part 3

1.1K 23 3
                                    

Pagi yang indah tidak bermakna semua akan baik. Hakim bangun bersiap utk keluar membeli sarapan.

Tok tok tok , pintu bilik Haikal diketuk.

"Kal, nak ikut aku Tak?" tanya Hakim smbil rapatkn mukanya pada pintu bilik Haikal.

Pintu bilik dibuka.

"Pergi mana?" Tanya Haikal smbil membaiki rambutnya yang berserabut.

"Beli sarapan, kat seberang sana je. Alang alang tu jogging sekali" jelas Hakim.

"Jap aku bersiap" balas Haikal.

Mereka berdua melangkah keluar dr rumah. Terlihat abang sulungnya Hamdan sedang menyapu dedaun kering di halaman rumah.

"Abang nak pesan pape?" Tanya Hakim.

"Beli je apa apa" balas Hamdan spontan.

Perjalanan mereka berdua ditemani dgn cahaya matahari pd waktu pagi. Pemandangan bukit bakau di seberang sana mengindah lagi pemandangan.

Sesampai sahaja di gerai.

"Dik"

Mereka berdua ditegur dari arah belakang.

"Eh makcik" balas Haikal apabila melihat makcik yang menegurnya semalam.

"Cari sarapan pagi ke? Datang rumah makcik la. Depan tu je" pelawa makcik tersebut.

"Takpa la cik, susah susah saja. Makanan ni pun dah cukup" tiba tiba Hakim membalas.

"Halah takpa, rumah makcik tak ramai orang. Membazir je nanti kalau tak makan" jelas makcik tersebut.

Untuk menjaga hati makcik tersebut, Hakim dan Haikal menurut perintah. Sebelum beredar Haikal sempat membelikn sedikit kuih untuk abangnya.

Sesampai sahaja didepan rumah makcik tersebut.

"Meh la masuk, kesian nanti berdiri lama lama" pelawa makcik itu lagi.

Pasangan kembar tersebut dengan sopan menurut perintah.

"Makanan ni sepatutnya anak makcik bawa, tapi dia tertinggal. Nak cepat katanya, jadi makcik bagi kmu la nak. Ni makcik bagi lebih satu untuk abang kamu" makcik tersebut menghulurkan 4 bungkus nasi lemak.

"Makcik, lebih satu lagi ni untuk kami la kan?" Tanya Haikal.

"Eh bukan kamu bertiga ke tadi?" Tanya makcik tersebut dengan menunding jari ke arah mereka berdua.

"Eh taklah, kami berdua je makcik haha" balas Hakim dgn nada sedikit kekok.

"Makcik tersilap pandang, Haa takpa takpa lebih satu lagi kamu makan la" balas makcik tersebut tanpa berfikir panjang.

Di luar kawasan rumah makcik tersebut.

"Ada masa, datang la sekali sekala ye nak" kata makcik tersebut smbil tersenyum.

"Baik makcik, InshAllah. Terima kasih nasi ni makcik" bls Hakim mesra.

Haikal hanya memberi lambaian dan senyuman kpd makcik tersebut.

Perjalanan ketika pulang.

"Er Kim, kau-"

Belum sempat Haikal menghabiskan percakapannya, Hakim menyamput.

"Ha bak tanya pasal tadi la tu, takda apa apa la. Makcik tu salah tengok la tu, kat kedai tadi kan bukan kita je ada" balas Hakim untuk menyedapkn hati Haikal.

"Tapi kan, aku ada nampak la juga. Masa kita beransur nak beredar dari gerai tu, dari belakang a-" belum sempat habis ceritanya Haikal menyamput lagi.

"Kau ni ada ada je" bls Hakim.

"Kau ni asyik potong je cakap aku, dengar dulu taknak. Pastu mula la cakap aku merepek" jawab Haikal bengang.

"Kau memang merepek pun" balas Hakim bersahaja.

"Dah arh kau" dengus Haikal smbil mempercepatkan lngkahnya. Kakinya di hentak hentak mengajuk mengalahkan perempuan.

Smpai sahaja di rumah.

Haikal melangkah masuk ke dlm rumah dan meletakkan bungkusan tersebut di atas meja.

"Kal, Kim mana?" Tanya Hamdan.

"Luar" balas Haikal smbil melangkah anak tngga menuju ke bilik.

Hakim melangkah masuk.

"Dah kenapa?" Tanya Hamdan kepada Hakim selepas melihat kelakuan Haikal yang agak dingin tadi.

Hakim meletakkan kuih yg dibelinya td di atas meja.

"Entah dia, mental breakdown" jawab Hakim selamba sambil duduk.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now