part 7

699 18 1
                                    

Burung burung terbang pulang ke sarangnya, abgnya pula pulang dari kerja. Kerja pada hari pertama sudah memenatkan, apatah lagi berhari hari. Abgnya melangkah masuk ke rumah menghulurkan kaki kanan, pintu ditutup dengan perlahan. Terlihat adik kembarnya sedang berehat diruang tamu.

"Adik dah makan?" Tnya Hamdan sambil membuang coatnya.

"Dah" bls Haikal sambil matanya fokus kepada screen phone.

"Dah Mandi belum? Dah nak masuk waktu maghrib ni" tnya Hamdan sambil melangkah naik anak tangga.

Haikal dan Hakim pandang sesama sendiri. Haikal menunding jari kearah Hakim.

"Kau belum" bisik Haikal.
"Patut bisik semacam, dah pergi Mandi" sambung Haikal lagi sambil memerli kembarnya.

"Kurang Asam kau" Hakim bangun dari sofa lalu menolak kepala Haikal. Hakim melangkah meninggalkan ruang tamu.
Haikal hanya gelak, puas hatinya dapat perli kembarnya.

***

Paip air dibiarkan terbuka. Hakim membiarkan air menyimbar ke mukanya. Air yg keluar daripada paip tersebut menyegarkannya. Dengan menadahkan mukanya agar terkena air, Hakim meraba raba mencari sabun pencuci muka di sebelahnya.
Entah kenapa nasibnya malang harini, sabun tersebut jatuh.

"Huh" dengus Hakim geram. Hakim menundukkan badannya untuk mengambil sabun tersebut.

Tuk tuk, pintu bilik air tersebut diketuk.

"Sekejap la" blas Hakim sambil memecet sabun tersebut ditangannya. Dengan tiba-tiba lampu bilik airnya terpadam.
"Wey tak lawak la" marah hakim lalu cepat cepat ia menggapai tualanya.
Pintu bilik air dibuka, tangannya seperti memburu mencari Suis lampu.

Tatt, lampu menyala.

Hakim menyambung mandiannya. Mandiannya diikuti dengan nyanyiannya. Nyanyiannya memenuhi ruang mandi seolah olah sedang mengadakan concert murahan.
Beberapa minit Mandi, akhirnya Hakim siap. Rambutnya dikeringkan. Baju tidur berwarna kelabu menjadi pilihannya.

***

"Sini"

Sedang bahagia membelek screen phonenya, perhatian Haikal terganggu selepas mendengar suara dari arah luar rumahnya. Haikal memandang tepat pada tingkap disebelahnya.
Haikal memerhati dengan lama ke arah tingkap tersebut. Pemerhatiannya terganggu apabila melihat sesuatu di bahagian tepi tingkap.

Seolah olah rambut dibahagian tepi tingkap. Haikal nekad untuk pergi ke arah tingkap. Namun sesampai shj di tingkap, bahagian rambut tersebut hilang seolah olah seseorang sudah melarikan diri.

"Eip aku salah tengok ke tadi"

Bisik hati kecil Haikal. Kepalanya kebingungan, apa yang sedang terjadi.
Sedangnya melihat ke luar tingkap, bunyi seolah olah seseorang duduk di atas sofa di belakangnya. Dengan cepat ia menoleh, namun tiada siapa.

Haikal memerhati sekeliling, namun tiada sebarang kelibat. Abang sulungnya dengan tiba tiba muncul dari arah tangga. dia terkejut.

"Dah kenapa?" Tanya Hamdan.

"Tak, terkejut je" jelas Haikal menuju ke abgnya.

Haikal mengikut abangnya pergi ke dapur. Dengan keadaan yang kebingungan, Haikal menoleh kebelakang. Berasa seolah olah diperhati oleh seseorang namun tidak diendahnya.

***

Pintu bilik tidur Hakim dibuka. Hakim melangkah keluar. Dia memperbetulkan rambut dihadapan pintu biliknya. Selesai sahaja, Hakim menuju ke tangga.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now