Bab 40~{Settle Down}

80 7 0
                                    


Sementara tumpuan mereka semua tertumpu pada klon milik Gray, lelaki itu mengambil keputusan untuk melakukan rancangannya.

Gray kini berada di belakang bebola yang melindungi Zach. Lelaki itu tersenyum sinis.

Dia memasukkan tangannya ke dalam bebola itu dan memegang erat lengan Zach. Dia bersedia untuk menarik remaja lelaki itu keluar dan merancang untuk menjadikannya sebagai tebusan.

Kyril yang merasakan sesuatu, segera menoleh dan matanya membulat besar apabila melihat Zach kini berada di tangan Gray.

"Zach!"

Jeritan Kyril membuatkan yang lain turut tertumpu ke arah mereka.

Gray tersenyum sinis. Dia memegang Zach dengan mencengkam belakang leher remaja lelaki itu dengan kemas.

Kazu dan Schwi yang melihat keadaan itu, mahu segera bertindak menyelamatkan anak mereka yang satu itu.

"Jangan korang berani bergerak walau sedikit pun kalau kau tak nak aku apa-apakan budak ni."

Gray meletakkan telapak tangannya di belakang badan Kazu. Tepat di mana tempat jantungya berada.

Semua berhenti dari bertindak. Mereka semua merisaukan keadaan remaja lelaki itu.

"Lepaskan dia, Gray. Dia tak ada kaitan dengan urusan kita. Dia tak tahu apa-apa." Kazu bersuara.

"Dia tak ada kaitan? Bukan ke apa yang berlaku ni disebabkan budak ni?" Gray berkata dengan sinis.

Semua terdiam.

"Kalaulah anak kau yang seorang tu dengar cakap dan faham akan kehendak kami, perkara ni semua tak akan terjadi, Kazu. Sekarang, aku nak korang semua nyahaktifkan kuasa masing-masing. Aku bagi 10 saat je, kalau tak, aku bunuh budak ni depan mata korang semua." Gray terus-menerus mengugut kerana dia mahu melepaskan diri dari Domain milik Kyril.

Semua terpaksa akur.

Kawasan itu serta-merta menjadi lapang dan mereka kini dikepung oleh klon milik Gray yang masih berbaki.

Kyril turut menyahaktifkan Altair, tetapi tidak Domain miliknya.

Gray memandang sekeliling dan kemudiannya memandang tajam pada Kyril yang masih berdegil.

Namun, Kyril langsung tidak bertindak apa-apa. Dari gayanya, dia tak mahu menghilangkan Domain itu.

"Kau ingat aku main-main ke, Kyril." Gray mempereratkan cengkamannya pada leher Zach sehingga berdarah dibuatnya.

Zach berkerut dahi apabila dirinya mulai cedera. Remaja itu seolah-oleh dapat merasakan kesakitan itu meskipun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Hati keibuan Schwi membuatkan wanita itu mahu segera bertindak. Tetapi dihalang oleh Kazu dengan serta-merta.

Kazu menggeleng perlahan dan memandang ke arah Kyril semula. Schwi terpaksa akur dan dia turut memandang ke arah Kyril, dengan harapan anak lelakinya itu melakukan sesuatu.

Gray mengetap gigi melihat kedegilan Kyril. Genggamannya  semakin erat dan dia bersedia untuk mematahkan leher Zach dan menikam remaja itu pada jantungnya.

"Jangan salahkan aku, Kazu. Ini adalah permintaan anak kau sebab dia berkeras dan berdegil."

Gray mula bertindak mahu membunuh Zach.

Tetapi dalam sekelip mata, dia ternampak darah terpercik di udara dan terkena pada wajahnya.

"Huh?"

Kyril menoleh. Lelaki itu kini sedang mencempung tubuh Zach.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now