burung berkicauan melambangkan pagi itu pagi yang indah.
Hamdan menarik nafas panjang, bersedia untuk keluar melakukan senaman pagi. Cap hitam dipakainya.Hamdan menegakan badannya, sedia untuk memanaskan badan.
"Dik"
Dengan tiba tiba, dirinya disapa oleh jiran dihadapan rumahnya.
"Baru pindah masuk ke? Maklum la, pakcik baru balik semalam dari rumah anak pakcik" tegur pakcik tersebut dengan menghampiri pagar rumahnya.
"Haah, Assalamualaikum pakcik" kata Hamdan, lalu menghulurkan salam menandakan hormatnya kepada pakcik tersebut.
"Pakcik tengah bersih kawasan rumah ke?" tanya Hamdan kerana terlihat sebatang penyapu yang dipegang oleh pakcik tersebut."Haah, daun kering banyak sangat. Pakngah sapu la" kata pakngah sambil membongkok bongkok badannya.
"Macam mana duduk kat sini? Semua baik baik sahaja?" Tnya pakcik itu lagi."Alhamdulillah ba-"
"Bang"
belum sempat Hamdan menghabiskan percakapannya, haikal memanggilnya dari belakang.
"Apa!?" Tanya Hamdan dengan sedikit bengang, panas perbualannya terhalang.
Pakngah hanya diam memerhati Haikal, angin mula tiup sepoi sepoi bahasa tapi kedinginannya menusuk sampai ke tulang.
" Roti dah siap bakar " kata Haikal sambil menyarung seliparnya.
" Assalamualaikum pakcik " tegur Haikal menghampiri mereka berdua."Waalaikumussalam " balas pakngah ringkas. Matanya fokus ke arah Haikal. Aneh.
Haikal berasa segan lalu mengeluarkan ketawa kecil.
" Anak muda ni okay tak? " Tnya pakngah kepada Haikal. Haikal kekeliruan lalu mengangguk.
" saya okay je pakcik , kenapa ya? " Tanya Haikal keliru.
Dengan pantas, pakngah memerhati sekeliling. Matanya mula tertumpu kepada tingkat bilik atas yg mempunyai jendela.
" Adik kamu sorang lagi okay? " Tanya pakngah lagi."erk aa haaa dia okay " kata Hamdan, lalu menoleh ke belakang mencari cari apa yang dipandang oleh pakngah.
Haikal mula memerhati dengan pendangan yang aneh kepada pakngah.
dia? boleh nampak ? Boleh rasa !?
Haikal juga turut menoleh kebelakang. Namun dengan sepantas kilat dia memandang ke hadapan semula. Pandangan pakngah terus beralih kepada Haikal. Matanya tajam ke dalam Mata Haikal.
" Duk kat sini elok elok sikit. Ada yang suka Ada yang tak suka, nak " pesan pakngah kepada mereka berdua lalu beredar ke rumahnya.
Mereka berdua hanya diam. Mata mereka mengikut gerak langkah pakngah."Bang" dengan tiba tiba kedengaran suara Hakim memanggil dari belakang.
Hamdan menoleh kebelakang, alangkah terkejutnya melihat Hakim sedang menyandarkan badan dengan keadaan seolah olah tidak berupaya."Kim! " Dengan cepat Hamdan menghampirinya.
Haikal terus menoleh kebelakang, dia dengan cepat membuka langkah menuju ke kembarnya."Kenapa ni!?" Tnya Haikal sambil mengangkat kepala Hakim dan menampar muka Hakim dengan perlahan.
"Ambik kunci kereta cepat!" Arah Hamdan sambil mengankat Haikal. Risau di hatinya semakin membuat buat. Apa yang tak kena dengan adik dia ni. Ada masalah kesihatan? Tapi dia yang paling jaga kesihatan dia.
Kereta dibuka, Hamdan menyusun Hakim memastikan kereta. Kereta dipandunya laju memecet keluar dari kawasan perumahan itu.
***
Hamdan termenung melihat ke luar tingkap." Bang " panggil Haikal dari belakang.
" Haikal rasa tak sedap hati la " adu Haikal sambil melabuhkan punggungnya disebelah abangnya." Kenapa Pula ?" Tanya Hamdan sambil membetulkan tubuh badannya menghadap Haikal.
" Tak Tau la betul atau tak, tapi ni pengalaman adik la " kata Haikal untuk memulakan penceritaannya.
" Adik rasa ada benda yang perhati Kita bertiga, dari- " belum sempat Haikal ingin beritahu perkara sebenar, tapi sudah dihalang oleh Hamdan." Dah, Tak payah nak merepek " kata Hamdan sambil bangun dari tempat duduk lalu beredar.
Hati Haikal aneh dengan sikap abangnya yang tiba tiba berlaku dingin.
Haikal hanya memerhati abangnya yang sedang bercakap dengan doktor dari belakang.Heh, dengan tiba tiba di sebelah telinga kanannya terdengar seolah olah suara seseorang. Dengan cepat ia menoleh ke tepi mencari kelibat suara tersebut.
Namun tiada sesiapa, yang ada cumalah sebuah bilik di hujung lorong wad 016.Matanya fokus memerhati ke arah bilik tersebut. Dengan tiba tiba fokusnya terhalang setelah abangnya menepuk bahunya .
"Jom balik" ajak Hamdan lalu menarik lengan adik bongsunya.
"Hakim macam mana? " Tanya Haikal sambil menoleh ke wad Hakim, bajunya dibaiki.
"Doktor suruh dia berehat dulu untuk satu malam Kat sini, doktor akan pantau " jelas Hamdan sambil menuju ke keretanya. Hati Haikal masih tidak berasa nyaman.
Aku salah dengar ke apa? Asal suara tu sampai ke sini?
Bisik hati Haikal. Keliru sama ada suara itu hanya datang dalam pemikiran dia atau disebaliknya.
YOU ARE READING
3 BERADIK
Horrormembuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku menjadi tanda tanya. Hamdan merupakan abang sulong dan akan memikul segala tanggungjawabnya terhadap...