Kegelapan mula menyelimuti langit.Coral yang berada di dalam biliknya, sudah lengkap dengan pakaian serba putih serta perhiasan yang turut sama serba putih.
Bayi kecilnya juga berpakaian putih.
Bayi kecil itu sudah dimandikan dengan air susu. Kepalanya juga sudah dicukur bersih sebentar tadi.
Kini, mereka hanya perlu menunggu upacaranya dijalankan saja.
"Coral." Eddie memanggil dari muka pintu.
"Jom turun, ayahanda dah menunggu dekat sana."
Coral mengangguk. Dia berdiri lalu mendukung anak kecilnya.
Eddie menghampiri. Dia memeluk Coral dari belakang.
"Jangan risau, semuanya akan baik-baik saja."
Coral tersenyum nipis.
"Terima kasih, Eddie."
Eddie tersenyum.
"Jom."
Mereka beriringan turun ke ruang utama.
Di ruang utama, sekumpulan lelaki dan perempuan sedang menunggu mereka berdua.
Setelah itu, mereka berarak keluar dari istana dengan berjalan kaki, menuju ke tempat upacara.
Sepanjang jalan ke tempat upacara, di sisi kiri dan kanan jalan dihiasi dengan obor api. Seluruh bandar seolah-olah bergelap demi menghormati upacara yang dilakukan oleh keluarga diraja itu. Hanya untuk malam itu, mereka perlu menyalakan obor untuk menerangi suasana.
Sepanjang perjalanan itu, Coral menggenggam erat tangan Eddie.
Dia berasa sangat risau meskipun dia sudah bersedia menerima kenyataan yang akan berlaku nanti.
*****
Coral dan Eddie serta kumpulan berarak tiba di tempat upacara.
Tempat itu terletak di hujung bandar dan agak tersorok dari orang ramai. Tempat upacara yang bakal dijalankan pula terletak di dalam sebuah gua yang gelap dan sunyi.
Mereka semua memasuki gua itu. Cahaya api menerangi perjalanan mereka yang serba gelap.
Setelah beberapa minit berjalan, mereka tiba di satu kawasan lapang yang mana di tengah-tengah kawasan itu terdapat sebatang pokok yang besar dan hidup dengan sihat.
Mereka menuju ke arah pokok itu. Dihadap pokok itu, beberapa orang penting seperti Raja Alfred, pengawal peribadi keluarga serta seorang wanita tua yang bertanggungjawab dalam mengendalikan upacara yang akan dilangsungkan nanti sedang menantikan kedatangan si kecil Schwi.
"Ayahanda." Coral menunduk hormat di hadapan ayahandanya.
"Berikan dia."
Coral akur. Dia menghulurkan Schwi yang sedang lena kepada ayahandanya.
Raja Alfred tersenyum senang melihat ketenangan yang terlakar di wajah cucunya itu.
Si kecil Schwi kemudiannya diletakkan di dalam bakul bayi yang terletak di bawah akar pokok yang menjalar. Setelah itu, semua berundur, menjauh sedikit dari kawasan upacara dan yang ada di kawasan bawah pokok iu hanyalah si kecil Schwi serta wanita tua itu.
Upacara dimulakan dengan bacaan mantera.
Beberapa ketika kemudian, suasana berubah gelap. Dedaun pokok bergoncang dan ia mengeluarkan cahaya hijau yang menerangi kegelapan itu. Bumbung gua yang sedia gelap diterangi oleh kilauan seperti bintang yang sangat banyak.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...