Part 16

461 15 5
                                    

sebuah pancuan 4 roda laju dipandu di sebuah lebuh raya. Keadaan didalam kereta tersebut sunyi, hanya kedengaran enjen kereta sahaja. Beberapa saat kemudian, Haikal mula mendengus kasar, dirinya seolah olah tahan agar tidak batuk. Namun gagal, cecair merah keluar dari mulutnya.

"Kal" Hakim mula menggosok belakang Haikal. Hatinya mula risau.

"Aku nak mun-" belum sempat Haikal menghabiskan percakapannya, Haikal terus muntah. Cecair yang cair berserta dengan ketulan darah beku keluar dari mulutnya.

"Kal!" Jerit hakim lalu menghulurkan tisu kepada adik kembarnya.

"Sakit. sakit" Haikal mengadu menahan sakit, bahu hakim digenggam kuat.

"Bang" panggil hakim. Hamdan bertambah risau lalu meningkatkan kelajuan kereta yang dipandunya.

****
Hati pakngah semakin risau, 3 beradik tu tiada di rumah tapi kenapa lampu di bahagian dapurnya menyala terang. Tekung pakngah memerhati ke arah rumah tersebut. Dengan tiba tiba dirinya ditegur oleh seseorang dari belakang.

"Abah, tengak apa bah?" Tanya Ameer yang baru sahaja selesai melakar tugasan projeknya. Ameer melihat ke arah dimana yang dipandang oleh ayahnya.
"Kenapa bah?" Tanya Ameer lagi.

"budak budak tu tak balik lagi kan?" Tanya Pakngah.

"Budak budak mana? 3 beradik tu?" Tanya Ameer. Pakngah mengangguk.
"Kereta takda, tak balik lagi la tu" jawab Ameer bersahaja.
"Eh jap-" mata Ameer tertumpu pada sebuah kawasan di rumah tersebut.
"siapa tu?" Tanya Ameer lalu menunding jari ke arah rumah tersebut. Kelihatan seorang sedang berjalan menuju ke belakang rumah tersebut. Pakngah bingkas bangun.

Dengan tiba tiba pintu rumahnya diketuk. Ameer terus melangkah untuk menuju ke pintu namun langkahnya dihalang oleh Pakngah. Ameer menoleh ke arah ayahnya, Pakngah menggelengkan kepalanya.

****
"Tolong!" hamdan berjalan laju menuju ke kaunter hospital.

"Kenapa ni cik?" Tanya salah satu nurse yang berada di kaunter tersebut.

"Adik saya" balas Hamdan lalu menunding jari ke arah hakim yang sedang memapah adik kembarnya. terdapat kesan darah di baju haikal. Dengan cepat nurse dapatkan haikal.

sesetengah nurse yang lain mula risau, lalu salah seorang daripada mereka memanggil seorang doktor. Akhirnya Haikal dibawa masuk untuk pemeriksaan.

Hakim dan Hamdan terduduk. Hakim menarik nafas panjang, air matanya tidak mampu bertahan akhirnya jatuh membasahi pipinya.

****
sedang 3 beradik tersebut tiada di rumah, bilik dibawah tangga yang tidak diguna mula kedengaran suara dari arah dalam. Bunyi suara yang tidak jelas .

****
"Macam mana dengan adik saya?" Tanya Hamdan sebaik sahaja doktor keluar daripada wad adiknya.

"bukan masalah yang serious, cuma ada luka pada kerongkong dia" ulas doktor. Hamdan mengangguk faham. Hamdan hanya memerhati langkah doktor tersebut tanpa mengeluarkan sepatah kata, fikirannya buntu. Kalau tiada apa apa kenapa adiknya dalam kesakitan sampai macam tu sekali.

seorang nurse keluar dari bilik adiknya. Dengan cepat Hamdan dan Hakim melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

****
"Abah?" Tegur Ameer apabila melihat ayahnya asyik termenung dari tadi.
"Abah fikir apa bah?" Tanya Ameer lalu melabuhkan diri duduk disamping ayahnya.

"Mana agaknya budak budak tu?" Tanya Pakngah dengan nada kerisauan.

"Diaorang pergi-" belum sempat ameer menghabiskan percakapannya. Sebuah kereta parking di hadapan rumahnya.

Kelihatan seorang lelaki dengan kelam kabut kelibat daripada kereta.
"Assalamualaikum" Hamdan memberi salam di depan pintu pagar rumahnya pakngah. Hamdan memberi salam dalam keadaan yang risau. Matanya melilau melihat kedalam rumahnya Pakngah.

"Waalaikumussalam" balas Pakngah sambil melangkah keluar dari rumahnya.
"Kenapa ni?" Tanya Pakngah sejurus sampai ke pintu pagar.

Hamdan menoleh ke belakang, iaitu ke rumahnya.
"Pakngah, adik saya pakngah" adu Hamdan sambil menunding kearah sesuatu tempat.

"Kenapa dengan adik kamu?" Tanya Pakngah.

****
Hakim melangkah mendekati katil adiknya. Kerusi disebelah katil tersebut ditariknya. Hakim berniat untuk merehatkan matanya buat seketika, namun lain pula jadinya. Tertidur la jawabnya.

Beberapa minit kemudian, Haikal terjaga. Matanya melilau melihat keadaan disekelilingnya. Matanya fokus kepada kembarnya yang sedang tidur sambil duduk disampingnya.

"Kal" dengan tiba tiba dirinya dipanggil dari arah luar bilik wad tersebut. Haikal cuba untuk tidak mengendahkannya. Namun namanya terus dipanggil.

Haikal terus menggapai selimut dihujung kakinya lalu selumbungkan badannya. Dari dalam selimut, kelihatan seseorang mendekati katilnya. Perasaan takutnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Haikal paksa dirinya untuk memejamkan matanya. Namun usaha untuk memejamkan matanya semua sia dia apabila didapati dirinya diperhati dari jarak yang dekat.

hatinya berdegup dengan kencang. Beberapa saat kemudian, akhirnya perasaan diperhati sebentar tadi mula hilang. Dengan perlahan Haikal menyelak kain selimutnya. Selimut diselak sampai ke paras dagunya. matanya mula fokus kepada seseorang yang berdiri betul betul dibelakang kembarnya. Seseorang yang dia kenali.

"Abah?" Tegur Haikal. Air matanya tidak mampu bertahan lama akhirnya jatuh membasahi pipi. Ayahnya hanya tersenyum melihat anaknya.
"sakit bah" adu Haikal, daripada baring terus duduk. Kepalanya tertunduk, air matanya jatuh deras. Namun sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut ayahnya. Hanya senyuman sahaja yang diberikan, tangannya menggapai belakang kepala anak bongsunya lalu menggosoknya dengn perlahan.

"tahan nak, sikit lagi" kata ayahnya sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Abah?" Panggil Haikal, namun ayahnya lansung tidak berpaling.
"Abah!" Panggil Haikal lagi dengan suara lebih tinggi.

"Kal?" Tegur Hakim. Mata Haikal berkedip laju lalu memandang ke kiri kanan.
"Kau kenapa?" Tanya Hakim.

"Abah" kata Haikal.
"Abah?" Tanya Hakim hairan. Dengn tiba tiba pintu bilik wad Haikal diketuk kuat. Mereka berdua tersentak.

Haikal mula menggenggang belakang baju Hakim. Hakim beranikan diri menjenguk bawah pintu dari jauh. Namun satu bayang pun tidak kelihatan. Ketukan tersebut semakin kuat dan laju.

Hakim terus menggapai telefon bimbitnya. Perasaan takut mula menguasai dirinya. Nama Hamdan dicari lalu ditekan.

***
"Hallo" jawab Hamdan yang dalam perjalanan ke hospital.

"Ada seseorang kat luar bilik bang" adu Hakim. Haikal memegang erat baju kembarnya.

Hamdan terdiam, jelas dirinya juga turut mendengar ketukan pintu yang kuat itu.
"Jangan buka selagi abang tak sampai" arah Hamdan lalu mematikan panggilan tersebut.

"Dia nak adik kamu" kata Pakngah dengan tiba tiba. Dengar ayat yang keluar dari mulut Pakngah membuatkan Hamdan lagi risau dengan keadaan adiknya sekarang. Hamdan meningkatkan kelajuan keretanya.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now