Bab 7~{Surprise!}

416 51 3
                                    

Selepas waktu sekolah, Zach mengambil keputusan untuk melawat Lina. Seperti biasa, dia akan berjalan dari sekolah selepas habis waktu persekolahan.

Ding dong!

Bunyi loceng rumah menarik perhatian Lina yang sedang menyiapkan laporan perniagaan miliknya.

Sara segera turun dari tingkat atas dan menyambut tetamu yang datang.

"Zach? Ada apa datang sini? Nak berjumpa dengan pak cik Kyril ke?"

Zach menggeleng.

"Ibu kau ada dekat rumah? Aku berjumpa dengan dia sekejap."

Sara memandang hairan pada Zach. Namun, dia mengangguk saja.

"Kejap, aku panggilkan ibu. Masuklah dulu." Sara mempelawa tetamu itu masuk sementara dia masuk ke pejabat kecil milik ibunya yang berada di tingkat itu juga.

"Siapa tu Sara?"

"Elvi. Dia nak berjumpa dengan ibu."

"Suruh dia tunggu sekejap. Sementara tu, kamu siapkan air untuk dia dulu ya."

Sara mengangguk akur. Dia meninggalkan ibunya mengemas dokumen yang diuruskannya.

Lina mengemas meja kerjanya dan segera keluar untuk bertemu dengan Zach.

"Hai, Zach." Lina menyapa remaja itu lalu duduk bertentangan dengannya.

"Ada apa datang ke sini?" Lina bertanya hairan.

"Saja datang melawat. Lagipun, saya ada beberapa soalan yang nak ditanyakan pada akak. Kalau akak tak keberatan lah."

Lina tersenyum kecil.

"Tanyalah. Akak akan cuba jawab kalau boleh dijawab."

Zach mengangguk.

Sara muncul dan menghidangkan minuman untuk si tetamu dan dia kemudiannya terus naik ke bilik.

"Jadi, apa soalannya tu?"

"Pertama sekali, saya minta maaf sebab pernah geledah rak album tu masa pertama kali saya datang ke sini, tanpa kebenaran," kata Zach sambil menuding jari ke arah rak album di belakang Lina.

"Tak apa. Akak tak kisah pun. Asalkan kamu susun semula semua tu."

"Saya cuma tertarik dengan gambar-gambar yang ada dalam album tu dan saya nak tahu siapakah mereka semua."

Lina menyembunyikan senyuman. Dia langsung tidak menyangka bahawa tekaan Diera ternyata tepat belaka.

"Boleh kamu pergi ambil album gambar yang menarik perhatian kamu tu? Akak nak tahu jugak."

Zach akur. Dia bangkit lalu berjalan menghampiri rak album. 

Album gambar yang berkulit tebal dan berwarna putih dikeluarkan dari rak itu. Ia kemudiannya dibawa ke Lina.

"Album ni." Album gambar itu diletakkan di atas meja kopi.

Lina mengambil album gambar itu. Dia kemudiannya bangun dan duduk di sebelah Zach.

Album gambar itu dibuka. Maka, terpaparlah gambar perkahwinan Kazu dan Schwi.

Lina menceritakan segala kisah disebalik perkahwinan pasangan suami isteri itu. Baginya, kejadian itulah yang paling tidak dapat dilupakannya kerana perkawinan itu dijalankan secara mengejut serta tidak mempunyai perancangan yang teliti pun. Namun, semuanya berjalan dengan lancar meskipun persediaannya hanya mengambil masa kurang dari 24 jam.

Bukan itu saja, Lina turut menceritakan bagaimana pasangan itu bertemu. Perjalanan hidup mereka berdua sebelum perkahwinan sehinggalah ke kisah kelahiran Kyril Isaac, anak kesayangan yang ditinggalkan oleh pasangan itu.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now