Part 25

139 6 2
                                    

Hamdan dan Ameer memapah Makcik Raihani keluar dari rumah sebelum terlambat.
"Tinggalkan je la aku.." minta Makcik Raihani.

"No.. kau ingat aku nak biar kau terlepas macam tu je?" Ujar Hamdan.
"Daripada kau mati katak baik kau masuk penjara, sempat taubat" perli Hamdan, sambil menarik Makcik Raihani keluar dari halaman.

"Sakit sakit.." adu Makcik Raihani apabila diseret kasar oleh Hamdan.

"Peduli apa aku!? adik aku separuh mati kau kerja kan la orang tua!" balas Hamdan sambil terus mengheret Makcik Raihani.

Ameer datang menghampiri, lengan Hamdan ditarik.
"Dah la tu Hamdan, Dah!" tengking Ameer.
"Orang tua tu Hamdan" sambung Ameer lagi dengan nada lembut. Langkah Hamdan terhenti, tersedar rupa-rupanya mereka berada di tengah jalan.
"Jangan terlalu ikutkan emosi Dan" nasihat Ameer lagi. Hamdan tarik nafas Sedalam dalam nya.

****
Suasana yang kecoh tadi bertukar tenang, Pakngah memandang ke arah Haikal yang masih tercungap cungap meminta nafas. Pakngah datang menghampiri. "Haikal, kal cuba nafas secara perlahan" pesan Paklong sambil menggosok dada Haikal. Cuba membantu Haikal untuk menarik nafas dengan perlahan. Haikal cuba untuk bernafas. Dengan beberapa saat akhirnya pernafasan kembali seperti sedia kala.

"Alhamdulillah, terus beristighfar" pesan Pakngah kepada Haikal. Walaupun keadaan sudah kembali kepada asal, namun jangan pernah berhenti untuk berharap perlindungan kepada Tuhan.

Kepala Haikal dipeluk erat oleh Maklong. Maklong menghela nafas lega, bersyukur anak saudaranya kembali pulih.
"Semua dah kembali pulih ke?" tanya paklong dengan tiba tiba. Pakngah mengangguk mengiyakan. Paklong menghela nafas lega.

*****
Api merebak dengan cepat membakar keseluruhan rumah. Makcik Raihani meraung memanggil nama anak perempuannya. Ameer dan Hamdan melihat kearah Makcik Raihini sambil mencekik pinggang.

"Mia sayang.. Mia !"

"Niat tidak menghalalkan cara" bahas Ameer dengan tiba tiba, Hamdan menoleh laju kearah Ameer.
"Makcik Raihani ni ada anak perempuan, tapi dah tak ada" sambung Ameer. Hamdan terdiam, keliru apa yang ingin disampaikan Ameer.

Laju jari Hamdan mengetik nombor kecemasan untuk meminta pertolongan. Beberapa minit kemudian, akhirnya kedengaran penggera bomba menghampiri lokasi kejadian.  Orang kampung ramai mengelilingi, tertanya tanya dengan apa yang sedang terjadi. Air deras merempuh api yang marak, asap tebal mula memenuhi ruang udara.

****

Kedengaran penggera kecemasan yang memenuhi kawasan perumahan, Makcik Raihani lemah duduk didalam ambulan dengan badan yang dibaluti dengan selimut.

"Hamdan" panggil Paklong dari jauh, langkahnya laju menuju ke arah Hamdan yang sedang bercakap dengan beberapa anggota polis.

Hamdan meminta izin untuk beredar, lalu menyambut Paklongnya dengan pelukkan.
"Haikal macam mana?" itu adalah pertanyaan yang mula mula keluar dari kepalanya.

"Alhamdulillah, adik kamu dah sembuh" jawab Pakngah dengan tiba tiba. Hamdan mengangguk.

Datang la dua remaja lelaki menghampiri mereka. Kedatangan mereka disambut dengan pelukkan. Dahi Haikal dikucup oleh abangnya. Haikal erat dipeluk oleh Hamdan.

Hakim yang berdiri di sebelah tidak mampu lagi untuk menahan air mata jantannya, laju air mata itu jatuh.

"Haikal okey? Sakit lagi?" tanya Hamdan, pipi Haikal diterkup. Haikal mengangguk menunjukkan dirinya sudah kembali pulih.
"Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah" ucap Hamdan bersyukur.

Dengan tiba tiba muncul sebuah kereta yang di parking elok di sisi jalan berhadapan dengan rumah Makcik Raihani. Aizat meluru keluar dari kereta, cepat dia menyapa ibunya. Kelihatan keresahan pada air muka Aizat. Laju langkahnya menuju kearah Hamdan.

"Terima kasih sangat sangat" Aizat memaut tangan Hamdan dan mengucapkan terima kasih tanpa henti. Hamdan hanya mengangguk, sambil mengerutkan keningnya.
"Terima kasih" ucapnya sekali lagi.

"Puan..! puan bertenang puan"

Kedengaran kelam kabut dari arah belakang, mereka semua menoleh.

"Kau! Bodoh!" jerit Makcik Raihani sambil menundingkan jari kepada Haikal.
"Mati ! Mati !" katanya lagi sebelum terjun dari ambulan lalu berlari dan cuba untuk menerkam.

Namun perbuatannya dihalang, Makcik Raihani terduduk meronta ronta untuk melepaskan diri.
"Ma! Ma! Bawa mengucap Ma!" marah Aizat cuba untuk menenangkan ibunya.

"Habis la aku ! korang semua memang tak guna !" tengking Makcik Raihani lagi.

"Tolong! Jangan jangan jangan!"

Semua mata memandang tepat ke arah Makcik Raihani. Dirinya seolah olah sedang menghalang sesuatu daripada menghampirinya. Tangannya tergapai gapai seolah olah cuba untuk menolak sesuatu.

"Ma! Ya Allah Ma! Mengucap Ma!"

"bagi aku masa ! ARGHHHH jangan ! bukan aku, bukan aku! Dia! dia!" kata Makcik Raihani sambil menunding ke arah Haikal.

Dalam meronta ronta, beberapa saat akhirnya Makcik Raihani terdiam kaku. Matanya terbuka luas, Aizat cuba untuk menyedarkan ibunya dengan mengoncangkan bahunya secara lembut namun tiada sebarang pergerakkan.

"Innalillahi wa innailaihi ra'jiun"

Lembut Aizat melafazkan nya. Mata ibunya ditutup.

****

Pengebumian selesai, semua orang bersurai. Aizat menghela nafas dalam. Beberapa saat, dia bangun dari duduknya lalu menepuk nepuk punggungnya untuk menepis kotoran di seluar. Dia melihat kearah kubur ibunya sekali lagi sebelum melangkah pergi.

****
"Sudah lah tu termenungnya" tegur Hakim kepada Haikal yang asyik mengelamun. Siku Haikal laju cuba untuk menghentak perutnya Hakim, cepat Hakim mempertahankan dirinya.
"Angkat beg kau" arah Hakim, Haikal hanya mengangguk.

Tok tok tok

Pintu depan rumah diketuk, Hakim laju membuka pintu. Aizat dipelawa masuk.

"Saya disini nak..."

"Kami akan berpindah keluar" belum sempat Aizat habiskan percakapannya, Hamdan mencelah.

"Baguslah"

"Saya tahu perbuatan ibu saya itu melampau, tapi saya tau juga niatnya macam mana. Tapi cara dia saya memang tidak pernah setuju, arwah ayah saya pun tak setuju dengan apa yang dia buat"

"Tapi lepas kematian Ayah, dia semakin menjadi jadi. Kalau tiada siapa, saya yang jadi mangsa"

"Sayangnya dia kepada anak perempuannya. Sanggup menggunakan cara syirik untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri, kain putih, bulu ayam, bunga macam macam la"

"Jadi saya disini ingin memohon maaf bagi pihak mama... dan juga berterima kasih atas menghentikan siksaan dan penderitaan orang kampung di sini" jelas Aizat menjelaskan situasi.

"Saya tahu permohonan maaf saya ini tak setimpal dengan apa yang telah dilakukan oleh mama.. Tapi ini sahaja yang saya mampu buat" ramai yang telah jadi mangsa kepada Makcik Raihani tapi semua dilupakan. Ramai lagi mangsa yang patut diberikan keadilan. Tapi untuk seorang budak lelaki yang berusia 7 tahun waktu kejadian berlaku, tidak mampu untuk berbuat apa apa, dah tidak mampu untuk ingat apa apa.

****
Sebuah pacuan 4 roda bergerak meninggalkan perumahan Hamdan dan adik adiknya. Hamdan menghela nafas tenang. Kelihatan Pakngah sedang menyapu halaman rumah. "Assalamualaikum, Pakngah"salam diberi berserta senyuman.

Salam nya dijawab.
"Dah jom, nanti paklong maklong tunggu" ajak Hamdan lalu melangkah masuk. Hakim mengangguk.

Haikal menolehkan badannya, pandanganya tertumpu kepada satu kawasan. Kelibat seorang wanita berdiri kaku dibawah pokok sambil tersenyum. Haikal tidak membalas senyuman tersebut, lalu menundukkan pandangannya.
"aku dah takda kena mengena"

Akhirnya kelibat tersebut turut hilang. Kereta milik 3 beradik tersebut bergerak meninggalkan halaman.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now