"Assalamualaikum" kedengaran seseorang mengetuk pintu masuk utama. Haikal melangkah ke pintu, tanpa teragak dia terus memulas tombol pintu tersebut.
"Eh makcik" kata Haikal apabila mendapati yang mengetuk pintu rumah mereka adalah makcik Raihani.
"Erm Adik kamu dah sihat?" Tanya makcik raihani
"Alhamdulillah dah" jawab Hakim sambil tersenyum.
"Nah" makcik raihani menghulurkan semangkuk bubur kepada Hakim. "Bagi Haikal tau" pesan makcik Raihani lalu melangkah keluar pagar. Hakim melihat setiap langkah makcik raihani sambil menggenggam mangkuk yang berisi bubur itu."Siapa tu?" Tanya Hamdan, Hakim yang baru sahaja menutup pintu menoleh.
"Oh, makcik yang duduk seberang sana tu" kata Hakim selamba melangkah ke dapur.
"Seberang?" Tanya Hamdan sambil berjalan mengikut Hakim dari belakang.
"Haah" jawab hakim sambil meletakkan mangkuk tersebut di atas meja.
"Oh" Hamdan mengiyakan sahaja.***
"Haikal"Haikal terpinga pinga mencari siapa yang memanggilnya dan dari arah manakah suara tersebut.
"Haikal, anak mak" kata wanita tersebut, suara wanita tersebut terdengar sayu ditelinga Haikal. Haikal menoleh ke arah suara tersebut.
"Mak?" panggil Haikal, matanya ligat mencari. Kelihtan seorang wanita berdiri jauh darinya.
"Mak!" Panggil Haikal berkali kali, tapi suaranya seolah olah terkurung dalam satu ruang. Haikal cuba untuk memanggil sekali lagi."Haikal..." terdapat suara wanita memanggilnya dari arah belakang, haikal terus menoleh. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 80an memanggilnya sambil menggerakkan tangannya seolah olah mengajak Haikal mendekatinya. Haikal diam, wanita yang dilihatnya tidak seperti maknya.
Haikal selangkah kebelakang, semakin kuat namanya dipanggil. Tanpa berfikir panjang Haikal terus menoleh dan lari selaju yang boleh. Sepanjang dia berlari panggilan tersebut seolah olah mengejarnya.
"ABANG ! HAKIM !" panggil Haikal kuat.***
"ABANG! HAKIM!"
Hakim dan Hamdan serentak menoleh apabila nama mereka dipanggil, mereka terus belari kearah anak tangga lalu melangkah naik. Beberapa langkah akhirnya sampai ke bilik adiknya."Kal!" Panggil Hakim sambil menggoyangkan bahu adik kembarnya. Haikal menepis tangan kembarnya tanpa membuka mata.
"Oi ni aku la!" Kata Hakim sambil goyangkan badan Haikal kuat.
Haikal terus buka matanya, matanya liar melihat sekeliling bilik, peluh didahinya mengalir laju. Dia melihat ke arah kanannya, kedua dua abangnya berada disisi katil. Dia menarik nafas lega."Kau kenapa" tanya Hakim.
"Mimpi benda seram je" jawab Haikal selamba.
"Siang macam ni benda seram yang dimimpinya" kata Hakim sambil melangkah keluar.
"Adik sure adik okey?" Tanya Hamdan, Haikal mengangguk. Kepala Haikal ditepuknya sebelum melangkah keluar. Melihat kedua dua abangnya berjalan keluar, seluruh badannya berasa seram. Dia bingkas bangun dari katil dan keluar dari biliknya.Haikal...
Langkahnya terus terhenti, tangannya yang tadi menggapai tombol pintu berhenti. Hatinya mula berdebar. nak toleh atau tak, perasaannya terbelah bahagi.Angin yang sejuk menepuh belakang leher, Haikal menggosok belakang lehernya. Dengan tiba tiba, tangannya disentuh. Cepat dia mengalihkan tangannya dan menoleh ke belakang. Tiada apa apa, tingkap pun tidak terbuka. Haikal tahu apa yang sedang berlaku, sebelum menjadi lebih teruk Haikal terus melangkah pergi. Pintu bilik ditutup rapat.
****
3 mangkuk kecil disediakan diatas meja berserta dengan sudu. Bubur yang diberi oleh makcik Raihani sebentar tadi ditaruk di dalam setiap mangkuk tersebut. Hamdan mencapai segelas air lalu diletakkan di atas meja di bahagiannya.
"Haikal man-" belum sempat Hamdan menghabiskan pertanyaannya, Haikal melangkah ke dapur.
"ha mari makan" pelawa Hamdan."wah bubur, siapa masak?" Tanya Haikal teruja lalu melabuhkan diri duduk di atas kerusi.
"Makcik tu" jawab Hakim selamba. Kerusi yang berhadapan dengan Haikal ditarik lalu diduduknya.
"Makcik?" Tanya Haikal, mangkuk bubur itu ditolak ketepi.
"Haah, kenapa?" Tanya Hakim, dahinya berkerut melihat tingkah laku Haikal.
"Takpa la, kau simpan la" kata Haikal tanpa mengangkat mukanya memandang searah Hakim.
"Kau kenapa, orang bagi ni kan. appreciate la sikit" marah Hakim. Haikal hanya menggelengkan kepalanya.
"Asal?" Soal Hakim."Aku tak berapa yakin untuk makan makanan tu" ulas Haikal. Hamdan melihat kearah adiknya sambil mengerutkan keningnya.
"Aku mimpi makcik tu dat-""Assalamualaikum"
Mereka bertiga menoleh serentak.
"Waalaikumussalam"Hamdan bangun daripada kerusi lalu melangkah keluar dari dapur tanpa teragak-agak. Kembar tersebut bingkas bangun dari kerusi.
"Oh maklong" seorang wanita dalam lingkungan 50an berdiri di depan pintu.
"Macam mana mak-""Paklong yang minta tolong orang untuk cari korang" tiba tiba seorang lelaki yang agak berusia muncul sambil membawa bagasi.
"Eh paklong" Hamdan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Hamdan melihat kearah Maklongnya, Hamdan teragak agak untuk bersalam, maklong tersebut terus menggapai tangan anak sedaranya untuk bersalam."Masuk la dulu maklong paklong" pelawa Hamdan.
****
"Bah, asyik termenung je" tegur Amir sambil menggosok bahu ayahnya."Abah tak faham, kenapa abah terlalu risaukan budak budak tu" jelas Pakngah sambil menegur segelas teh panas.
"Biasa la bah, sifat seorang ayah memang macam tu. Even diorang bukan anak kita, rasa risau dan caring tu akan ada lagi lagi kalau dah selesa atau dah anggap macam anak sendiri" jelas Amir, dia tahu ayahnya seorang yang sangat mementingkan orang sekelilingnya walaupun orang tu tidak dia kenal sama sekali.
****
"Asal diorang datang" soal Haikal, riak wajahnya terus bertukar.
"Macam mana diorang boleh tahu kita kat sini?" Soal Hakim lagi, Haikal hanya mengangkat bahu.Hamdan melangkah masuk ke dapur, matanya bergerak memberi isyarat untuk pergi bersalam dengan ibu sedaranya. Haikal menolak Hakim lembut supaya bergerak terlebih dahulu.
"Asal aku"
"Kau abang, pergi la"
Mereka berdua melangkah menuju ke ruang tamu.
"Ha Haikal Hakim" tegur Paklong teruja, mereka berdua hanya tersenyum. Tanpa teragak mereka menghulurkan tangan untuk bersalam dengan maklong dan Paklongnya. Mereka melabuhkan diri duduk diatas sofa yang berhadapan.
"Sihat?" Tanya Paklong."Alhamdulillah" jawab mereka serentak.
"Maklong ni ha ajak jumpa korang" kata Paklong, walaupun kenyataannya tidak.
Mereka berdua hanya ketawa segan."Macam mana kehidupan korang semua?" Tanya maklong dengan tiba tiba.
"Alhamdulillah baik" jawab Hakim.
"Alhamdulillah, tak menyusahkan hidup orang" jawab Haikal bersahaja tanpa memandang kearah maklongnya. Maklong memandang kearah Haikal.
"Ni yang maklong nak kan" Haikal terus memandang tajam kearah maklongnya."Dah" halang Hamdan lalu meletakkan dulang diatas meja.
"Minum Paklong,maklong" pelawa Hamdan.
Haikal bangun dari kerusi lalu melangkah pergi tanpa berkata apa apa."Dia tak sihat" kata Hamdan.
"Tahu, tengok riak wajah dah tahu" kata Paklongnya. Hamdan hanya memberi senyuman tawar.
YOU ARE READING
3 BERADIK
Horrormembuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku menjadi tanda tanya. Hamdan merupakan abang sulong dan akan memikul segala tanggungjawabnya terhadap...