Bab 30~{Something Not Right}

239 30 3
                                    

Kerajaan Roze

"Tuanku!" Seorang lelaki berlari masuk ke dalam pejabat si raja dan terus melutut di hadapan lelaki itu.

"Ada apa?" Raja Noir bertanya dengan riak wajah yang serius.

Dia tidak suka apabila orang sesuka hati merempuh masuk ke dalam pejabatnya tanpa izin.

"Orang-orang tuanku ditemui mati di kediaman mereka." Lapor lelaki itu dengan riak cemas.

"Siapa?"

Lelaki itu memberitahu nama lima orang penting raja itu.

Raja Noir menongkat dagunya dan termenung memikirkan sesuatu.

Kematian orang pentingnya akan memberikan kesan yang besar terhadap kerajaan memandang mereka yang mengawal semuanya di dalam kerajaan itu.

"Keluar dari sini. Beta akan keluarkan arahan lain nanti. Buat masa ni, lakukan siasatan terhadap pembunuhan yang dilakukan."

"Baiklah, mengikut perintah, tuanku." Lelaki itu mengundur diri dan meninggalkan si raja sendirian di dalam pejabatnya.

Manakala si raja pula, masih termenung memikirkan sesuatu.

"Ni ada kena-mengena dengan cubaan bunuh yang dilakukan tu ke?" Raja Noir berkerut dahi memikirkannya.

"Kalau tak silap aku, aku tak dapat lagi laporan dari mereka berdua tentang misi tu. Tapi dari apa yang aku dengar, perempuan tu masih hidup lagi. Adakah ini maksudnya mereka berdua gagal dan ditangkap?"

Si raja diam sejenak.

"Pembunuhan ni berkait dengan kejadian tu ke? Perempuan tu hantar pembunuh upahan untuk menggugat kedudukan aku?"

Setelah memikirkan logik dan kaitan dari setiap apa yang berlaku, Raja Noir menyimpulkan bahawa pembunuhan itu sememangnya berkait rapat dengan cubaan membunuh yang berlaku ke atas Diera.

BAM!

Raja Noir menumbuk permukaan mejanya, melepaskan rasa marah yang terbuku di dalam hati.

"Berani perempuan tu mencabar aku! Kalau ini yang dia mahukan, baiklah, aku akan lakukan perkara yang sama."

Noir memanggil ketua ketenteraan dan mengarahkan lelaki itu mengumpulkan tentera-tenteranya.           

*****

Setelah seminggu mengambil cuti, Irene kembali semula ke kampus seperti biasa. 

Masuk saja ke kelas, semua mata memandang tepat ke arahnya.

Irene mengabaikan pandangan mereka semua dan duduk ditempatnya.

"Hai, Irene. Selamat pagi!" Silver muncul di depan meja Irene dan menyapa mesra gadis itu.

Irene mendongak dan memandang tepat wajah ceria Silver.

"Selamat pagi." Irene membalasnya dengan nada mendatar.

"Kau nampak semakin sihat. Baguslah." Silver masih tetap dengan senyumannya.

Irene mengangguk saja. Dia sendiri pun tidak tahu apa niat si lelaki yang tiba-tiba muncul di depan mejanya di awal pagi itu.

"Kau..."

"Irene."

Belum sempat Silver bekata apa, ada suara yang memanggil si gadis.

Mereka berdua memandang tepat ke arah Kyril yang berdiri di muka pintu kelas.

"Tsk!" Silver berdecit perlahan.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now