Bab 4~{Maria Natalie}

465 60 3
                                    


Tidur Kyril terganggu apabila. Dia merasakan ada sesuatu yang menutup wajahnya.

Apabila dia membuka mata, hanya kegelapan yang dilihatnya.

Kyril mengalihkan sesuatu yang menutupi mukanya. Ternyata ia adalah jaket seseorang.

"Oh, dah bangun! Selamat pagi, Kyril!"

Kyril berpaling ke arah sofa satu.

"Abang Zes." Kyril segera bangun dari pembaringannya.

Kyril memandang ke luar. Suasana masih gelap, tetapi sedikit cerah.

"Maaf ganggu tidur kau." Zes berkata lalu menyandarkan tubuhnya.

"Awal abang balik. Tak sedar saya."

"Saja balik awal macam ni. Nak buat kejutan untuk kak Lina kau."

Zes menjeling ke arah susuk seorang remaja lelaki yang tidur pada sofa yang bertentangan dengan Kyril.

Semasa masuk ke dalam rumah, fikirnya itu adalah anak lelakinya. Namun apabila dijenguk, ternyata remaja itu adalah orang lain.

"Siapa budak tu?" Zes bertanya sambil memandang ke arah remaja lelaki yang masih lena diulit mimpi.

"Oh! Budak ni semalam saya jumpa dekat taman. Luka-luka badan dia dan akak yang pelawa dia tidur dekat sini. Katanya pagi ni baru nak pergi cari rumah dia ni ha." Kyril memberirahu.

"Oooo." Zes mengangguk faham.

"Keluarga dia baru pindah dekat sini ke?"

"Mungkin."

Bunyi derap kaki pada tangga menarik perhatian dua lelaki itu.

"Kyril, bercakap dengan siapa tu?" Lina turun ke ruang tamu apabila terdengar Kyril berbual dengan seseorang saat dia mahu ke bilik anak-anaknya untuk dikejut bangun.

"Hai, sayang." Zes mengangkat tangan dan tersenyum manis.

"Zes!"

Zes berdiri dan segera mendapatkan isterinya.

Suami isteri itu berpelukkan.

"Kenapa tak beritahu saya yang awak balik hari ni? Kalau saya tahu, dah lama saya masakkan sesuatu yang istimewa hari ni."

Zes mencuit hidung Lina.

"Tak perlu. Lagipun saya nak buat kejutan untuk sayang."

Lina mengembungkan pipinya. Menunjukkan lagak merajuknya.

"Eh, sudah! Jangan nak menggedik-gedik dekat tangga ni. Saya nak naik ke atas ni. Nak mandi." Kyril mencelah, memecahkan suasana romantis pasangan itu.

"Cemburu la tu." Zes mengusik dan berganjak ke tepi.

"Tak ada masa aku nak cemburu." Kyril segera naik ke atas.

"Kyril, tolong kejutkan budak-budak tu sekali ya. Akak nak buat sarapan ni."

"Baik!"

"Memandangkan awak dah ada ni, awak nak makan apa? Saya masakkan."

"Hmmm. Jom ke dapur tengok apa yang ada."

Zes terus mendukung Lina.

Lina terjerit kerana terkejut dengan tindakan Zes.

"Shhh... budak tu nak tidur," kata Zes kepada Lina.

Lina menutup mulutnya lalu mengangguk akur.

Mereka berdua berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

*****

Jam 0700

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now