Hari demi hari, Haikal berasa tidak nyaman dengan keadaan rumah barunya. Hadirnya perasaan yang lain seolah olah bukan mereka sahaja yang tinggal di sana. Bilik ksong sebelahnya menjadi tanda tanya. Bermacam perkara di dalam pemikirannya.
Tuk tuk tuk, dengan tiba tiba pintu bilik yg Haikal diketuk.
Lamunannya terhenti. Haikal membuka pintu biliknya, malah tiada seorang pun dihadapannya.Huh ingat aku bodoh la hahaha
Bisik hati kecil Haikal smbil gelak kecil. Lalu menutup semula pintunya.
Bunyi ketukan sekali lagi, tapi dengan tempo yang lebih laju. Dengan cepat Haikal membuka pintu berharap dpt menangkap siapa pelakunya. Alangkah terkejutnya melihat tiada sesiapa dihadapannya."Kim!!" Haikal memanggil kuat nama Hakim. Dalam pikirannya hanya memikirkan bahawa pasangan kembarnya yang hanya mengusik. Namun tiada sahutan.
"Kim!" Haikal membuka pintu bilik kembarnya, tapi tiada sesiapa di dalam. Hanya katil yang ditinggal kemas.
Dengan tiba tiba kedengaran pintu utama dibuka, Haikal dengan segera keluar dari bilik dan mengintai. Ia ternyata Hakim yang bru selesai berjoging. Dengan cepat Haikal menuruni anak tangga.
"Kenapa ni?" Tanya Hakim sambil meneguk air minumannya.
"Siapa ada kat rumah?" Tanya Haikal dengan nada yang sedikit keliru.
"Kau, aku. Abang baru pergi kerja" jelas Hakim smbil mengelap peluh dimukanya.
"Kenapa?" Tanya Hakim lagi."Tak la, tadi ada orang ketuk bilik aku, ingtkan kau dah balik" terang Haikal smbil memerhati kawasan sekeliling.
Hakim diam membisu. Kawasan sekeliling bertukar menjadi seram seolah olah ada angin sejuk memenuhi ruang.
"Kau merepek apa ni?" Kata Hakim dengan nada sedikit keliru.
"Kau silap dengar ni" smbungnya lagi smbil melangkah naik anak tangga."Ni la kau, aku ckp je kau ckp aku merepek. Klau kena dekat kau baru kau tau" Haikal melepaskan geramnya melalui kata².
"Ha mana mana? Tak-" percakapannya diganggu setelah mendengar detungan yg kuat seperti pintu ditutup dengan laju dr blik abang sulungnya.
Mereka berdua diam membisu. Hakim memandang ke arah Haikal yang nampak sedikit ketakutan. pintu tersebut berbunyi lagi seolah olah seseorang membuka dan menutup pintu itu berulang kali. Hati Haikal berdegup kencang.
Hakim dengan berani menaik ke tingkat atas. Matanya memerhati pintu blik abang sulungnya, namun tiada sebarang pergerakkan. Fikirannya buntu. Haikal menaiki anak tangga dengan perlahan dan menggapai lengan abangnya.
"Kim, kau ra-" belum sempat Haikal menanya soalannya. Dengan tiba² bunyi ketukan yang lembut dari aras bawah. Kedengaran seolah olah dari pintu yang jauh.
Mereka berdua memandang sesama sendiri. Hakim memberi isyarat bahawa ketukan itu dari aras bawah, Haikal hanya menggeleng kerana dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Hakim.
"Takpa" bisik Hakim perlahan lalu melangkah menuruni anak tangga. Selang demi selangkah menuruni anak tangga, semakin dekat bunyinya. Smpai shj dibawah langkahnya terhenti.
"Bunyi dari belakang sni" bsik Hakim smbil memberi isyarat bahawa bunyi tersebut drpd belakang tangga.
Haikal hanya menggeleng supaya Hakim tidak pergi ke arah sna, namun gelengannya tidak diendah. Hakim menuju ke arah belakang tangga tersebut.
Haikal risau melihat kembarnya tidak kelihatan. Dengan perasaan yang ketakutan, Haikal perlahan melangkah menuruni anak tangga."Kal!" Dengan tiba² Hakim muncul ditepi tangga. Haikal separuh mati terkejut dengan tindakan Hakim.
"Haha sorry, weh meh sni jap" Hakim gelak kecil melihat terlatah kembarnya.
Mereka berdua menuju ke arah bilik belakang tersebut.
"Ni la kan bilik lebih yang abang ckp tu kn" sambung Hakim lgi smbil memegang tombol pintu tersebut."Ada stu lg, kt dapur" jwb Haikal smbil matanya fokus kepada pintu dihadapannya.
"Guess what, pintu ni tak berkunci" dengan bahagian Hakim memulas tombol pintu tersebut.
Krekkk, pintu dibuka.
"Erh" Haikal cuba halang, tapi sudah terlambat.
"Tadaaa" dengan teruja Hakim menunjukkan bilik tersebut.Mereka kaku dihadapan pintu. Terlihat sebuah bilik tidur yang kosong. Mereka berdua melangkah masuk ke bilik tersebut. Suis lampu dicapai.
Tak, lampu menyala. Debu kelihatan berterbangan memenuhi bilik tersebut.
Aneh tapi itu yang menarik. Satu demi satu laci almari dalam bilik tersebut dibuka oleh Hakim, namun kosong. Haikal hanya tercegak di tengah tengah bilik itu memerhati sekeliling."Kim jom la keluar" ajak Haikal.
"Tak selesa la aku kt sni" smbungnya lagi smbil menekan-nekan tilam katil tersebut. Tindakannya terhenti apabila dia merasa hal yang aneh pada katil tersebut.
"Erh pebende ni" tnya Haikal lagi.Dengan segera Hakim menghampiri. Tilam diangkat olehnya, ternyata sebuah kotak yang disorok dibawah tilam yang telah ditebuk segi empat. Hakim senyum sinis.
"Bagus adikku syg!" Hakim menepuk bahu Haikal dengan teruja.
"Okay sekarang baru boleh keluar" ajak Hakim smbil mengheret tgn adiknya keluar.Haikal menoleh ke belakang, lalu sepantas kilat mukanya menoleh ke depan. Tindakannya seolah olah melihat sesuatu, sesuatu yg tidak dapat dijelaskan oleh nya. Hatinya berdegup kencam dan laju membaca ayat² kursi di dalam hatinya.
diruang tamu, Hakim mengalih meja di tepi dinding ke tengah tengah ruang tamu. Kotak tersebut diletakkan di atas meja. Mereka berdua memerhati kotak tersebut seolah olah peserta utama dalam persembahan. Kotak tersebut dibuka dengan perlahan, mereka berdua teruja seolah olah sedang membuka kotak yang berisi penuh dengan harta karung. Itulah yang diharapkan oleh Haikal, namun disebaliknya. Terdapat sebatang kunci dan sekeping kain sudah digunting yang tidak bercorak.
"Pebende ni" soal Hakim smbil menbelek kain tersebut.
"Kita simpan balik la" arah Haikal, smbil mengambil kotak tersebut.
"Aku rasanya x sedap la" sambung Haikal lagi, smbil melihat ke arah tangga tersebut."aku yakin ni kunci blik atas" jelas Hakim smbil menunjukkan kunci tersebut.
"Jom buka" ajak Hakim."Kau gila ke? Lepas mcm mcm jd, kau nak buka mcm mcm lg. ckup la stakat ketukan pintu" bls Haikal pasrah, smbil merampas kunci tersebut dan letakkan balik di dalam kotak.
"Takpa, percaya aku. Takda papenye, kau takut tkpa aku Ada" kata Hakim untuk menyedapkan hati Haikal.
Mereka berdua langkah menaiki tangga Dan menuju ke bilik tersebut. Haikal di belakang pegang erat tangan kembarnya Hakim. Kunci dimasukkan dan padan, Hakim memulaskan tombol tersebut.
Krekkk, pintu terbuka. Debu memenuhi ruang, seolah olah sekian lama bilik ini tidak dibuka.
Mereka melangkah masuk bilik tersebut,, langsir dan tingkap dibuka. Sebuah bilik kosong yang berwarna biru muda mula terlihat. Dengan perasaan berpuas hati Hakim menghirup udara luar yg segar dari tingkap bilik tersebut.
"Jom keluar" ajak Hakim sambil menyapu tangannya seolah olah misi berjaya.
Haikal melangkah keluar dari bilik tersebut dan berhenti. fikirannya bercelaru memikirkan apa yang sedang terjadi, kenapa bilik bilik ini dibiarkan.
YOU ARE READING
3 BERADIK
Horrormembuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku menjadi tanda tanya. Hamdan merupakan abang sulong dan akan memikul segala tanggungjawabnya terhadap...