Part 21

217 11 3
                                    

Deringan telefon memenuhi ruang tamu, Pakngah melangkah menghampiri meja yang terdapat telefon bimbit tersebut.
"Assalamualaikum" sapa pakngah dengan salam.
"Waalaikumussalam, Said-" Balas seorang wanita di hujung talian.
"Ada apa Raihani?" Tanya Pakngah sambil melabuhkan diri duduk di kerusi yang berhampiran dengan meja.

"Budak budak tu dah balik ke?" Tanya Makcik Raihani tiba tiba.

****
Panggilan tidak terjawab, Hamdan mendengus perlahan.
"Kenapa bang?" Tanya Hakim.
"Abang call Pakngah, tapi tak angkat pula" jelas Hamdan sambil melabuhkan diri duduk di kerusi.

"Bang" panggil haikal yang baru sahaja bangun daripada tidur.
"Malam tadi haikal mimpi abah" kata haikal, matanya berkaca menahan air mata.
"Abah?" Tanya Hakim sambil menghulurkan buah epal yang telah dipotong.

"Haikal letih bang" adu haikal sambil air matanya menitis perlahan membasahi pipinya.
"Penat kenapa? Penat kenapa? Beritahu abang" kata Hamdan sambil meletakkan tangannya dikatil.
"Entah la abang, haikal rindu abah" kata Haikal, matanya melihat ke arah Hamdan. Hamdan diam dengan mengangguk perlahan.

****
"kenapa dengan budak budak tu?" Tanya Pakngah kepada makcik raihani di hujung talian
"Aku cuma tanya" kata makcik raihani lalu melatakkan panggilan tersebut.

"Bah?" Panggil Amir.
"Astaghfirullah" ucap Pakngah lalu menyapu mukanya dengan tangannya.
"Kenapa bah?" Tanya amir. Belum sempat Pakngah membuka mulut, kelihatan sebuah kereta masuk kedalam pagar rumah 3 beradik tersebut. Pakngah bingkas bangun. Pakngah laju melangkah ke rumah 3 beradik tersebut.

Hakim yang hendak menutup pagar melihat kearah Pakngah yang laju menuju ke rumah mereka.
"Pakngah laju laju ni kenapa?" Tanya Hakim sambil tersengih.
"Adik kamu dah sihat?" Tanya Pakngah sambil tercungap cungap menarik nafas.
"Alhamdulillah dah Pakngah" jawab Hakim.
"Alhamdulillah" ucap Pakngah lega. "Tapi kamu kena selalu tengok tengokkan dia" pesan Pakngah dengan tiba tiba.
"Kenapa Pakngah?" Tanya Hakim.

"Tapi takpa. saya kembar dia dan selaku abang dia juga, saya akan pantau dia" kata Hakim yakin sambil menepuk bahu Pakngah. Nampak kerisauan di muka Pakngah. Pakngah mengangguk.

"Eh Pakngah masuk la dulu" tiba tiba terdengar suara seseorang dari arah belakang Hakim, Hakim menoleh. Hamdan berada di depan pintu sambil menyarungkan selipar miliknya.
"Masuk minum dulu la Pakngah" pelawa Hamdan sambil melangkah menuju mereka berdua.
Sesampai sahaja di pagar, Hamdan menghulukan tangannya untuk bersalam dengan pakngah.

***
Amir hanya memerhati mereka bertiga dari pagar rumahnya. Sambil dia memerhati sambil itu tangannya sibuk memetik dedaun di pokok.

Amir mendengar seperti seseorang mula berbisik dengan perkara yang tidak jelas di sebelah kirinya, Amir pantas menoleh. dengan tiba tiba, angin sejuk menempuh dirinya. Amir terus menoleh mukanya memandang ke depan,

Amir fokus memandang kearah ayahnya dan 2 beradik itu, dengan tiba tiba matanya fokus kepada sesuatu. Oleh kerana penglihatannya yang tidak berapa jelas, dia mengecilkan sedikit kelompak matanya.

***
Dengan tiba tiba, mereka bertiga disapa oleh sesorang dari belakang.
"Abah" panggil Amir dengan tiba tiba.
"Oh Amir, ha ye ni Amir anak Pakngah" kata Pakngah sambil memperkenalkan anaknya kepada Hamdan dan Hakim.
"Hakim" kata Hakim sambil tersenyum.
"Hamdan" Hamdan pula memperkenalkan diri.
Amir mengangguk sambil tersenyum.

"Siapa yang ada bersama korang?" Tanya Amir dengan tiba tiba.
Hamdan dan Hakim menoleh, mereka tidak nampak sesiapa kecuali adiknya sahaja yang duduk di atas sofa. "siapa?" Tanya Hakim.
"Oh saya salah pandang mungkin" kata Amir.

***
Terkumat kamit mulutnya membaca sesuatu, tangannya lembut bergerak. Sebuah kotak dibuka, sehelai kain putih keluarkan lalu dihayukan diatas asap.

"aku dah bagi, kau yang lambat bertindak" kata seseorang itu sambil mengibas kain tersebut ke atas asap.
Kedengaran dengusan garau berligar didalam bilik tersebut.
"Ia tidak semudah seperti sebelum ini" kata suara garau tersebut berserta dengan jeritan halus dan ketawa yang nyaring.

***
"Bah" panggil Amir dengan tiba tiba apabila lama berdiam diri.
"Ye?" Jawab Pakngah sambil membelek helaian kertas.
"Pasal petang tadi" kata Amir sambil duduk berdekatan dengan ayahnya.

"Amir nampak ada dua orang lagi" kata Amir. Pakngah yang tadi sibuk membaca terus menutup buku tersebut.
"Lagi apa yang kamu nampak?" Tanya Pakngah.
"Yang tu je, tapi diorang cuma berdiri je" kata Amir.
"Satu depan pintu, satu lagi dekat halaman" sambung Amir lagi. "Tapi yang halaman tu dia berdiri jauh sangat, macam diorang tak rapat" jelas Amir sambil mengerutkan keningnya.
Pakngah diam seketika.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now