Part 18

509 21 8
                                    

Bilik wad yang didiami oleh adiknya kembali sunyi, jarum jam yang bergerak kedengaran jelas dari dalam bilik tersebut. Hamdan merenung kearah adik kembarnya yang lena dibuai mimpi. Perasaan sebersalah mula menguasai dirinya. Hamdan terimbas kembali kenangan pahit mereka.
***
"Hamdan, paklong balik dulu ye" kata salah seorang lelaki yang berusia lingkungan 50an sambil menepuk bahu kanan Hamdan. Hamdan hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

Beberapa saat kemudian, seseorang mendekati Hamdan.
"Hamdan, macam mana dengan rumah tu?" Tanya maklong iaitu kakak kepada bapa mereka. Hamdan hanya berdiam diri. Entah kenapa mereka semua bersikap sebergini, bapa mereka baru sahaja meninggal dunia tapi harta yang mereka utamakan.

"yang, takpayah jom balik" ajak suaminya lelaki yang 50an itu tadi.

"Maklong, Abah baru je pergi. maklong tak pandai nak hormat ke?" Dengan tiba tiba Haikal mendekati mereka. Hamdan memegang tangan Haikal menyuruh Haikal untuk berhenti.
"Dah tua tapi cetek lagi bab bab adab" sambung Haikal.

"Haikal" panggil Hamdan.
"Dah maklong, kita bincang nanti je la. Arwah baru je pergi, tak elok la maklong" minta Hamdan dengan nada yang lembut.

"Bagus la macam tu" kata Maklong lalu melangkah meninggalkan mereka. Beberapa saat kemudian, Hakim menghampiri mereka. Riak wajah Hakim menunjukkan bahawa dirinya baru sahaja lepas melepaskan tangisan.

Tikar yang baru sahaja dilipat Hamdan dibuka semula. Hakim melabuhkan diri duduk disampin kubur ayah mereka.
"Abah, maaf tapi hakim tak suka adik beradik abah" adu Hakim dengan tiba tiba.

"Apa kau ni Kim" Tanya Hamdan. Namun Hakim diam lalu bangun daripada tikar tersebut. Pinggulnya ditepuk tepuk lalu melipat semula tikar tersebut.
"Jom balik bang" ajak Hakim.
"Abah kitaorang balik dulu" minta Hakim, dia tahu ayahnya takkan balas seperti dulu lagi, mungkin takkan dengar apa yang mereka bualkan.
***
"Nasib aku berduit la" beleter Hamdan seorang diri. Dengan tiba tiba kedengaran tombol pintu seolah olah dipegang, dengan cepat Hamdan menoleh kebelakang.

"Abang, Hakim nak pergi surau jap" minta Hakim yang baru sahaja keluar mengambil angin di luar hospital. Hamdan hanya mengangguk.

***
Hakim melangkah menuju ke sebuah surau yang terletak didalam hospital tersebut. Beberapa minit berjalan, akhirnya penanda arah untuk ke surau ditemuinya. Tanpa teragak Hakim terus masuk ke lorong yang ditunjuk.

Beberapa langkah kemudian hakim menemui surau tersebut, tanpa teragak Hakim terus memulas tombol pintu tersebut.

Terdapat beberapa orang yang baru sahaja selesai menunaikan solat di dalam surau tersebut. Hakim menunduk lalu melontarkan senyuman kepada mereka. Mereka turut membalas senyuman. Beberapa saat kemudian 2 lelaki yang tadi sibuk memakai kasut akhirnya keluar, tinggalah Hakim dengan seorang lelaki yang mengenakan baju jururawat. Hakim akhirnya selesai mengambil wudhuk.

"maaf bang, sejadah kt mana?" Tanya Hakim. Jururawat lelaki tersebut menunjuk kearah almari yang berada di belakangnya.
"Oh ya, terima kasih bang" ucap Hakim lalu memberikan senyuman.

"sama sama" balas jururawat tersebut.

tanpa terhegeh hegeh, Hakim terus menunaikan solat. Beberapa minit kemudian, akhirnya Hakim selesai solat serta doa.

"eh bang tak pergi lagi?" Tanya Hakim dengan peramah sambil melipat sejadah yang digunakan dia sebentar tadi.

"Tak, abang tunggu adik siap" balas jururawat tersebut sambil memasukkan bajunya kedalam seluar bagi nampak lebih kemas.

"saya?" Tanya Hakim hairan.

"Haah, sebab nanti abang nak tutup lampu dan kunci pintu apa semua" sambung jururawat tersebut.

"oh faham, kalau macam tu saya keluar dulu ye bang" pinta Hakim lalu bangun dari tempatnya. Pinggulnya ditepuk sedikit seolah olah menepis debu di seluarnya padahal tiada debu pun. Mungkin sudah menjadi tabiat si Hakim.

"Kawan kamu macam mana?" Tanya jururawat tersebut dengan tiba tiba.

"Kawan saya?" Tanya Hakim. Tangan Hakim yang tadi menggapai tombol pintu, berhenti. Kawan? Sejak bila dia ada kawan kat sini?

"Haah, yang masuk sekali tadi" sambung jururawat itu lagi sambil memakai kasut.

"siapa?" Tanya Hakim hairan. Setahu dia, dia datang ke surau tu sorang diri sahaja.

"Kawan awak la dik, tadi yang pakai baju ala ala kelabu macam tu. abang nampak dia keluar balik, tapi tak masuk masuk pulak" jelas jururawat tersebut bersahaja. Bulu roma Hakim mula meremang.

"Oh dia, mungkin dia ke toilet bang" jelas Hakim cuba untuk sedapkan hati. Walaupun hati dia sendiri sudah tidak sedap hati. Jururawat tersebut hanya mengangguk.
"Saya pergi dulu ye bang" pinta Hakim sebelum melangkah keluar.

Ketakutan yang memenuhi dirinya, Lorong yang dilaluinya tadi dengan tiba tiba berasa malap dan seram. Tak sama seperti yang dia lalu sebentar tadi.

Hakim membuka langkahnya dengan luas. Laju ia melangkah. Jantungnya mula berdegup laju. Ketakutkan yang dia rasai sekarang ini mula bermain dengan fikiranya.

Dia mula merasakan seseorang sedang memgikutnya dari belakang. Selangkah dia berjalan, kedengaran selangkah tapak kaki dari belakangnya. Dengan tiba tiba dirinya ditegur.

"Kenapa ni" tegur jururawat yang tiba tiba muncul.

"Hah?" Tanya Hakim balik. Dia melihat disekelilingnya, suasana yang tiba tiba seram tadi kembali ke sedia kala.

"Ada apa apa ke?" Tanya jururawat tersebut. Hakim hanya menggeleng. Tanpa teragak jururawat tersebut menghulurkan kerusi.
"Duduk dulu ye" pelawa jururawat tersebut. Namun Hakim menolak dengan baik lalu melangkah masuk ke bilik wad adik kembarnya.

***
"Abang, tolong potong epal tu" pinta Haikal yang sedang duduk diatas katil tersebut. Hamdan menggapai pisau lalu memotong epal itu kepada enam.

Beberapa saat kemudian, pintu bilik wad dengan tiba tiba dibuka. Hakim melangkah masuk namun perjalanan ya terhenti. Seolah olah terkejut melihat hantu.

"Kenapa?" Tanya Hamdan yang tersentak dengan cara Hakim membuka pintu sebentar tadi.

"Oh ha tak ada apa apa la" balas Hakim bersahaja lalu duduk di sebelah adik kembarnya. Hakim panjangkan tangannya untuk mengambil epal yang telah dipotong.

Mereka mula berbual seperti biasa.
"Baju kelabu?" Hakim melihat dipenjuru dinding tersebut. Fikiranya buntu, dia tidak tahu apa yang dilihatnya sebenar tadi.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now