Khaaled dan Layla terkejut dengan keberadaan Irene di dalam bilik wakil pelajar."Apa budak ni buat dekat sini?" Layla bertanya pada Kyril yang kelihatan tidak kisah tentang Irene.
"Kenalkan, ahli baru unit kita. Irene Clover."
"Ha?!" Khaaled dan Layla masing-masing terkejut dengan kenyataan itu.
"Ahli baru? Sejak bila pulak dia berdaftar sebagai pelajar dekat kampus ni?"
"Baru je hari ni," balas Kyril.
Khaaled dan Layla seperti tidak menerima kenyataan.
Irene menutup buku yang dibacanya.
"Irene ke kelas dulu."
Irene berlalu keluar dari bilik itu tanpa mengendahkan Khaaled dan Layla yang berdiri di muka pintu.
Setelah pemergian gadis itu, Khaaled dan Layla terus menyerang Kyril dan bertanyakan soalan.
"Kenapa tiba-tiba je?" Khaaled bertanya.
"Mana la aku tahu. Ni semua rancangan bonda aku dengan ibu dia. Aku tak boleh nak buat apa."
Layla hanya mampu menggeleng saja.
"Sejujurnya, budak tu memang lain macam sikit la. Kewujudan dia buatkan aku rasa tak selesa."
Semua diam mendengar kata-kata Layla.
"Eh! Kau jangan amik hati, Kyril. Aku cuma nak jujur je dengan kau."
Kyril mengangguk faham.
"Jangan risau, aku faham perasaan kau tu. Lagipun, aku pun rasa benda yang sama jugak. Cuma aku tak tunjuk sebab risau kalau dia terasa." Jujur Kyril yang turut sama merasakan kelainan yang tidak menyenangkan pada Irene sejak kali pertama mereka berjumpa.
Khaaled hanya mampu mendiamkan diri. Hanya dia seorang saja yang tahu rahsia gadis itu dan sebab mengapa kewujudan gadis itu tidak menyenangkan bagi mereka bertiga.
*****
"Hmm. Ni ke kelasnya?" Irene berdiri di harapan sebuah kelas. Sambil itu, dia memandang pada kertas yang berada di tangan dan papan tanda serentak.
"Mungkin la."
Irene mengetuk pintu beberapa kali.
Setelah mendapat sahutan dari dalam, pintu dibuka dan dia segera bertanya.
"Kelas Cik Seira?"
"Oh, ya! Kamu pelajar baru dalam kumpulan ni kan? Jemputlah masuk." Pensyarah itu menjemput Irene masuk dengan mesra.
Irene melangkah masuk. Pintu ditutup semula dan dia berdiri di hadapan kelas.
"Baiklah, semua. Saya nak kenalkan, pelajar baru dalam kumpulan kamu. Sila perkenalkan diri."
"Irene Clover. Selamat berkenalan." Irene memperkenalkan diri. Riak wajahnya langsung tidak memaparkan emosi.
Semua pelajar terdiam seketika.
Ada antara mereka terpegun melihat Irene yang tidak ubah seperti anak patung dan ada juga diantara mereka berbisik sesama sendiri.
"Terima kasih, Irene. Kamu boleh duduk."
Irene mengangguk. Dia segera mengambil tempat di tempat yang kosong.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...