"Kyril!"Diera menerjah masuk ke dalam rumah Lina setelah mendapat berita tentang apa yang terjadi pada Kyril.
Hatinya tidak tenteram apabila mendapat tahu keadaan Kyril tadi
"Bonda! Selamat pagi." Kyril tersenyum pada Diera.
Diera menerpa ke arah Kyril lalu memeluk erat anaknya itu.
"Kamu buat bonda risau."
Kyril membalas pelukan Diera.
"Maaflah, Ky tak berniat nak buat bonda risau pun."
Pelukan dileraikan. Diera menekup kedua-dua belah pipi Kyril.
"Ada sakit-sakit lagi ke? Banyak ke luka dekat badan kamu?"
Kyril tersenyum. Hatinya disapa kerisauan apabila melihat mata Diera yang sembab.
"Banyak luka, bonda. Tapi tak sakit dah. Janganlah risau lagi." Kyril mengesat hujung mata Diera yang bersisa dengan air mata.
Tok! Tok!
Mereka berdua menoleh.
"Sarapan untuk abang." Irene menapak masuk dengan membawa dulang makanan.
"Buat susah je Irene ni. Abang boleh bangun dan turun bawah sendiri."
"Ibu dengan kak Lina yang suruh Irene bawakkan makanan untuk abang." Dulang makanan diletakkan di atas meja kecil di sisi katil.
Irene kemudiannya menghadap Diera.
"Maaf atas kebiadapan saya. Selamat pagi, tuanku." Irene menunduk dan menyapa Diera dengan penuh hormat.
Tiba-tiba Diera memeluk erat tubuh Irene.
"Tuanku?"
"Terima kasih sebab datang selamatkan Kyril. Kalau kamu tak ada, bonda tak tahu apa yang akan jadi pada dia."
"Tak apa, tuanku. Saya cuma jalankan tugas je."
"Panggil bonda je. Bonda berbesar hati kalau kamu panggil macam tu."
Irene mengelipkan matanya beberapa kali.
"Baiklah, tu-bonda."
Diera tersenyum lalu meleraikan pelukan.
"Saya keluar dulu."
Irene berlalu keluar, meninggalkan dua beranak itu.
Diera memandang Kyril. Senyuman masih terukir di wajah wanita itu.
Kyril menjongket sebelah kening. Pelik melihat senyuman Diera yang kelihatan berbeza.
"Kenapa, bonda?"
"Kamu tak rasa ke Irene tu budak yang baik?"
Kyril diam sejenak.
"Ya, dia memang budak yang baik."
Senyuman Diera semakin meleret.
Kyril berasa seram melihat senyuman itu.
"Apa pendapat kamu tentang Irene?"
Sekali lagi Kyril terdiam. Tetapi kali ini, lebih lama daripada tadi.
"Ky?"
Kyril menggaru kepala.
"Dari apa yang Ky tengok, Irene tu cantik, baik, dengar cakap. Dia memang agak pendiam, tapi senang mesra dengan orang yang dia selesa."
Diera mengangguk setuju dengan pendapat Kyril.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...