Bab 10~{Irene Clover}

480 49 10
                                    


Kyril terjaga setelah mengalami mimpi yang panjang.

Dia membuka mata dengan payah. Tika dia menoleh ke kanan, dia terkejut dengan kewujudan seorang gadis yang duduk di atas katil sambil merenung tepat ke arahnya.

"Argh! Irene!" Kyril terkejut sehingga dia berganjak sedikit dari tempat pembaringannya.

"Selamat pagi," ucap Irene dengan riak wajah yang serius.

"Selamat pagi. Apa yang kamu buat dalam bilik abang ni?"

Kyril mencapai bajunya yang digantung pada kepala katil lalu disarungkan pada badan.

"Perhatikan abang," jawab Irene dengan nada mendatar.

"Ha?" Dalam tak sedar, wajah Kyril sudah berona merah sedikit.

"Abang tengah tidur je. Bukannya buat apa pun." Kyril mula berasa kekok apabila Irene terus memandangnya.

Irene merangkak mendekati Kyril.

Kyril cuak melihat tingkah gadis itu.

Irene meletakkan jari telunjuk kanannya pada dahi Kyril.

"Abang mimpikan sesuatu. Ia melibatkan masa silam, bukan?" Irene meneka.

Kyril terkejut. Dia tidak menyangka bahawa gadis itu dapat mengetahui mimpi yang dialaminya.

Irene tiba-tiba melekapkan telapak tangannya di atas dahi Kyril.

"Abang panas. Demam ke?"

Kyril tersentak.

"Tak! Mana ada!"

Irene menarik tangannya semula. Namun, posisinya masih dekat dengan Kyril dan ia membuatkan lelaki itu tidak keruan.

Tok! Tok!

"Kyril, bangun."

Pintu dibuka.

Kyril, Diera dan Emilia, masing-masing terkaku.

Kyril terkejut dengan kemunculan dua ibu angkatnya. Sementara dua wanita itu terkejut melihat posisi Irene dan Kyril yang terlalu rapat dan kelihatan mencurigakan.

"Irene!"

Irene memandang ibunya.

"Selamat pagi, ibu." Irene menyapa Emilia.

Emilia menapak menghampiri katil. Dia menarik anak gadisnya turun daripada katil Kyril.

"Maafkan Irene ya, Kyril. Tiba-tiba pulak dia buat perangai pagi-pagi macam ni. Kami minta diri dulu."

Emilia menarik Irene keluar dari bilik Kyril.

"Ky tak buat apa-apa, bonda! Sumpah!" Kyril berkata dengan cuak apabila melihat Diera yang langsung tidak berkata apa.

"Hahaha." Diera tiba-tiba tertawa dengan kuat.

Kyril kehairanan.

"Bonda tahu kamu tak mungkin buat perkara yang bukan-bukan."

Kyril menghela nafas lega.

"Sudah, bersiap cepat. Nanti lambat pulak."

"Baik bonda."

Diera berlalu pergi. Senyuman masih terlakar di bibirnya.

Kyril menghela nafas berat.

"Apa la. Pagi-pagi lagi dah jadi benda pelik-pelik."

Kyril turun dari katil. Dia mengambil tuala mandi dan terus menapak masuk ke dalam bilik mandi dengan langkah yang malas.

*****

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now