je lagi pementasan teater ni akan di adakan. Mutu persembahan korang pun masih hambar tau. Dah jangan nak mengada mintak cuti"kata Encik Rosmin yang juga seorang pengarah teater.

" Tapi Encik Rosmin.. "

"Hm baiklah,kita break dulu. Nanti berkumpul balik kat sini dalam sejam lagi" kata Encik Rosmin.

Hasim akur. Dia bangun untuk ke bilik persalinan.

"Sim,kau nak pergi mana?" tanya Rika.

"Tukar baju jap. Lepas tu aku nak pergi klinik buat check." jawab Hasim.

"Nak aku teman kan?"

"Terima kasih je lah Rika. Aku pergi sendiri je" kata Hasim lalu beredar.

Rasa bersalah pula Rika kepada Hasim. Menyesal dia kerana terpukul kepala Hasim sedikit kuat tadi sewaktu babak pergelutan di antara mereka.

Koleksi Cerita HorrorWhere stories live. Discover now