suasana yang sunyi memenuhi ruang bilik Hakim. oleh kerana baru pulang dari hospital, Hakim diarahkan supaya berehat. Hakim menghabiskan masanya dengan hanya terbaring di atas katil.
"Kim" dengan tiba tiba dirinya dipanggil oleh seseorang. Dengan pantas dia menoleh ke arah pintu, kelihatan Haikal berdiri betul betul di muka pintu.
"Apa?" Tanya Hakim dengan mengangkat kedua dua keningnya.
Tanpa teragak agak, Haikal melangkah masuk ke bilik abangnya.
"Kau nak apa?" Tanya Hakim lagi lalu mengerutkan keningnya.
Namun pertanyaannya tidak terjawab.
"Kau kena-" dengan tiba tiba almari didalam biliknya dihentam dengan kuat, Hakim terkejut. Jantungnya berdegup dengan kencam.Dengan tiba tiba, pintu biliknya pula ditutup dengan kuat. Hakim menoleh, kelibat adik kembarnya sudah tidak kelihatan. Tanpa teragak, Hakim terus bangun daripada katil lalu melangkah keluar daripada biliknya.
Sampai sahaja dimuka pintu, Hakim menoleh kekiri dan kanan. Tanpa teragak agak dia terus berjalan menuju ke bilik adik kembarnya. Tanpa mengetuk, Hakim terus membuka pintu bilik adiknya.
"Kau ingat kelakar la !?" Tanya Hakim dengan tiba tiba. Haikal yang sedang meniarap diatas katil sambil bermain telefon bimbitnya terkejut.
"Apa kau?" Tanya Haikal hairan.
"Tak payah buat muka clueless kau, aku tak terpedaya" marah Hakim lalu mendekati katil Haikal.
"Kau dah kenapa?" Tanya Haikal. Entah kenapa masuk bilik orang pastu nak marah marah.
"Dah lah masuk bilik orang tak ketuk pintu, keluar hospital terus takde adab erh? Kau tercicir adab kau kat wad sana ke?" Tanya Haikal dengan nada memerli."Kau pun tadi masuk bilik aku tak ketuk pintu" kata Hakim lalu menolak kepala Haikal.
"sejak bila?" Tanya Haikal hairan. Keningnya dikerutkan.
"Tak payah buat tak ingat" kata Hakim bengang.
"Tak aku serius, bila aku masuk bilik kau?" Tanya Haikal lagi. Dari keadaan meniarap terus diubah kepada duduk.
"Kau mengigau ke?" Tanya Haikal lagi sambil mengerutkan keningnya."Tak lawak la bo-" Belum sempat hakim mengeluarkan perkataan kesatnya, dengan tiba tiba kedengaran detungan pintu yang kuat. Seolah olah dibuka tutup banyak kali.
Hakim terus menoleh ke belakang. Nak kata pintu bilik Haikal, bukan. Pintu bilik tersebut terbuka luas, tapi masih kedengaran pintu tersebut dibuka tutup. Tanpa teragak Hakim melangkah keluar dari bilik tersebut, diikuti dengan Haikal. Haikal memegang belakang baju Hakim, Hakim menoleh tangan Haikal dipegang.
"Korang buat apa ?" Dengan tiba tiba mereka ditegur, mereka menoleh dengan serentak. Kelihatan abangnya Hamdan berdiri dibelakangnya.
"Ada-" kata Hakim sambil menunding ke arah bilik tersebut, tapi dia tidak menghabiskan percakapannya apabila mendapati bunyi detungan pintu tersebut sudah tidak kedengaran selepas sahaja abangnya munculkan diri.
"Ada apa?" Tanya Hamdan hairan.
"Tak, tadi kitaorang dengar pintu bilik ni terbuka dan tertutup" jelas Hakim lalu memulas tombol pintu tersebut. Pintu bilik tersebut dibuka luas. Mereka bertiga melihat ke dalam bilik tersebut. Tanpa teragak Hakim dan Hamdan melangkah masuk ke bilik tersebut. Haikal mengikuti mereka dari belakang.
Hati Haikal berasa tidak tenang. Baju Hakim digenggam kuat dari belakang. Entah kenapa tiba tiba dirinya berasa seperti sedang berada didalam sebuah bilik yang kosong. Telinganya jelas mendengar dengungan. Dia melihat ke arah abang abangnya.
dengan tiba tiba bahu kanan disentuh. Dengan cepat dia menoleh kebelakang, alangkah terkejut nya melihat seseorang sedang tergantung pada muka pintu. Haikal jatuh terduduk.
"eh kau kenapa kal?" Tanya Hakim sambil memegang kedua dua bahu adik kembarnya. Mata haikal terpaku dan mulutnya terkunci, dia hanya mampu memandang ke depan.
"Haikal?" Panggil Hamdan lembut. Bahu Haikal ditepuk perlahan. Haikal menunding jarinya kearah kelibat tersebut. Tapi mereka berdua tidak dapat melihatnya.
"Apa kal!?" Tanya Hakim sambil melihat kearah tempat yang ditunjuk. Haikal terus bangun lari meninggalkan bilik tersebut. Hamdan dan Haikal ditinggalkan dengan penuh tanda tanya.
****
Dedaun kering disapu, agak sukar untuk menyapunya apabila angin bertiupan. Pakngah kehulur kehilir menyapunya. Beberapa minit kemudian, pandangan pakngah tertumpu pada seseorang. Seseorang remaja lelaki yang duduk bersendirian di luar rumah.Kelihatan pula 2 remaja keluar dari rumah tersebut seolah olah sedang memujuk remaja yang duduk di luar tadi. Tetapi remaja tersebut tetap untuk taknak melangkah masuk ke rumah tersebut.
"Aku cakap taknak, taknak lah!" Jerit remaja tersebut. Tangan Pakngah yang dari tadi sibuk menyapu akhirnya berhenti.
****
"Kau kenapa kal!?" Tanya Hakim cuba untuk menenangkan Haikal."Ada benda tu, aku taknak !" Jerit Haikal lalu menepis tangan Hamdan yang memegang bahunya.
"Aku dah naik gila dengan benda tu !" Jerit Haikal lagi sambil mengusutkan rambutnya."Kal, kau tenang dulu boleh tak?" Pujuk Hakim sambil memegang muka adik kembarnya.
****
Pakngah tekun melihat mereka bertiga, tangannya tidak Bergerak dari tadi. Dedaun kering sudah bertebangan ditiup angin.Dengan tiba tiba dirinya berasa ada satu angin yang tidak menyenangkan berlegar dikawasannya.
"Kenapa kau datang kat sini?" Tanya Pakngah didalam hati. Namun persoalannya tidak terjawab namun angin tersebut semakin kuat terasanya. Kedengaran pula satu bisikkan yang sayut kedengaran. Dengan cepat Pakngah menoleh kesebelah kanannya. Matanya terpaku apabila kelihatan ada seseorang sedang berdiri dibelakang pokok yang berada betul betul disebelah rumahnya.
Pakngah mengecilkan matanya berharap penglihatannya lebih jelas, namun semuanya hampa belaka. Dengan tiba tiba bahu kanan Pakngah ditepuk.
"Abah?" Tegur anak lelakinya, Ameer.
"Eh ameer" Kata Pakngah, pandangannya terus teralih kepada pokok itu semula.namun kelibat tersebut sudah tidak kelihatan.
"Abah kenapa? Meer panggil dari tadi tau" adu Ameer.
"Abah tengok apa bah?" Tanya Ameer, hairan melihat tingkat laku abahnya. Tanpa teragak Ameer terus melangkah menuju ke pokok tersebut. Takut juga ada apa apa, ular ke ape ke."Ameer" panggil Pakngah, risau dengan tindakan anaknya. Kerana sebaik sahaja anaknya melangkah kesana, kelibat tersebut sudah kelihatan.
Dengan tiba tiba kedengaran satu jeritan yang jelas dari rumah dihadapannya, iaitu rumah 3 beradik tersebut. Kali ni bukan Pakngah sahaja yang mendengarnya, anak lelakinya sekali turut mendengar jeritan tersebut.
"Abah?" Tanya Ameer lalu menoleh ke belakang, namun kelibat abahnya sudah tidak kelihatan. Ameer terus menoleh kearah rumah tersebut.
Kelihatan abahnya betul betul berdiri di depan pintu pagar tersebut.****
"Assalamualaikum" Pakngah memberi salam, namun seorang pun tidak keluar. Beberapa salam kemudian akhirnya Haikal keluar melangkah menuju ke pagar."Ye pakcik?" Tanya Haikal. wajahnya kelihatan mamai, mungkin baru bangun tidur agaknya.
"sapa ada kat rumah?" Tanya Pakngah, matanya ligat memerhati suasana.
"Abang, Hakim dan saya pakcik" balas Haikal dengan pandangan yang bersahaja.
"Kenapa ye?" Tanya Haikal."Kamu semua tidak apa apa?" Tanya Pakngah cuba untuk tenangkan diri.
"Alhamdulillah, takda apa ap-" belum sempat Haikal menghabiskan percakapannya, tiba tiba kedengaran sebuah kaca pecah yang kuat dari dalam rumah. Kuat tu seolah olah bukan hanya satu tapi berpuluh puluh. Dengan cepat mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah.
YOU ARE READING
3 BERADIK
Horrormembuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku menjadi tanda tanya. Hamdan merupakan abang sulong dan akan memikul segala tanggungjawabnya terhadap...