Larian mereka berempt terhenti di hadapan pagar rumah Maria.
Dari tempat mereka berdiri, masing-masing dapat melihat dengan jelas keadaan rumah tersebut.
"Apa yang terjadi dekat sini?" Mereka semua tertanya di dalam hati.
Kyril masuk ke dalam kawasan itu. Mereka yang lain turut mengikuti Kyril dari belakang.
Langkah mereka terhenti di hadapan runtuhan rumah itu. Keadaan rumah itu sudah sepenuhnya runtuh. Lamannya turut musnah akibat letupan serta dirempuh cebisan runtuhan rumah.
"Zach!" Kyril menjerit, memanggil si remaja lelaki.
Masing-masing berjalan mengelilingi runtuhan rumah itu. Sehinggalah tiba-tiba satu susuk keluar dari balik runtuhan itu.
Susuk itu terapung di udara dan dia menunduk, memandang mereka berempat seorang demi seorang.
"Gray." Kyril berkata perlahan.
Pandangan matanya beralih pada Zach yang dipegang Gray. Remaja lelaki itu kelihatan tidak sedarkan diri dan tubuhnya dipenuhi luka.
"Apa yang kau buat pada Zach? Mana Natalie?!" Kyril bertanya dengan suara yang keras.
Gray tidak menjawab. Dia hanya memandang lelaki itu dengan pandangan jengkel.
Tiba-tiba Gray dikurung di dalam sebuah bebola jernih.
Satu lagi susuk keluar dari balik runtuhan itu dan ia adalah Maria.
Wanita itu berdiri. Keadannya sangat teruk dan lemah. Tetapi, disebabkan Zach, dia perlu kuat dan dapatkan anaknya itu semula dari genggaman Gray.
Gray menumbuk permukaan bebola kurungan itu dengan selamba. Serta-merta bebola kurungan itu retak dan pecah. Ia menghilang dalam sekelip mata.
"Lemah," bisik Gray, tetapi suara lelaki itu kedengaran bergema pada pendengaran mereka semua.
Kyril mengepal buku limanya dengan kemas sehingga ia menimbulkan urat biru pada lengannya.
Tiba-tiba sebilah pedang meluncur laju melepasi Kyril dan ia terkena tepat pada sayap sebelah kanan Gray.
Mereka semua memandang tepat ke arah Irene.
Gray memandang tepat ke arah Irene dengan pandangan membunuh.
Satu bebola cahaya terhasil dari atas kepala Gray. Bebola cahaya itu terus menghasilkan garisan cahaya dan menyerang secara rawak.
Khaaled menepuk kedua-dua belah tangannya dan serta-merta terhasilnya sebuah pelindung.
Mata Gray berubah menjadi kecil apabila mengenali aura yang dimiliki oleh Khaaled.
"Angel."
"Kyril, kau pergi tolong perempuan dekat bawah runtuhan tu. Aku dengan Layla dan Irene akan lakukan sesuatu untuk dapatkan semula Zach dari dia," arah Khaaled kepada Kyril.
"Baik."
Kyril segera menghampiri Maria dan membantu mengalihkan batuan yang menghempap wanita itu.
Irene memetik jari.
Pedang merah darah yang masih terbenam elok pada sayap Gray, tiba-tiba berubah menjadi cair seperti darah dan ia memasuki tubuh Gray melalui kesan luka yang dihasilkannya.
"Argh!" Gray menjerit kesakitan.
"Layla!" Khaaled menjerit nama gadis itu.
Layla menghalakan tangan kanannya ke hadapan, tepat ke arah Gray.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...