Irwin, Emilia dan Diera saling berpandangan sebelum mereka kembali memandang ke arah Irene yang duduk bersendirian di kawasan taman.
"Dia nampak lebih diam dari sebelum ni." Diera bersuara.
Irwin dan Emilia mengangguk setuju.
"Rasa-rasanya, ada kena-mengena ke dengan ketiadaan Kyril?"
"Mungkin," jawab Emilia dan Diera serentak.
Mereka bertiga mengeluh panjang. Risau apabila melihat keadaan Irene. Meskipun gadis itu sememangnya agak pendiam, namun kali ini kelihatan lebih berbeza dari sebelumnya. Diamnya gadis itu sehinggakan dia menyisihkan diri sendiri daripada orang lain.
"Saya pergi tegur dia sekejap," kata Irwin lalu dia mengatur langkah, menghampiri anak gadisnya itu.
"Irene." Irwin memanggil dengan suara yang lembut.
Irene mendongak. Dia melakarkan senyuman kecil buat si ayah.
Irwin duduk di atas rumput, di sebelah Irene.
"Irene okey ke ni?" Irwin mengusap kepala si anak.
Irene menunduk memandang rumput. Dia kemudiannya mengangguk perlahan, merespon kepada soalan Irwin.
"Kalau okey, kenapa Irene nampak sedih? Ada apa-apa yang mengganggu fikiran anak papa ni ke?" Irwin bertanya dengan nada risau.
Irene mendongak, dia membalas pandangan mata Irwin.
Keluhan berat meniti di bibir Irene.
Irwin menjongket kening mendengar keluhan berat itu.
"Kyril," katanya singkat.
"Kenapa dengan Putera Kyril? Kamu masih risaukan dia ke?"
Irene mengangguk.
Irwin mencapai tangan Irene dan menggenggamnya kemas.
"Jangan risau, dia akan balik juga nanti. Cuma masa je yang menentukannya."
Irene menggeleng.
"Irene bukannya risau yang dia tak balik. Irene cuma risau kalau mereka apa-apakan Kyril dan ambil kuasa zodiak yang dimilikinya." Luah Irene.
Emilia dan Diera muncul di sisi dua beranak itu. Dua wanita itu kemudiannya duduk, ikut serta perbualan Irene dan Irwin.
"Apa maksud kamu dengan kuasa zodiak Kyril?" Diera bertanya ingin tahu.
Irene memandang Emilia seolah-olah meminta kebenaran dari si ibu untuk menceritakan kebenarannya kepada wanita itu.
Emilia mengeluh perlahan sebelum mengangguk setuju.
Irene memandang tepat pada Diera.
"Bonda tahu usul Kyril yang sebenarnya?" Irene bertanya untuk kepastian.
Diera diam sejenak.
"Bonda sendiri pun tak tahu sangat. Apa yang bonda tahu, Schwi adalah Angel dan kalau tak siap, Kazu pulak dari Zodiak."
Dua beranak itu mengangguk, membenarkan kata-kata Diera.
"Tapi, untuk lebih tepat lagi, Schwi adalah separuh Angel dan Zodiak. Manakala Kazu pulak, dia adalah Puak Zodiak yang asli. Schwi mempunyai lambang Zodiak dan kuasanya pula adalah gabungan antara Angel dan Zodiak. Kazu pula pengguna kuasa Zodiak yang kuat. Dia mempunyai kesemua lambang dan kuasa Zodiak."
Diera mengangguk faham dengan kata-kata Irene. Namun, dia langsung tak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Irene.
"Dalam erti kata lain, Kyril memegang kuasa yang agak kuat dan pihak Zodiak dapat tahu perkara tu. Kemungkinan jugak, mereka merancang untuk melakukan sesuatu pada Kyril." Sambung Emilia.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...