Bab 16~{Pair Up}

293 39 15
                                    

Seperti yang dijanjikan, Lina sekeluarga serta Irene bermalam di istana. Zach pula tidak mahu ikut sama, jadi dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya.

Esok paginya, semua berkumpul di ruang makan untuk bersarapan.

"Kak Emilia, pagi ni saya ada terima tetamu." Diera bersuara.

"Jadi, kenapa beritahu aku?" Emilia memandang wajah Emilia yang tersenyum lebar.

"Kejap, ya. Tolong panggilkan tetamu tu masuk ke sini," arah Emilia kepada salah seorang pembantu yang berada di dalam ruang makan itu.

Seorang pembantu perempuan menunduk hormat sebelum melangkah keluar untuk memanggil si tetamu.

Emilia berasa hairan. Keningnya dijongket sebelah apabila melihat senyuman yang tidak lekang dari wajah Diera.

"Tuanku, tetamu tuanku di sini."

Seorang lelaki memasuki ruang makan itu.

Emilia menoleh. Matanya serta-merta membulat besar.

"Papa!" Irene memanggil dengan teruja.

Kyril yang mendengarnya terus memandang wajah si tetamu lelaki itu.

Irene bangun dari tempat duduknya lalu berlari mendapatkan si ayah.

Dua beranak itu berpelukan antara satu sama lain. Lelaki itu mencium dahi dan pipi Irene beberapa kali.

"Thia, awak tak nak peluk saya sekali ke?" Lelaki itu bertanya dengan senyuman terukir di wajah.

Emilia tidak bereaksi. Dia terkaku di tempatnya. Terlalu terkejut dengan kemunculan si suami.

"Akak." Lina menepuk lengan Emilia lalu menyentak wanita itu.

Emilia bangun dari tempatnya lalu mendapatkan si suami. Mereka berdua berpelukan dan si suami mencium dahi si isteri.

"Apa awak buat dekat sini, Irwin? Macam mana dengan Sylvan?" Emilia bertanya dengan kerutan di dahi.

"Nanti kita bersembang panjang. Saya akan tinggal dekat kerajaan ni untuk beberapa hari." Irwin tersenyum lebar.

"Ha?!" Emilia kelihatan terkejut.

"Kenapa? Awak tak suka ke suami awak ada dekat sini?"

Emilia menggeleng laju.

"Ehem! Irwin, apa kata awak duduk makan sekali dengan kami?" Pelawa Diera dengan mesra.

"Dengan rendah diri, saya terima pelawaan tuanku."

Keluarga kecil itu duduk di tempat mereka. Irwin duduk di antara Emilia dan Irene.

Irwin memandang setiap wajah yang berada di depannya. Pandangannya kemudiannya terhenti pada Kyril yang turut sama memandang ke arahnya.

Lelaki itu serta-merta tertarik dengan warna mata Kyril yang berbeza.

Kyril tersenyum lalu menundukkan sedikit kepalanya. Irwin turut melakukan perkara yang sama meskipun dia tidak berapa mengenali gerangan Kyril yang sebenarnya.

Diera yang perasan akan pandangan dua lelaki itu, segera mengenalkan Kyril kepada Irwin.

"Beta yakin yang Irwin masih tak mengenali lelaki muda ni, bukan?"

Irwin mengangguk.

"Kenalkan, satu-satunya anakanda beta, Kyril Isaac. Putera mahkota kerajaan ni."

Irwin serta-merta berdiri dan menunduk hormat.

"Maafkan saya, saya tak tahu yang tuanku adalah putera kerajaan," kata Irwin dengan rendah diri.

"Irwin, saya okey je. Tak perlu formal sangat dengan saya," kata Kyril yang terkejut dengan tindak balas lelaki itu.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now