Seminggu kemudianSeperti kebiasaan, Kyril selesai berlatih dengan Direz dan kini dia sedang berehat di dalam perpuastakaan.
Seminggu berlalu dengan sangat pantas dan Kyril telah mempelajari banyak benda baru dari Direz. Cumanya, dia masih tidak tahu apakah kuasa utamanya. Direz juga tidak dapat membantu untuk mencari apakah kuasa tersebut.
Disebabkan penat dan kebuntuan, ia membawa Kyril dalam situasi sekarang. Bermalas-malasan di dalam perpustakaan dengan buku menutup mukanya.
"Kyril?" Diera memasuki ruang perpustakaan dan mencari kelibat anaknya itu.
Panggilan si ibu tidak disahut. Diera mencari Kyril di celah-celah rak buku yang ada di dalam ruang itu.
Setelah beberapa ketika mencari, Diera menjumpai Kyril dicelah-celah rak buku. Lelaki muda itu sedang berbaring dengan buku menutupi mukanya.
Diera menggeleng melihat gaya tidur anaknya itu. Dia menghampiri si lelaki dan duduk bersimpuh di sebelah kepalanya.
"Kyril, bangun." Diera mengalihkan buku yang menutupi mukanya.
"Mama." Perkataan itu terluncur dari mulut Kyril apabila Diera mengalihkan buku itu.
Diera serta-merta terkaku. Perkataan itu menampar dirinya dan membuatkan dia tersedar akan sesuatu.
Kenyataan itu membuatkan jantungnya berdegup laju dan hatinya berasa sangat sebak.
Diera menahan dirinya dari mengalirkan air mata. Dia mengukirkan senyuman yang manis di bibir dan cuba untuk mengejutkan Kyril sekali lagi.
Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya Kyril terjaga juga.
Si lelaki perlahan-lahan membuka matanya. Dia menoleh dan memandang tepat pada wajah Diera yang dihiasi dengan senyuman.
"Oh! Bonda." Kyril segera duduk dan menghadap Diera.
"Kamu nampak penat. Kamu tak apa-apa ke?" Diera bertanya dalam nada risau.
Kyril mengukirkan senyuman.
"Bonda jangan risau, Kyril tak apa-apa. Lagipun, kerja keras Ky ni tak sia-sia tau!" Kyril berkata dengan bangga.
"Ya? Apa yang kamu dapat dari kerja keras kamu selama seminggu ni?" Diera bertanya ingin tahu.
"Ky dapat tahu macam mana nak kawal kebolehan yang Ky ada. Ky jugak sekarang dah boleh terbang dengan baik." Kyril berkongsi dengan suara yang teruja.
Diera tersenyum melihat tingkah Kyril. Lelaki itu langsung tidak berubah. Tingkahnya masih seperti kanak-kanak tiap kali mereka berdua bersendirian.
Kyril terus menceritakan apa yang dilaluinya sepanjang seminggu yang lalu.
Mendengarkan setiap satu perkongsian dari Kyril itu, semakin Diera sedar kenyataan yang sebenarnya. Hakikat siapakah Kyril yang sebenar dan hakikat yang Kyril bukanlah anaknya dan tak mungkin akan bersamanya sepanjang hidup.
"Bonda?" Kyril memanggil Diera.
Wanita itu kelihatan sedang tenggelam di dalam dunianya sendiri. Termenung jauh dan langsung tidak mendengari cerita yang dikongsikannya itu.
"Bonda." Kyril mengambil keputusan untuk menyentuh bahu Diera.
Diera tersentak dan serta-merta memandang tepat pada wajah Kyril yang diselebungi dengan kekeliruan.
"Bonda termenungkan apa tu?" Kyril bertanya dengan kerutan di dahi.
Diera kembali mengukirkan senyuman manis di bibirya.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...