Seorang lelaki kelihatan sedang berdiri di bawah sepohon pokok seorang diri. Dari gayanya, dia seperti sedang menunggu seseorang.Si lelaki memandang sekeliling. Dia mula berjalan mundar-mandir sambil memandang ke serata arah. Tingkahya kelihatan sangat gelisah.
Setelah sekian lama menunggu, satu susuk berkerudung kelihatan berjalan laju menuju ke arah si lelaki yang menunggu tadi.
"Coral." Senyuman terus terlakar di bibir saat si kekasih hati berada di depan mata.
Namun, riak wajah Coral yang ketakutan membuatkan si lelaki berasa pelik hinggakan dahinya berkerut.
"Kenapa ni, Coral? Awak nampak macam risau je. Ada apa-apa yang terjadi ke?"
Coral tidak segera menjawab. Dia memandang sekeliling kerisauan.
Si lelaki mencapai tangan kekasihnya lalu menggenggam erat tangan kecil itu.
"Coral, kalau ada apa-apa yang mengganggu fikiran awak ke?"
Coral memandang wajah teman lelakinya.
"Sa-saya... mengandung," beritahu Coral dengan suara bergetar.
Si lelaki tersenyum. Namun, apabila memikirkan kemungkinan risiko yang bakal ditanggung oleh mereka berdua serta anak dalam kandungan Coral, senyuman tadi terus menghilang.
"Ada sesiapa yang tau tentang ni ke?"
Coral menggeleng.
"Macam mana ni, Luke? Kalau ayahanda tahu ni, habis kita nanti."
Mata Coral sudah bergenang dengan air mata apabila memikirkan masa depan kandungannya.
Luke diam sejenak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Luke tiba-tiba memejamkan matanya dan menghela nafas berat.
"Apa kata awak kahwin je dengan Eddie?"
Coral menggeleng laju.
"Saya lagi sanggup mati daripada kahwin dengan lelaki tu." Coral berkata tegas.
Luke menggenggam erat tangan Coral.
"Ini saja jalan yang ada untuk kita sembunyikan kebenaran ni. Saya minta maaf, Coral."
Coral melepaskan tangannya dari genggaman Luke. Dia mengundur beberapa tapak, menjauhi Luke.
"Coral."
Coral segera berpaling dan berlari meninggalkan Luke sendirian.
Riak wajah Luke berubah sedih.
"Maafkan saya, Coral."
*****
Kyril membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Bayangan seseorang kelihatan di sisinya.
"Kyril!"
Kyril mula merasakan dirinya dikelilingi ramai. Namun, pandangannya yang kabur membuatkan dia tidak nampak orang sekeliling serta situasi sekeliling.
"Ky, kamu tak apa-apa ke?"
Suara Diera menerjah pendengaran.
"Bonda?"
Diera duduk di sisi Kyril. Tubuh anak angkatnya itu dipeluk erat.
"Kenapa kamu buat bonda risau ni?" Suara Diera kedengaan bergetar.
Kyril tidak mampu berkata apa. Dia juga keliru dengan situasinya sekarang.
Pandangannya mula jelas beberapa saat kemudian.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...