Part 17

449 15 1
                                    

ketukan yang berlansung membuatkan si kembar itu dalam ketakutan. Hakim membuka semua laci yang terdapat pada perabot kecil disebelah katil adiknya.
"Abang cari apa bang?" Tanya Haikal.

"ayat ayat suci" balas Hakim bersahaja, tangannya meraba meraba isi dalam laci namun tidak jumpa satu pun.

"Nah" Haikal menghulurkan telefon bimbitnya. Hakim melihat ke arah telefon tersebut.
"Buka kat sini kan boleh" kata Haikal lagi. Hakim melihat ke arah screen telefon tersebut, terdapat surah surah yang telah dicari di dalam internet.

Hakim mengecilkan matanya, mungkin terlihat kebodohannya sebentar tadi. Belum sempat Hakim memulakan bacaan, telefon Haikal tiba tiba gelap. Butang buka di tekan banyak kali, namun masih tidak bernyala.

"Takkan habis battery" kata Hakim lalu menghulurkan telefon kepada adik kembarnya semula.

"Mana ada" balas Haikal, keningnya dikerutkan. Dengan tiba tiba ketukan tersebut berhenti, mereka berdua menoleh. Hati mereka lega akhirnya ketukan tersebut sudah tidak lagi kedengaran.

"Adik" dengan tiba tiba seseorang memanggil mereka dari luar. Seseorang yang dia kenal, mereka berdua menoleh sesama sendiri.

"Abang dah sampai" kata Hakim dan cuba untuk melangkah menuju ke pintu, namun dihalang oleh Haikal.
"Kenapa?" Tanya Hakim hairan. Haikal memuncungkan mulutnya menunjuk arah bawah pintu. Hakim menelengkan kepalanya.

"Takda bayang" Bisik Haikal sambil tangannya sibuk membuat bahasa isyarat. Hakim menoleh melihat ke arah pintu. Tiba tiba pintu tersebut terus diam, sunyi satu ruang. Hembusan nafas mereka berdua seolah olah terdengar jelas.

Dengan tiba tiba pintu dibuka dengan deras.
"Adik" panggil Hamdan. Hamdan cepat melangkah menuju ke arah adiknya.
"Pakngah" panggil Hamdan. Pakngah melangkah masuk ke bilik wad tersebut.

Pakngah memandang disetiap penjuru bilik tersebut. Mulut Pakngah mula terkumat kamit membaca sesuatu. Dengan tiba tiba Haikal mula menjerit, lehernya dipegang. Haikal menjerit sepuas hati seolah olah sedang menahan sakit.

"Pakngah, kenapa ni!?" Tanya Hamdan lalu memegang erat adiknya namun pertanyaannya tidak dijawab. Pakngah memejam rapat.

***
kawasan wad tersebut bertukar hitam, Pakngah mula memandang kawasan disekelilingnya. Mulut Pakngah laju membacakan ayat ayat suci. Dengan tiba tiba kawasan gelap tersebut yang dingin bertukar menjadi hangat.

Satu lembaga mula munculkan diri dalam kegelapan. Mata Pakngah tajam melihat ke arahnya. Lembaga tersebut mula bergerak dari satu sudut ke satu sudut.

"Kenapa kau ganggu anak muda ini?" Tanya Pakngah, Pakngah mengerutkan keningnya menunjukkan reaksi tidak berpuas hati. Namun lembaga tersebut hanya berdiam diri.

Beberapa minit kemudian muncul pula seseorang dari arah kawasan gelap tersebut. Seorang wanita lingkungan 70an melangkah mendekati Pakngah.
"Bertahun kami menunggu akhirnya penungguan kami terbalas" kata wanita tersebut tanpa mendongakkan kepalanya.

"Kenapa kau menyeksa anak muda ini?" Tanya Pakngah. Namun wanita tersebut hanya membalas dengan gelak kecil.
"Kenapa kau mengganggu mereka!?" Tanya Pakngah lagi dengan meninggikan sedikit suaranya.

"KORBAN!" balas wanita tersebut.
"dia mahu aku, dia perlukan aku" sambung wanita itu lagi.

"Dia? siapa yang kau maksudkan?" Tanya Pakngah, bermacam soalan bermain difikirannya. Si Haikal ke yang menggunakan makhluk ini?

"Dia! seorang yang mementingkan diri sendiri" balas wanita. Dengan tiba tiba kedengaran jeritan yang kuat dari dalam bilik gelap tersebut. Penampakkan wanita tersebut terus hilang dari pandangannya.

***
"Pakngah" panggil Hamdan. Pakngah mengedipkan matanya. Matanya terus memandang tepat kearah Haikal yang sedang terbaring di atas katil.

"Adik kamu cuma mengalami luka di bahagian kerongkong" kata doktor kepada Hamdan.

"Adik saya dah boleh balik?" Tanya Hamdan kepada doktor tersebut. Belum sempat doktor itu membuka mulut, Pakngah terus mencelah.

"Bagi dia tinggal dulu 2 3 hari dekat hospital ini" minta Pakngah.
"Takpa, biar Pakngah bayar untuk 2 3 hari ini" sambung Pakngah lagi sambil membuka langkah untuk keluar dari bilik wad yang didiami oleh haikal.

"Eh Pakngah,takpa Pakngah" halang Hamdan lalu melangkah keluar. Pakngah menoleh ke belakang, matanya tepat memandang kearah haikal. Entah kenapa ia merasakan dirinya dipermainkan oleh makhluk tersebut. Klau bukan haikal, siapa yang menggunakan makhluk tersebut.

Pakngah berjalan mendekati katil haikal, Hakim melihat ke arah Pakngah.
"Pakngah" panggil Hakim lalu memberikan tempt duduk kepada Pakngah.
"Duduk pakngah" pelawa Hakim sambil tersenyum.

"Adik awak dah berapa lama jadi macam ni?" Tanya Pakngah.

"Baru 2 3 hari Pakngah" balas Hakim bersahaja.
"Erm Pakngah, saya tak tahu la Pakngah percaya atau tak dengan perkara macam ni tapi saya rasa ini bukan sakit biasa la" adu Hakim.

"Maksud kamu?" Tanya Pakngah walaupun dia tahu apa yang ingin dimaksudkan oleh Hakim.

"Maksud saya macam ada something yang ganggu" kata Hakim sambil memandang kearah haikal.
"Dah lama dia cakap ada something, dari hari pertama kitaorang pindah lagi" sambung haikal. Pakngah hanya mengangguk faham.

"Ye Pakngah" dengan tiba tiba Hamdan menyamput perbualan mereka dari belakang.
"Saya pun dapat rasakan benda yang sama dari hari saya jumpa helaian rambut panjang dalam rumah kami, si haikal nampak macam tak selesa" cerita Hamdan sambil menghulurkan bungkusan roti kepada Hakim. Pakngah hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Dia nak adik kamu" kata Pakngah bersahaja.
"Korang jangan terlepas pandang, kita tak tahu apa akan terjadi lepas ni" sambung Pakngah lagi.
"Jangan bawa adik kamu ke rumah itu buat sementara waktu" kata Pakngah sambil menepuk bahu Hamdan sebelum beredar dari bilik tersebut.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now