Kyril terduduk kepenatan. Dia sudah berlatih hampir tiga jam, namun dia langsung tidak dapat memfokuskan kuasanya."Lemah." Direz berkata memprovok lelaki muda itu.
"Diamlah! Aku baru nak belajar kuasainya." Kyril bersuara marah.
Direz turut duduk tidak jauh dari Kyril.
Kyril merebahkan tubuhnya di atas tanah. Kedua-dua belah tangan diletakkan di atas perut dan matanya dipejam rapat.
"Kau kenal Gray?" Direz tiba-tiba bertanya perihal Gray.
Kyril membuka matanya dan memandang tepat ke arah Direz.
"Kenapa kau tanya? Kau kenal dia jugak ke?" Kyril kembali bertanya.
"Kenallah jugak. Aku cuma nak tahu, apa yang kau tahu tentang lelaki tu."
Kyril diam sejenak.
"Gray, dialah yang selalu teman aku masa dekat Kerajaan Zodiak tu. Banyak benda dia kongikan pada aku walaupun ada beberapa perkara dia rahsiakan. Aku tahu yang aku tak boleh percayakan dia, tapi tak sangka pula yang dia adalah dalang disebalik semua perkara ni." Kyril berkata lalu menghela nafas berat.
"Maksudnya, kau tak tahu identiti dia?"
Kyril memandang Direz dengan pandangan hairan.
"Identiti dia? Maksud kau latar belakang dia?"
Direz mengangguk.
"Kenapa aku kena tahu latar belakang dia pulak?" Berkerut dahi Kyril apabila menanyakan soalan itu.
"Hmm. Nampaknya kau memang tak tahu apa-apa tentang dia. Baiklah, aku akan beritahu kau sesuatu yang penting tentang hubungan dia dengan kau."
Kyril memandang Direz dengan padangan serius.
"Untuk pengetahuan kau, Gray adalah adik Kazu, ayah kau."
"Ha?!" Kyil terus terbangun dan duduk menghadap Direz.
"Ya, dia adalah pak cik kau dan dia adalah adik kepada ayah kau."
"Hahaha. Apa kau mengarutkan ni?" Kyril tertawa janggal.
Namun, riak wajah Kyril terus berubah serius apabia melihat cara Direz yang turut serius.
"Ehem. Macam mana kau kenal dengan Gray dan ayah aku?"
Direz tiba-tiba menghela nafas berat.
"Disebabkan aku adalah pemilik 12 zodiak yang tertua, jadi Kazu cari aku dan meminta aku untuk mengajarkan dia kuasai kuasa miiknya."
"Oh! Kau pun mengajar ayah aku?" Kyril tersenyum kerana tertarik.
Direz mengangguk.
"Sepanjang latihan dia, aku selalu ternampak susuk seorang lelaki mengintai latihan kami berdua. Kazu kata, itu adalah adik dia, Gray. Pada mulanya, aku abaikan saja dia. Tapi, lama-kelamaan, apa mereka semakin membesar, aku perasan sesuatu yang lain pada Gray."
"Sesuatu yang lain? Apa maksud kau?"
"Aku mula dapat rasanya aura gelap dari budak tu. Sehinggalah satu hari, sesuatu terjadi pada aku dan aku yakin, dia adalah dalang disebalik kejadian yang menimpa aku."
"Kejadian apa?"
Direz tidak segera menjawab persoalan itu.
Tiba-tiba riak wajah Kyril berubah. Dia baru mengingati sesuatu tentang Direz.
"Maksud kau, Gray adalah punca kau dibuang dari kerajaan tu?"
Direz mengangguk perlahan.
"Disebabkan aku adalah perantara di antara Puak Zodiak dan Puak Angel, jadi dia ambil kesempatan untuk mengkucar-kacirkan keadaan dengan memalsukan beberapa dokumen dan surat diraja. Apabila kedua-dua pihak mendapat tahu tentang pemalsuan dokumen tu, mereka meletakkan kesalahan tu pada aku.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...