Kerajaan Roze
"Berpecah," arah Reina kepada ahli kumpulannya.
Mereka semua akur lalu berpecah, menuju ke tempat yang sudah ditetapkan. Mereka sudah mengatur rancangan untuk mengucar-kacirkan kerajaan yang menjadi dalang di balik cubaan membunuh Diera dan Irene.
Irene yang turut menyertai misi itu, berlalu ke posisinya dengan tenang.
Langkah diatur, memasuki sebuah kasino yang kelihatan meriah dan dipenuhi dengan ramai orang yang sedang bertaruh.
Gadis itu mengatur langkahnya dengan gaya selamba. Kedua-dua belah tangannya terletak elok di dalam poket.
Dia terus berjalan sehinggalah dia berhenti di hadapan sebuah meja poker.
Kehadirannya menjadi tarikan pemain yang berada di sekeliling meja itu.
"Kau siapa?" Seorang lelaki menegur. Riak wajahnya kelihatan sangat marah kerana menganggap kedatangan gadis itu mengganggu permainan mereka semua.
Irene mengeluarkan pisau belatinya lalu dicacakkan di atas meja permainan itu.
Semua terkejut dengan tindakan gadis itu.
"Anggap ini sebagai satu amaran dari aku dan juga keluarga aku." Irene berkata dengan suara yang tegas.
Irene menoleh dan mahu berlalu pergi.
Si lelaki memandang pengawal-pengawalnya dan mereka faham dengan cara pandangan lelaki itu.
Mereka semua menyerang Irene serentak.
Irene pula yang sentiasa peka, terus mengelak dan berlawan dengan mereka semua.
*****
Kyril pulang ke istana dan segera mengatur langkah ke kawasan bilik Irene.
Pintu bilik gadis itu diketuk beberapa kali.
"Irene, buka pintu ni." Nada suara Kyril sedikit tinggi dan kedengaran marah.
Berkali-kali lelaki itu mengetuk pintu, namun ia langsung tidak dibuka.
Kyril mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik gadis itu dan ternyata, pintunya tidak dikunci.
Pintu bilik ditolak.
Kyril menjengahkan kepalanya ke dalam bilik itu. Kelibat Irene langsung tidak kelihatan.
"Eh? Ke mana pulak dia pergi?"
Kyril mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik gadis itu.
Dia memandang sekeliling, mencari sesuatu yang mungkin mencurigakan atau sesuatu yang mampu menarik perhatiannya.
Lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam bilik mandi.
Tika itu, dia terkejut apabila melihat longgokan kain pembalut putih yang berdarah di dalam singki.
Kyril menghampiri singki itu dan menyentuh kain tersebut. Dia kemudiannya menunduk dan terlihat beberapa titik darah dia atas lantai.
"Luka dia terbuka balik ke?" Riak risau terlakar di wajah lelaki itu.
*****
Jam0730
Kyril membuka matanya dan memandang sekeliling.
"Ah! Aku tertidur dalam bilik Irene." Kyril segera duduk dan mengusap wajahnya beberapa kali.
Pandangannya jatuh pada satu susuk yang terbaring elok di atas sofa panjang yang bertentangan dengan katil.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...