Khaaled dan Layla memasuki bilik wakil pelajar."Selamat pagi, Irene." Mereka menyapa Irene yang sedang bermain dengan telefonnya sendiri.
"Selamat pagi." Irene membalas tanpa memandang mereka.
"Kyril mana?" Khaaled bertanya sambil meletakkan begnya di sebelah Irene.
"Dia tak dapat datang untuk beberapa hari ni," jawab Irene.
Layla menjongket kening.
"Apa maksud kau dia tak dapat datang? Setahu aku Kyril bukan jenis yang suka ponteng kelas sesuka hati." Layla pula bertanya.
Irene mengeluh. Dia menutup telefon dan meletakkannya di atas meja.
"Ada sesuatu terjadi sebenarnya. Boleh tak korang duduk dulu?"
Khaaled dan Layla akur. Mereka duduk bertentangan dengan Irene.
"Ada benda buruk terjadi ke dekat Kyril?" Khaaled bertanya dalam nada risau.
Irene menggeleng.
"Apa yang aku nak beritahu ialah, aku tahu identiti kau, Layla." Irene memandang tepat pada Layla.
"Ha? Apa maksud kau ni?" Layla berpura-pura tidak faham.
"Layla." Khaaled memanggil.
Layla memandang lelaki di sebelahnya itu. Khaaled kemudiannya mengangguk perlahan.
"Serius la?! Macam mana? Berapa lama dah kau tahu semua ni? Khaaled, kau tak beritahu aku pun?!" Layla menjadi tidak keruan apabila kepalanya diserbu dengan tanda tanya.
"Layla, bertenang. Bagi ruang untuk Irene jelaskan dulu." Khaaled cuba menenangkan gadis di sebahnya itu.
Layla mula bertenang.
"Sila teruskan, Irene." Khaaled berkata.
Irene menghela nafas.
"Aku tahu siapa korang berdua disebabkan oleh seseorang."
Satu bayang-bayang hitam muncul di belakang Irene.
"Kenalkan, Direz."
Khaaled dan Layla mendongak, memandang bayangan hitam yang tinggi itu.
"Direz adalah bekas perantara Puak Angel dan Puak Zodiak. Atas bantuan dia, aku dapat tahu yang korang adalah Puak Angel."
Layla semakin terkejut.
"Korang adalah anak angkat Eliz, iaitu adik angkat kepada Schwi."
"Wow! Aku tak sangka kau tahu sampai begitu sekali. Aku ingatkan kau hanya tahu yang kami berdua adalah Puak Angel." Khaaled kagum dengan maklumat yang diperolehi oleh Irene.
"Sekejap!" Layla mencelah.
"Direz. Bukan ke dia adalah perantara yang dibuang kerajaan tu? Dan disebabkan kejadian tu, dia mula memburu dua puak ni. Lebih-lebih lagi mereka yang datang ke dunia ni." Layla bertanya ingin tahu
Irene mengangguk bagi pihak Direz.
"Direz kini hanya muncul dalam bentuk bayang, ataupun asap hitam je. Ini disebabkan oleh jasad dia yang dimusnahkan dan Core dia disimpan di satu tempat yang tidak diketahui."
Direz yang berada di belakang Irene mengangguk.
"Badan aku dijadikan medium kuasa dia. Semuanya disebabkan perjanjian yang pernah dibuat antara dia dengan ibu aku." Tambah Irene lagi.
"Oh, wow." Khaaled dan Layla berkata serentak.
"Ok! Berbalik pada Kyril. Kenapa dengan dia?" Khaaled bertanya semula soalan yang awal tadi.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasiaKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...