Irene duduk bersendirian di dalam bilik wakil pelajar.
Dia duduk di atas sofa sambil membaca kertas-kertas yang berterabur di atas meja.
Gadis itu terlalu leka hinggakan dia tidak sedar dengan kedatangan Khaaled.
Khaaled memandang Irene yang terlalu tekun membaca. Lelaki itu meletakkan begnya di atas sofa dan kemudian duduk bertentangan dengan si gadis.
Lelaki itu langsung tidak mengalihkan pandangannya dari Irene.
Irene yang merasakan dirinya seolah-olah seperti sedang diperhatikan segera mendongak dan membalas pandangan Khaaled.
"Kenapa pandangan aku macam tu?"
"Apa gelaran kau?" Khaaled tiba-tiba bertanyakan soalan.
"Gelaran? Apa maksud kau?" Kertas yang dipegang diletakkan semula di atas meja. Irene menyandarkan tubuhnya. Dia bersilang kaki dan berpeluk tubuh.
"Setahu aku, manusia macam kau ni ada gelarannya yang tersendiri."
Irene diam sejenak. Dia cuba memproses maksud kata-kata Khaaled.
"Maksud kau, macam Night Owl?"
"Nama siapa tu?"
"Gelaran ibu aku masa dia muda dulu."
Khaaled mengangguk.
"Macam mana dengan kau?"
"Sword Wielder." Irene tiba-tiba memandang ke arah pintu. Dia memandang ke arah pintu untuk beberapa ketika sehingggakan Khaaled sendiri pun turut menoleh dan memandang ke arah yang dipandang oleh si gadis.
"Ada apa dekat pintu tu?"
Irene memandang ke arah Khaaled semula. Dia tersenyum kecil.
"Aku nak tunjuk sesuatu dekat kau dan aku cuma nak pastikan tak ada sesiapa dekat sekeliling kita."
Khaaled mengangguk faham.
Irene mencabut cincin yang tersarung di jari kirinya. Setelah dicabut, cincin itu serta-merta berubah bentuk menjadi sebilah pedang yang panjang dan halus.
Pedang itu kemudiannya diletakkan di atas meja.
Irene kemudiannya membuka telapak tangan kanannya. Kulit telapak tangannya terbuka. Darah membuak keluar dari bukaan yang terbuka dengan sendiri itu.
Sebilah pedang yang diselaputi darah merah keluar dari bukaan itu.
Khaaled hanya memerhati tanpa bersuara. Namun, melihat pada bukaan pada telapak tangan Irene membuatkan dia berasa ngilu. Tambahan pula dengan darah yang membuak-buak keluar bersama-sama dengan pedang itu.
Setelah pedang itu keluar dengan sepenuhnya, bukaan pada telapak tangan Irene tertutup semula. Darah pada permukaan pedang dan darah yang berlopak di atas lantai terapung di udara dan membentuk satu lagi pedang yang berwarna merah darah.
Pedang yang keluar dari telapak tangan Irene yang tadinya berwarna merah darah, bertukar warna kepada warna putih tulang.
Irene menyusun dua pedang itu di sebelah pedangnya yang pertama.
"Tiga pedang ni selalu ada dengan aku. Lagi dua aku tinggal dekat rumah."
"Boleh aku pegang?"
Irene mengangguk.
Khaaled mengambil pedang yang berwarna putih tulang.
"Pedang ni... pelik."
"Ia daripada tulang. Memang la nampak pelik."
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...