Khaaled keluar dari bilik mandi. Air menitik dari rambut membasahi bajunya.Lelaki itu berlalu ke tingkap bilik yang terbuka luas. Dia mendongak memandang langit sambil mengelap rambutnya yang basah.
Ingatannya teringatkan kata-kata Irene padanya ketika waktu rehat di kampus tadi.
*****
Irene berdiri dan menapak menghampiri Khaaled. Gadis itu duduk pada lengan sofa yang diduduki oleh Khaaled.
"Aku tak berniat nak mengancam sesiapa. Aku tahu niat kau dan Layla."
"Apa maksud kau?" Khaaled mendongak dan bertanya.
Irene memandang Khaaled.
"Aku tahu siapa kau dan Layla. Aku tahu sebab kenapa kalian berdua selalu ada untuk Kyril."
Mata Khaaled membesar.
"Siapa kau sebenarnya?"
Irene tersenyum nipis. Dia menyentuh dagu Khaaled lalu dia menunduk, merapatkan wajahnya dengan lelaki itu.
"Aku adalah manusia biasa yang diberi nama Irene Clover. Tapi hakikatnya, dalam diri aku adalah makhluk yang digeruni oleh Puak Angel dan Zodiak." Mata Irene serta-merta berubah hitam semuanya.
Khaaled terkejut melihat perubahan gadis itu.
"Kau..."
Irene meletakkan jari telunjuknya pada bibir Khaaled.
"Ia tak bleh disebut dengan kuat."
Khaaled diam. Dia sendiri pun terkedu dan terkelu setelah mendapat tahu siapakah gadis di depannya itu.
"Tapi jangan risau, aku tak akan apa-apakan sesiapa pun. Tugas aku hanyalah lindungi Kyril dan pastikan kebenaran terbongkar."
Khaaled memandang dalam ke dalam mata Irene yang hitam.
Irene mendekatkan bibirnya pada telinga Khaaled.
"Aku buat semua ni sebab kebencian aku terhadap Puak Zodiak tak pernah terpadam. Anggap je ini sebagai pembalasan dendam aku kepada mereka." Suara Irene berubah garau seperti suara lelaki.
Khaaled terus menggigil ketakutan apabila mendengar suara yang membisik kepadanya.
Irene duduk tegak semula. Warna matanya kembali kepada asal.
"Ini adalah rahsia antara kita berdua, okey." Irene tersenyum lagi.
Khaaled mengangguk faham.
"Bagus. Seronok dapat berurusan dengan kau, Khaaled Rizen"
*****
Khaaled terus termenung memandang langit. Ingatannya terbawa pula pada kejadian yang berlaku petang tadi.
*****
Layla berjaya menangkap pelajar perempuan yang menyebarkan gosip tentang Khaaled kepada pelajar yang lain.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...