Suasana kehijaun hutan menyegarkan pemandangan. Bunyi kereta pancuan 4 roda tersebut memecahkan kesunyian lebuh raya.
"perlu ke?" Soal Haikal.
Pertanyaan Haikal memecah kesunyian di dalam kereta tersebut.
Abangnya Hamdan tidak memberi sebarang respon kepadanya, hanya focus kepada jalan."Ye la, dah separuh Jalan. Takkan nak patah balik" Hakim menjawab pertanyaan si Haikal.
"Nak buat macam mana, kita kena la mulakan hidup baru" balas abang sulungnya yang tadi berdiam diri.
"Kalau la abah ada la-"
belum sempat Haikal menghabiskan percakapannya, Hakim menyamput.
"Tak payah nak cakap macam tu, semua tu dah tertakdir. Tuhan lebih sayangkan mak dan abah, kita yang hidup lagi ni kena teruskan hidup" balas Hakim dengan sedikit jelingan kepada Haikal.
bunyi esakkan dari arah pemandu.
"Eh abang, kenapa ni ?" Hakim menjadi resah melihat abang sulungnya menitis air mata.
"Abang minta maaf, abang terpaksa heret kamu semua dalam masalah ni. Abang dah tak tau nk buat apa, abang buntu." balas Hamdan sambil mengalirkan air matanya.
"Abang, Hakim tau semua keputusan yg abang buat ni betul. Ni je jalan yang ada" balas Hakim untuk menyedapkn hati abg sulungnya.
"Kebanyakkan manusia bukan faham keadaan org lain, hanya fikir diri sendiri je. Dasar pentingkan diri sendiri" Rungut Haikal dari tempat duduk penumpang belakang.
"Oi tak baik, cakap fikir la dlu" balas Hakim dgn suara agak lantang.
Haikal hanya diam dan fokusnya 100% pada pemandangan di luar tingkap.
"Haikal, meh sini jap. Cantik Tak?"
"Wah cantik mak, siapa yang bagi? Mesti abah ni" gurau Haikal.Gurauan Haikal mengukirkan senyuman di wajah ibunya.
"Kamu pandai buat lawak kal, ada saja karenah kamu. Mak suka tgk telatah kamu" balas ibunya sambil melihat kemata anaknya Haikal.
"Klau mak dah takda nanti, janji dengan mak yang kamu takkan berubah. Sentiasa buat orang tersenyum, termasuk adik beradik kamu" sambung ibunya lagi."Apa mak ni ckp mcm tu, ye Haikal jan-"
Lamunannya terganggu selepas tingkap disebelahnya diketuk.
"Dah smpai, taknak keluar ke?" Ajak Hakim smbil membuka pintu untuk Haikal.
"Serious la ni rumah dia? Asal lain macam?" Rungut Haikal.
"Kau pun, dapat rumah tu bersyukur la. Asyik nak merungut je, belajar bersyukur sikit" balas Hakim dengan nada sedikit menyampah.
"Angkat barang kau ni" sambungnya lagi, smbil membawa turun bagasi dari kereta.Haikal melangkah masuk ke rumah tersebut, terdapat tangga betul betul dihadapan pintu masuk. Melihat suasana rumah tersebut dgn tiba tiba hatinya berdebar.
Tempat baru tempat baru
Jawab hati kecil Haikal dan cuba untuk menyedapkan hatinya.
Haikal menyusun bagasinya ke tingkat atas utk menuju ke bilik tidurnya. Terdapat 4 bilik di atas dan 2 di bahagian bawah.
Bilik Haikal bersebelahan dgn blik Hakim, utk menuju kebiliknya Haikal perlu melintasi depan bilik Hakim.
Selesai sahaja meletakkan bagasinya dibilik, Haikal menuju ke blik kembarnya, Hakim."Eh abang pergi mana?" Tanya Haikal.
"Kat bilik dia la mana lagi" balas Hakim sambil mengemas barangnye.
"Uh cepat betul, tadi baru nam-"
Belum sempat Haikal menghabiskan ayatnya, Hamdan datang.
"Ha dah siap pilih bilik masing masing? Selesa?" Hamdan muncul di depan pintu bilik Hakim sambil menyilangkan tangannya.
"Ha tu abang" Hakim tidak membalas pertanyaan abgnya.
"Kenapa? Ada apa cari abang?" Tanya Hamdan.
"Takla, Haikal nak minta maaf klau Haikal ade buat salah atau terasa semasa perjalanan ke sini tadi" jawab Haikal.
Hamdan tersenyum melihat telatah adiknya lalu menghampirinya dan memberikan pelukan
"Dah kemas cepat, nanti nak makan" arah Hamdan.
YOU ARE READING
3 BERADIK
Horrormembuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku menjadi tanda tanya. Hamdan merupakan abang sulong dan akan memikul segala tanggungjawabnya terhadap...