"Hai, Gray. Dah lama kita tak berjumpa, kan?" kata lelaki itu dengan riak muka yang serius.
Gray mula merasai ketakutan di dalam dirinya. Dia memandang ke arah tempat di mana Zach terbaring, tetapi susuk si remaja langsung tidak kelihatan terbaring di situ.
"Apa yang kau cari, Gray?" Suara seorang perempuan kedengaran dari udara.
Gray segera mendongak dan terlihat susuk Zach dipeluk erat oleh seorang perempuan.
"Nampaknya kali ni kau dah melampaui batas, Gray." Si lelaki berkata.
Pedang Gray tiba-tiba pecah menjadi seperti serpihan kaca.
Gray segera menoleh dan mahu memanggil tenteranya. Namun, tika dia menoleh, apa yang dilihatnya hanyalah kekosong. Orang-orangnya langsung tiada di mana-mana. Apa yang ada pada pandangannya hanyalah bangunan yang dihujani dengan darah yang banyak dan darah itu juga ada pada semua kawasan.
Bangunan yang penuh dengan darah itu pula merupakan tempat di mana Gray membunuh Irene sebentar tadi.
"Apa yang terjadi?" Dia tertanya sendiri di dalam hati.
Dari ekor mata, dia terlihat satu kelibat hitam meluncur laju membelah udara. Kelibat itu kemudiannya mendarat di atas runtuhan bangunan yang berhampiran.
"Hoi! Hoi! Apa yang kau cari tu." Kelibat itu tersenyum sinis tika Gray memandang tepat ke arahnya.
"Kau..." Gray jatuh terduduk. Dia terkejut dengan kemunculan seseorang yang sangat dikenalinya.
"Direz, jangan usik dia. Habiskan je dia terus. Tangan aku ni dah gatal nak bunuh dia lepas apa yang dia dah buat dekat aku tadi." Irene bersuara.
Direz tertawa mendengar kata-kata gadis itu.
"Direz?"
"Yo! Kazu."
Kazu berkerut dahi memandang Direz.
Apa yang menghairankan Kazu adalah, yang berdiri di depan mereka kini adalah susuk seorang perempuan. Susuk perempuan itu pula mempunyai dua sisi di mana sisi sebelah kanan adalah perempuan, manakala di sebelah kiri pula adalah lelaki.
Di bahagan kiri badan, terdapat sayap di belakangnya dan matanya berwarna hitam dengan anak mata berwarna kuning keemasan. Di sebelah kanan pula hanyalah susuk Irene yang biasa.
"Hoi! Hoi! Kau nampak terkejut dengan kemunculan aku ni dah kenapa? Tak gembira ke dapat berjumpa dengan aku lepas ratusan tahun lamanya?"
Kazu menggeleng.
"Bukan macam tu. Aku cuma terkejut dengan keadaan kau sekarang ni."
"Oh! Panjang ceritanya." Direz menggaru kepala.
"Nanti cerita. Kita ada urusan yang perlu diselesaikan sekarang ni."
Schwi mendarat di atas tanah. Wanita itu menghampiri mereka semua dalam keadaan masih memeluk erat tubuh Zach yang lemah.
Mereka semua kemudiannya memandang tepat pada Gray yang sudah terduduk di atas tanah.
Di wajah lelaki itu, terlakar jelas ketakutannya apabila melihat tiga susuk yang boleh membunuhnya dalam sekelip mata saja jika mereka mahu.
"Ibu? Ayah?"
Mereka semua menoleh dan memandang ke arah Kyril yang berdiri tidak jauh dari mereka.
Schwi memberikan Zach kepada suaminya sebelum berlari mendapatkan Kyril. Tubuh anak lelakinya itu dipeluk dengan erat.
YOU ARE READING
Zodiac Boy
FantasyKyril Isaac, anak lelaki kepada Schwi dan juga Kazu yang kini hidup bersama dua wanita yang amat menyayanginya iaitu Diera dan Lina. Membesar tanpa kedua ibu bapanya, Kyril tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan kehidupannya lebih senang. Bu...