Bab 42~{Plans to Restore The Aquilla Kingdom}

160 8 4
                                    


Seperti yang diperkata dan dijanjikan, Kazu mengembalikan Kerajaan Aquilla. Dia mengeluarkan kerajaan itu daripada lohong hitam yang menjadi tempat dia menyimpan kerajaan itu selama belasan tahun lamanya.

Setelah mengembalikan kerajaan itu, Schwi pula menjalankan tugasnya untuk menghubungkan kerajaan Puak Angel itu dengan kerajaan Puak Zodiak. Dengan penyatuan dua kerajaan itu, maka hiduplah semula Kerajaan Aquilla.

Penduduknya yang tidur selama belasan tahun, kini mula terbangun. Mereka kelihatan terpinga-pinga dan tertanya apa yang terjadi kepada mereka semua.

Sedang semua masih dalam keadaan keliru, tiba-tiba munculnya satu skrin hologram di seluruh pelusuk kerajaan itu.

Wajah Schwi terpampang di skrin hologram itu.

Semua penduduk Kerajaan Aquilla terkejut melihat wajah bekas puteri kerajaan itu.

"Selamat tengah hari kepada semua rakyat jelata Kerajaan Aquilla yang tercinta. Saya, Schwi Cassia, puteri kepada Kerajaan Aquilla dengan ini mengumumkan penggubalan semula keluarga kerajaan ini. Namun, sebelum perkara ini dijalankan, saya meminta kepada semua ahli kabinet diraja untuk datang menghadap di istana bagi membincangkan perkara ini. Saya tahu, perkara ini agak sukar untuk dilakukan dalam tempoh yang singkat dan juga atas faktor status saya yang sebelum ini. 

Namun, saya berharap agar rakyat semua memberikan peluang kepada saya untuk membina semula kerajaan menjadi lebih baik dari sebelum ini. Ini saja daripada saya buat masa ini. Terima kasih dan selamat tengah hari."

Skrin hologram terus menghilang.

Setelah mendengar pengumuman yang dibuat itu, semua terus tertanya-tanya apakah yang cuba disampaikan oleh Schwi sebentar tadi.

"Bukan ke puteri Schwi dah lama dibuang kerajaa?"

"Tak sangka dia masih hidup."

Bisikan demi bisikan kedengaran.

Manakala di istana pula, seorang demi seorang ahli kabinet diraja muncul dan berkumpul di dalam bilik mesyuarat. Disebabkan menginginkan penjelasan daripada Schwi, mereka segera berkumpul di dalam bilik mesyuarat itu.

Seramai 20 orang ahli kabinet diraja berkumpul dan mengambil tempat masing-masing mengukut jawatan yang disandang oleh mereka semua.

Setelah beberapa ketika menunggu, Schwi masuk ke ruang mesyuarat itu dengan diiringi empat orang yang tidak dikenali oleh semua ahli kabinet diraja.

Schwi mengambil tempat di bahagian kepala meja sementara empat orang yang bersamanya hanya berdiri di belakang.

Semua ahli kabinet diraja berdiri dan memberikan hormat kepada Schwi sebelum mereka semua kembali duduk.

"Selamat tengah hari semua. Nampaknya semua kelihatan sangat bersemangat dan ingin tahu apa yang berlaku."

Semua mereka mengangguk hampir serentak.

"Baiklah, saya akan beritahu semuanya. Permulaan kepada semua ini berlaku sebelum saya dibuang dari kerajaan."

Scwhi memberitahu kepada semua tentang pembunuhan Nolan, pertuduhan terhadap dirinya berkenaan kecurian Qzured, pembunuhan keluarga diraja dan kenaikan takhta Lysda sehinggalah kemusnahan Kerajaan Aquilla itu sendiri. Scwhi memberitahu satu-persatu siri kejadian tanpa tertinggal satu pun.

"Jadi, saya membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman ke atas Lysda atas kesalahan membunuh keluarga diraja. Dia akan dijatuhkan hukuman mati di khalayak ramai. Jika ada sebarang bantahan, boleh kemukakan sekarang." Scwhi memandang seorang demi seorang wajah ahli kabinet yang ada di depan matanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now