part 12

491 16 3
                                    

Sinaran matahari meluru masuk ke dalam wad yang didiami oleh Hakim. Segelas kopi yang masih panas dibiarkan diatas meja. Jauh Hamdan merenung ke arah luar tingkap, entah apa yang difikirkannya.

"Bang" tegur Haikal yang baru sahaja keluar daripada tandas. Wad baru yang didiami Hakim merupakan bilik persendirian.

"Ye" balas Hamdan ringkas sambil menghirup air kopi panasnya.

"Haikal rasa kan" Haikal memulakan perbualannya dengan ingin meluahkan pendapat nya, namun takut. Takut tidak diterima oleh abang sulungnya.

"Apa dia ?" Tanya Hamdan ringkas.

Mulut Haikal seolah olah dijahit, takut untuk memberitahu bahawa dia tidak berasa selesa untuk terus tinggal dirumah tersebut.

"Abang rasa kita perlu pindah" dengan tiba tiba Hamdan mengeluarkan pendapatnya. Haikal hanya berdiam diri, tak sangka abang dia tahu apa isi hati dia.
"Abang tak rasa yang kita sesuai untuk tinggal disana" sambung abangnya lagi.

"Tapi Hakim tak sembuh lagi" kata Haikal sambil menoleh kearah Hakim yang sedang terlantar diatas katil, lena dibuai mimpi.

"Kita tunggu Hakim sembuh" kata Hamdan lalu bangun dari kerusi.
"Sembuh je, kita keluar dari rumah tu" kata Hamdan lagi sambil menatap mata adiknya. Hah ternyata si Hamdan serius tentang hal ini.
Haikal hanya mengangguk faham.

***
"Abah!?" Tegur anak lelaki pakngah.

Pakngah tersedar dari lamunannya, fikirannya terganggu seolah olah banyak perkara yang perlu diselesai namun tiada Jalan penyelesaian.

"Ameer, tolong ambil telefon abah" pesan pakngah kepada anak lelakinya. Ameer hanya mengangguk lalu mengambil telefon bimbit ayahnya di atas meja.

"Nah abah" Ameer menghulurkan telefon bimbit tersebut.
Nama pengenalan Puan Raihani dicari lalu menelefonnya.

***
Ring ring, telefon berbunyi seolah olah seseorang membuat panggilan.
Panggilan tersebut dijawab.

"Assalamualaikum Raihani" sapa Pakngah.
"Waalaikumussalam Said, ye ada apa?" Tanya Makcik sambil tangannya sibuk mengait baju.
"Kau sihat?" Tanya pakngah.
"Ye Alhamdulillah aku sihat je, kau dengan keluarga macam mana?" Tanya Makcik pula kepada Pakngah.

"Aku dengan keluarga aku Alhamdulillah sihat" balas pakngah.
"Raihani, aku tak rasa sidia akan lepaskan budak budak tu" dengan tiba tiba Pakngah mengeluarkan perkataan itu.

"Kau cakap apa ni?" Kata Makcik dengan nada sedikit membantah, walaupun dia tahu apa yang dimaksudkan oleh pakngah.

"Sidia dah suka budak budak tu" sambung pakngah lagi.

Hati Makcik tidak berasa tenang, berdebar. Macamana kalau betul dengan apa yang dimaksudkan oleh pakngah tadi.

"Kau jangan macam macam Said, kau tahu benda ni tak boleh bawak bergurau" kata Makcik untuk menyenangkan hatinya.

"Aku tak bergurau, aku kesian dengan budak budak tu" kata pakngah lagi.

"Ye ta-" belum sempat makcik bercakap, percakapannya dihalang.

"Kau pun tahu kan yang sana ada yang tak suka dan ada yang suka" jelas Pakngah.

"Ye aku tahu, tap-" percakapannya dihalang lagi.

"Tapi ni kedua dua taknak lepaskan" sambung pakngah.
"Satu suka dan sayang dilepaskan satu lagi suka untuk menyakitkan" sambung pakngah lagi.

***

Bahagian bumbung diperhati Haikal, beribu soalan bermain dimindanya.

"Asal dia ganggu aku?"
"Asal dia sakitkan abang aku?"
"Apa kaitan kami semua dengan kau!"
"Asal kau ganggu kitaorang"

Jerit hatinya, berharap ada jawapan.

Sedang dia termenung, lamunannya terganggu setelah terdengar seolah-olah Ada sesuatu yang melanggar pintu bilik wad Hakim. Dengan cepat Haikal bangun menuju ke pintu tersebut lalu membukanya. Haikal melihat kekiri dan kanan namun tiada sesiapa malah tiada satu pun benda yang ada di depan pintu nya. Hairan

"mungkin jururawat tu sudah beredar?"

Bisik hati Haikal.

Huk huk, kedengaran Hakim sedang batuk dengan cepat Haikal memasuki bilik tersebut.

Hatinya risau melihat kembarnya seolah-olah dicekik, dengan resah Haikal menggoncang bahu Hakim sepupaya sedar. Akhirnya Hakim tersedar. Lehernya sakit, seolah-olah digenggam kuat.

"Aduh" adu Hakim, dia mengurut-urut belakang lehernya.

"Kau rehat Kim, nah air" Haikal menghulurkan air tersebut. Hakim mengambil lalu menghirupnya dengan perlahan.

Beberapa minit kemudian doktor dan jururawat masuk kedalam bilik wad Hakim untuk memeriksa kesihatan Hakim. Alhamdulillah kesihatan dia sudah pulih, telefon bimbit milik Haikal dicapai dan lalu menelefon abangnya.

"Ye dik?"

"Hakim dah boleh balik" kata Haikal.

"Serius? Okay nanti abang datang ambil"

Panggilnya terhenti disitu. Barang Hakim dikemas. Hakim masih perlu menunggu doktor datang kali ke-2 untuk memeriksa sekali lagi.

"Kal" panggil Hakim.

"Ye?" Haikal menoleh kearah Hakim.

"Aku takut la, aku tak rasa nak balik la wey" adu Hakim sambil memerhati sekeliling.

"Aku pun taknak, tapi aku rasa kat sini lagi teruk. Kau pun tahu kan?" Tanya Haikal sambil menghulurkan sebungkus roti coklat kepada Hakim.

"Tahu apa?" Tanya Hakim.

"Masa malam kau mula-mula duduk dekat-" belum sempat mereka habiskan perbualan, Hamdan tiba.

"Dah jom balik" ajak Hamdan.

"Tapi doktor cakap doktor nak check sekali lagi" kata Hakim.

"Takpa, doktor cakap tak penting pun pemeriksaan tu, dia just nak pagi pesanan je" jelas Haikal sambil mengangkat beg Hakim.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now